Kenali Diabetis Insipidus


Diabetis Insipidus (DI) ialah suatu gangguan yang pelik yang akan menyebabkan seseorang itu sering terasa hendak membuang air kecil, yang mana kebiasaannya terhasil dari ketidakcukupan perembesan hormon antideuratik. Disebabkan sebahagian besar cecair telah hilang di dalam urin, mereka yang berkeadaan sebegini akan cenderung untuk meminum air dalam jumlah yang banyak. Kemungkinan besar sebab inilah yang menyebabkan mereka sering membuang air kecil, hinggakan akan menggangu masa tidur di waktu malam, dan akan menyebabkan mereka kencing di tempat tidur.

Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan air di dalam badan sekiranya air yang hilang itu tidak diganti. Bagi kanak-kanak, diabetis insipidus boleh menyebabkan mereka menjadi marah atau lesu dan mungkin akan mengalami demam, muntah-muntah dan juga cirit-birit.

Diabetis Insipidus yang lebih ringan dapat dikawal dengan meminum air dalam jumlah yang mencukupi. Keadaan ini jarang menyebabkan komplikasi yang lebih parah.

Perbezaan Diabetis Insipidus & Diabetis Mellitus

Walaupun terdapat persamaan pada beberapa tanda dan gejala, seperti rasa kehausan dan keinginan untuk membuang air kecil yang tinggi, kedua-dua diabetis ini tiada berkaitan antara satu sama lain.
Diabetis mellitus lebih umum berlaku dan ianya terjadi disebabkan kekurangan insulin dan pertahanan, yang menyebabkan glukosa darah menjadi tinggi. Sedangkan diabetis insipidus tidak menyebabkan gula darah menjadi tinggi.

Peraturan Cecair Di Dalam Tubuh

Buah pinggang anda berfungsi untuk menghilangkan bahan-bahan berbahaya dan juga cecair yang berlebihan dari tubuh. Cecair ini disimpan di dalam pundi kencing sebagai urin. Apabila sistem peraturan cecair berfungsi dengan baik, buah pinggang akan kurang menghasilkan urin bagi menyimpan urin apabila pengambilan air kurang atau berlaku kehilangan cecair. Selain itu, buah pinggang juga akan kurang menghasilkan urin pada waktu malam kerana ketika ini proses metabolisme badan akan menjadi perlahan.

Tahap pengambilan cecair ditentukan oleh rasa haus dan tahap perkumuhan ditentukan oleh pengeluaran hormon antideuratik. Proses ini akan memastikan jumlah dan komposisi cecair tubuh berada dalam keadaan yang seimbang. Hormon antideuratik, juga disebut vasopressin, yang dihasilkan oleh hipotalamus, yang mana merupakan organ endokrin kecil di otak. ADH (Anti Deuratic Hormon) disimpan di kelenjar pituitari dan akan dilepaskan ke dalam darah apabila diperlukan. ADH akan mengarahkan buah pinggang untuk menumpukan urin dengan penyerapan beberapa tapisan air untuk aliran darah. Akibatnya, urin kurang terbentuk. Diabetis insipidus terjadi apabila sistem yang tepat untuk buah pinggang mengawal jumlah cecair terganggu.






Jenis
Ada beberapa jenis diabetis insipidus termasuk:

Central DI
Central DI ialah dari jenis umum yang paling serius. Ianya berlaku apabila kelenjar pituitari rosak dan menyebabkan gangguan dalam penyimpanan biasa dan perembesan ADH. Kecederaan kepala, neurosurgeri, beberapa kelainan genetik, dan masalah kesihatan yang lain boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada kelenjar pituitari.

Neuphrogenic DI
Jenis ini terjadi ketika buah pinggang tidak mampu memberikan reaksi kepada ADH. Sesetengah ubat seperti lithium boleh mempengaruhi kemampuan buah pinggang untuk memberikan respon terhadap ADH. Penyakit kronik, seperti buah pinggang polisistik, kegagalan buah pinggang, penyakit sel yang berkaitan juga boleh menyebabkan berlakunya neuphrogenic DI, dan beberapa penyakit genetik yang boleh diwarisi.

Dipsogenic DI
Dipsogenic DI terjadi ketika pusat yang mengeluarkan rasa dahaga yang terletak di hipotalamus rosak atau cacat. Akibatnya, peningkatan yang luar biasa pada rasa dahaga dan pengambilan cecair akan menahan perrembesan ADH. Akibatnya, penurunan rembesan ADH menyebabkan peningkatan pengeluaran urin.

Gestational DI
Jenis ini pula hanyalah berlaku ketika diwaktu kehamilan. Keadaan ini terjadi kerana ADH yang terdapat pada ibu dimusnahkan oleh enzim yang dihasilkan oleh plasenta. Plasenta terdiri daripada pembuluh darah dan juga tisu-tisu yang berkembang dengan janin. Keadaan ini juga akan membolehkan berlakunya pertukaran nutrisi dan juga bahan-bahan buangan diantara ibu dan juga janin.
Baiklah pembaca sekalian,. Setakat ini saja dahulu artikel untuk kali ini. InsyaAllah dalam atikel akan datang kita sama-sama akan mengetahui pula bagaimanakah rawatan yang boleh dilakukan untuk jenis-jenis diabetis di atas.

Diagnosis

Kadang-kadang, doktor anda mungkin juga akan mengesyaki yang anda juga pengidap diabetis mellitus sekiranya mempunyai diabetis insipidus. Ini kerana seperti mana yang telah kita ketahui bahawa diabetis mellitus lebih umum berlaku berbanding diabetis insipidus. Tambahan pula tanda-tanda penyakit kedua-dua jenis diabetis ini pula adalah sama.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan secara menyeluruh dapat menjadikan keputusan diagnosis lebih jelas. Selain daripada itu, doktor juga harus memastikan jenis DI pesakit sebelum rawatan yang tepat dijalankan. Diagnosis yang dijalankan untuk DI berdasarkan kepada beberapa siri ujian, yang mana mungkin termasuk ujian urin dan juga ujian pengambilan cecair. Dan bagi beberapa pesakit, ujian pengimejan seperti Magnetic Resonance Imaging(MRI) dari otak juga akan dilakukan.


Rawatan
Rawatan yang dilakukan ke atas diabetis insipidus bergantung kepada jenis DI yang dihidapi oleh pesakit.


Central DI
DI jenis ini dirawat dengan hormon sintetik yang disebut desmopressin, yang mirip dengan kesan dari ADH. Hormon sintetik ini boleh diambil melalui suntikan, semburan hidung atau pengambilan pil. Ubat ini mencegah berlakunya pembuangan air. Apabila seseorang itu mengambil ubat ini, seseorang itu harus mengambil air hanya ketika merasa haus sahaja.


Nephrogenic DI
DI jenis ini pula dirawat dengan menggunakan hidroklorotiazida (HCTZ), indomethacine, ataupun kombinasi dari keduanya.


Dipsogenic DI
Buat masa ini pakar-pakar perubatan belum lagi menemui rawatan yang berkesan untuk DI jenis ini.


Gestational DI
Sebahagian besar kes DI gestational boleh diubati dengan desmopressin. Namun, desmopressin tidak boleh digunakan ketika kehamilan kerana akan menyebabkan berlakunya kelainan di pusat yang mewujudkan rasa haus.

Sumber rujukan :http://www.kidneyhealthcare.com/2008/11/diabetes-insipidus-di.html

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini dan juga salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.

Daun Stevia


Daun stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Daun stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes.

Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia.

Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.

Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

http://hpahalal.wordpress.com/tag/kencing-manis/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...