Peningkatan Usia, Faktor Penggalak Berlakunya Kencing Manis

Perbincangan dan pencarian penawar kencing manis memang tidak pernah ada kesudahannya. Setiap orang diseluruh dunia terdedah kepada penyakit kencing manis kerana banyak faktor. Sama ada anda menjaga kesihatan dengan mengurangkan pengambilan makanan bergula atau bersenam secara kerap adalah faktor yang boleh membantu mengurangkan risiko sakit kencing manis, namun ada beberapa risiko yang masih ada dan tidak mustahil akan menyebabkan anda mendapat penyakit yang telah meragut banyak nyawa ini.

Seperti anda semua sedia maklum, apabila seorang dewasa yang mencapai usia 40 tahun keatas, kita perlu berjaga-jaga kerana diwaktu ini, kesihatan badan akan mulai merosot. Penyakit kencing manis adalah salah satu penyakit yang mudah menghinggapi kita semua. Ini kerana pada usia menjelang 40-an, organ-organ dalaman badan mulai kehilangan fungsi atau tidak lagi berkesan seperti zaman muda-muda dahulu. Ini adalah biasa terjadi kepada mereka yang tidak mengamalkan cara hidup sihat.
 

Ada diantara mereka dengan bangganya menunjukkan kadar bacaan gula dalam darah mereka adalah normal dan itu dijadikan lesen untuk mengambil makanan berlemak dan tinggi kadar glukosa tanpa had. Hal ini perlu dihentikan kerana semasa anda muda, kebanyakan organ dalaman anda berfungsi dengan baik. Ianya akan mampu melawan penyakit dan berfungsi dengan baik. Tetapi jika anda melihat, air yang menitis diatas batu dari sehari ke sehari pun akhirnya akan membentuk lubang atau rekahan pada batu tersebut.

Inilah bahaya yang tidak nampak bagi mereka yang tidak menjaga kesihatan dan kerap mengambil makanan manis. Rekahan pada batu itu menunjukkan ianya tidak mampu lagi menahan hentaman “seringan” setitis air. Untuk jangka masa yang lama adalah sangat tidak mustahil batu tersebut boleh terbelah dua. Sama keadaannya dengan organ fizikal dalam kita. Pengambilan makanan manis tadi tiada beza seperti titisan air ke batu.

 

Apabila mencapai usia 40-an, banyak organ yang mulai kehilangan atau tidak lagi berfungsi secara baik. Secara amnya, semasa muda kandungan gula yang diambil akan ditukar oleh insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin tersebut akan menukar kandungan gula untuk dijadikan tenaga. Tetapi pada usia meningkat 40 keatas, organ pankreas tidak akan dapat dihasilkan dalam jumlah yang mencukupi.

Kadang-kala penghasilan insulin juga sudah tidak berkesan keatas kandungan gula yang diambil dan hasilnya gula tadi tidak dapat ditukar kepada tenaga. Dan berlakunya pengumpulan gula dalam darah. Bila kandungan gula dalam darah berlebihan ianya akan menyebabkan penyakit kencing manis.

http://penawarkencingmanis.com/faktor-penggalak/faktor-berlakunya-penyakit-kencing-manis.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...