Beberapa Nota Tentang Kencing Manis


lazimnya kita akan menemui seseorang pengidap kencing manis , bilamana terluka pada bahagian kakinya, ini akan menyebabkan bernanah , kerana bimbangkan kuman akan berjangkit ke tempat lain, terdapat beberapa kaedah yang menyarankan agar lokasi tersebut di potong. wajarkah hal ini di biarkan berterusan.??

memang sukar untuk menjawab soalan ini, tetapi saya tetap menjawab: ya amat wajar bilamana pesakit sendiri memilih jalan tersebut . namun begitu bagaimana pula pesakit yang tidak mahu kakinya di potong, tetapi tidak tahan menanggung derita kesakitan, akhirnya dengan desakan dari pelbagai pihak termasuk anak-anak mereka sendiri yang masih muda, akhirnya terpaksa mengalah dan merekakan bahagian itiu di potong, maka di sini izinkan saya yang lemah dan hina ini mengemukakan beberapa pandangan daripada pendekatan perubatan Islam untuk pengidap-pengidap kencing manis tahap sederhana , supaya dengan itu kita dapat berkongsi pengetahuan bersama.

untuk itu, marilah kita tanya bebeberapa soalan:
1) kenapa jadi bernanah bila terluka?
2) kenapa jadi bengkak?
3) bagaimanakah untuk mengatasi luka dan bengkak tersebut?
4) apakah kemudharatan bilamana bahagian sakit tersebut di potong?
5) apakah alternative yang ada untuk pengidap kencing manis tahap sederhana.
sebelum kita menjawab kelima-lima soalan di atas, marilah pertama-tamanya kita menginsafi bahawa Allah telah menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan sistem yang telah di tetapkannya. masing-masing dengan sistem yang tersendiri inilah yang di namakan syariat. Firman Allah Ta`ala:

demikianlah badan kita juga mempunyai sistem yang mana bilamana sistem itu telah terkeluar dari syariat, maka huru haralah kehidupan itu.

Allah SWT telah menjadikan setiap sel darah dan urat sarat serta tulang belulang dalam badan secara berpasang-pasangan sebagaimana yang Ia sendiri nyatakan dalam surah yassin ayat 89;
bayangkan apakah yang akan berlaku bilamana setiap sel darah dan urat sarat serta tulang belulang dalam badan secara berpasang-pasangan ini di potong, pasangan-pasangan akan putus, apakah yang akan terjadi pada masa itu????

perkataan kencing manis adalah menerangkan tentang satu kumpulan sistem dalam badan yang berkait mengait antara satu sama lain yang telah di kuasai racun akibat daripada sisitem tersebut tidak dapat berfungsi sebagaimana asalnya. yang di katakan racun di sini ialah sifat manis gula yang berlebihan dari yang sepatutnya (over) yang berada dalam badan pesakit . racun ini adalah bersifat jahat kerana ia mengganggu sistem-sistem lain.

maka kesannya wujudkan perjalanan darah lendir angin dan cecair-cecair yang tersumbat yang bilamana setelah sekian-sekian masanya, ia tidak dapat berjalan lancar sebagaimana asalnya, maka ia telah tersesat dan menjadi jahat. sebahagiannya yang muncul pada bahagian kulit(permukaan) di namakan nanah. Dalam erti kata yang lain, nanah adalah tentera tawanan yang telah kalah dan tunduk kepada musuh.

wajarkah tentera ini di bunuh?? jawabnya tidak, tetapi ia perlulah di bebaskan . Usaha pembaikan secara keseluruhannya perlulah di lakukan. Bagaimanakah untuk melakukan pembaikkan itu???
samada menghantar tentera tambahan atau bagaimana?

dalam bab kencing manis ini, ada banyak testimoni yang memberikan persaksian bahawa kulit batang pokok jambu golok, atau putat atau sekurang-kurangnya buah manjakali yang sifatnya kelat itu boleh meneutralisekan semula sifat jahat yang ada pada gula yang berlebihan tadi.

di sini kita dapat memahami satu kesimpulan iaitu
manis lawannya kelat iaitu rasa pahit yang bersangatan tajamnya.
bahan ini hendaklah di rebus terlebih dahulu sehingga menggelegak lama, bagi air yang panas itu manarik kelat dengan kadar yang banyak .air ini di gunakan untuk menjirus KAKI yang bengkak dan bernanah itu. Bacakan al fatihah, ayat shifa dan selawat syifa seraya berdoa memohon kesembuhan dari Allah. Bacaan ini penting dan mustahak. jangan buat-buat lupa pulak.

sekendi air yang di rebus dengan perkakas tadi di biarkan suam sebelum di jirus pada kaki. ini mestilah di lakukan waktu pagi. bilamana kaki itu menerima air yang kelat tadi, racun tadi jadi lemah, sekaligus tentera yang tertawan ladi seolah-olah mendapat bantuan untuk memerangi semula musuh yang sedang menawannya itu.

lakukan selama beberapa lama.

ada pesakit yang beramal tiga bulan selang seli, akhirnya nanahnya kering dan tempat yang berkulat tadi di tumbuhi daging semula bilamana bahagian tersebut telah kering dari nanah yang memang sukakan kelembapan itu.

ada juga yang tak kronik teruk , amal seminggu je dah ok. itu semuanya penyembuhan dari Allah jua.

لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم

Ubat kencing manis yang berupa herba dan tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah ini ada berbagai-bagai. mana satukah yang rasi dengan pengidapnya , tiada siapa yang tahu. doktor yang sangat pakar pun tidak akan mengetahui kerana rasi ini termasuk dalam rahsia Allah. Sabda Nabi:

إذا وافق الدواء الداء برأ علمهمن علمه وجهله من جهله

apabila menepati oleh ubat akan penyakit, maka jadi sembuhlah, mengetahui oleh orang yang Allah ajarkan dia, dia tiadalah mengetahui ia bilamana Allah tidak mengajarkannya(mengilhamkannya)

di antarav ubat yang dinkatakan mujarrab ialah misai kucing, ada juga yang mengajar agar merebus pokok letup2, minum airnya

ada juga yang mengajarkan rebus daun tebu.

ada juga yang mengajarkan minum air rendaman taugeh

tebu gajah yang pahit itu juga banyak memberikan faedah dan manfaat kepada pengidap kencing manis di beberapa kampung di Terengganu

cubalah mana-mana selagimana tidak mudharat, mudah-mudahan ada satu yang rasi, alhamdulillah

wassalam

http://elfesfanji.blogspot.com/2011/09/beberapa-nota-tentang-kencing-manis.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...