Buta Selepas Hidap Diabetes


Buta selepas hidap diabetes
Sin Yin (kiri) bersama ahli jawatankuasa menyampaikan sumbangan kepada Yen Ting ketika ditemui di rumahnya.

KUALA PILAH 28 Oktober 2014 – Seorang lelaki cacat penglihatan selepas mengidap penyakit diabetes tahap kronik sejak dua tahun lalu.

Lai Yen Ting, 34, tinggal bersama bapanya dikenali Lai, 60-an, di sebuah rumah berhampiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hua.
Yen Ting berkata, pada awalnya, penyakit diabetes tidak dapat dikesan sehinggalah matanya kabur dan badan menjadi lemah.

“Saya memang jarang melakukan pemeriksaan di klinik kerana beranggapan diri saya sihat kerana tiada tanda-tanda mengidap diabetes.

“Namun lama-kelamaan, saya pergi ke klinik dan dari situlah saya tahu saya ada penyakit diabetes tahap kronik,” katanya.

Menurutnya, kini dia bergantung harap kepada bapanya yang bekerja sebagai seorang tukang emas.

“Ayah saya yang bekerja bagi menyara keluarga dan sudah pasti rasa terbeban. Ada juga rasa simpati terhadap ayah, kerana dia sudah tua tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya yang belum mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Kelab Lions Kuala Pilah diketuai oleh Chin Sin Yin bersama ahli jawatankuasanya melawat Yen Ting sekeluarga dan menghulurkan sumbangan sebanyak RM500.

Sin Yin berkata, pihaknya tahu keluarga berkenaan bersusah payah menjaga Yen Ting dan kerap ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Kami tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini dan menyuntik rasa semangat kepada Yen Ting agar terus tabah,” katanya.

Dalam pada itu, Sin Yin turut menggalakkan orang ramai supaya melakukan saringan kesihatan khususnya ujian air kencing dan pemeriksaan darah bagi mencegah penyakit kronik seperti diabetes, sakit buah pinggang dan pelbagai lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/buta-selepas-hidap-diabetes-1.328253

Nama Lain Gula

 

Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :-
  • * Glukosa 
  • * Fruktosa 
  • * Laktosa 
  • * Maltosa 
  • * Sukrosa 
  • * Sirap Glukos 
  • * Sirap Maple 
  • * Molases 
  • * Sirap Hitam 
  • * Sirap Kencana  
  • * Dektrosa 
  • * Sorbitol

http://www.juavia.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=96&Itemid=61
Gambar: http://ringkasanmateri.files.wordpress.com/2010/08/untitled-12-copy.png

Sarawak Catat Peningkatan 72% Kes Diabetes

17 November 2013
Sarawak catat peningkatan 72% kes diabetes
Yahmi Seman, 63, menahan kesakitan sewaktu darahnya diambil untuk pemeriksaan kandungan glukosa di dalam badan sempena Hari Diabetes Sedunia 2013 di Kuching, hari ini. - Foto Bernama

KUCHING - Kes diabetes di Sarawak meningkat agak mendadak dalam tempoh lima tahun dengan 79,572 kes direkodkan tahun lepas berbanding 46,415 tahun 2008.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menyifatkan peningkatan ini sebagai membimbangkan dengan sejumlah 9,903 kes baharu dilaporkan setakat ini tahun ini.

Dalam ucapannya merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013 Peringkat Kebangsaan di sini, beliau berkata kurang kesedaran untuk melakukan saringan kesihatan adalah antara punca kes-kes penyakit sebegini meningkat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (Kesihatan Awam) negeri, Datuk Dr Jerip Susil.

Menurutnya tinjauan kesedaran diabetes oleh Persatuan Diabetes Malaysia menunjukkan kebanyakan penghidap tidak menyedari simptom penyakit yang berlaku ke atas mereka. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/sabah-sarawak/sarawak-catat-peningkatan-72-kes-diabetes-1.221832

Hilang 5 Jari Kaki Akibat Diabetes



Hilang 5 jari kaki akibat diabetes
Abdul Manan (kanan) berbual bersama Abdul Rafar sempena Program Ziarah Komuniti anjuran Jasa di RRM Permatang Badak.

KUANTAN 1 Februari 2014  – Seorang warga emas dari Rancangan Rumah Murah Permatang Badak, di sini tidak menyangka petanda kaki bengkak serta lembik sebelum ini menyebabkan dia kehilangan lima jari kaki kanannya.

Abdul Rafar Awang Kecik, 73, berkata, kesemua jari kaki kanannya terpaksa dipotong akibat komplikasi diabetes yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, dia kini lebih berhati-hati dalam soal pemakanan dan penjagaan kesihatan kerana bimbang penyakit melarat.

“Dalam tempoh sepuluh hari, kaki saya membengkak dan lembik, lama-kelamaan saya mula rasa sakit yang berdenyut-denyut.

“Pada mulanya, doktor terpaksa potong satu jari kaki sahaja, bagaimanapun ia melarat ke jari lain menyebabkan kesemua jari kaki kanan saya terpaksa dipotong,” katanya yang menjalani pembedahan pada Ogos 2013.

Menurutnya, dia perlu berulang alik ke hospital dua hari sekali untuk mencuci luka selain menempah satu kasut khas bagi memudahkan pergerakan.

“Saya harap tiada lagi kesan sampingan penyakit ini pada masa akan datang kerana mahu meneruskan sisa hidup dengan lebih bermakna,” katanya.

Nasib Abdul Rafar mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail sempena Program Ziarah Komuniti anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Hadir sama, Adun Panching, Datuk Mohd Zaili Besar dan Adun Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh.

Abdul Manan berkata, melalui program ziarah ini, pemimpin setempat akan turun padang melihat keadaan masyarakat dan menghulurkan bantuan yang diperlukan mereka.

Menurutnya, program ini dilaksanakan setiap minggu bagi meninjau keadaan sekeliling untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.



  http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/pahang/hilang-5-jari-kaki-akibat-diabetes-1.246584

Jumpa Pakar Psikiatri Elak Darah Tinggi, Diabetes

Image result for psikiatri


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang mengalami tekanan disarankan berjumpa pakar psikiatri bagi mengelakkan penyakit seperti darah tinggi dan diabetes, kata Ketua Unit Pembedahan Kardiotorasik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar.

Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiovaskular dan Torasik PPUM itu berkata pakar psikiatri bukan sahaja menjaga mereka yang mengalami masalah mental tetapi memberi kaunseling kepada golongan yang menghadapi tekanan.

"Tekanan boleh menyebabkan seseorang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan taklimat kesihatan kepada para petugas agensi berita itu.

Katanya tekanan perlu diatasi sebaik mungkin bagi mengelak menghidapi penyakit-penyakit berkenaan.

Beliau berkata tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk melakukan 'screening' atau pemeriksaan saringan, amat rendah berbanding negara lain.

Menurut beliau penduduk Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dunia yang mengalami penyakit diabetes.

Raja Amin berkata melakukan 'screening' adalah penting untuk mendapatkan pencegahan dan rawatan awal bagi menangani sebarang penyakit kerana jika terlambat berkemungkinan risiko komplikasi akan menjadi lebih tinggi.
"Kalau kita dapat tahu awal, kita mampu mendapatkan rawatan sepenuhnya, risiko komplikasi akan kurang dan boleh tingkatkan jangka hayat seseorang serta menjadi lebih sihat," katanya.

"Setiap orang mempunyai tahap kesihatan diri yang berlainan dan ia bergantung kepada sejarah keluarga, kawasan persekitaran, cara pemakanan dan juga cara hidup seharian," katanya.
Menurutnya masyarakat Melayu ialah golongan yang ramai mengalami komplikasi kesihatan kerana mereka lebih cenderung mendapatkan rawatan alternatif berbanding perubatan moden.\
Raja Amin menasihati rakyat Malaysia supaya lebih proaktif dalam hal penjagaan kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang baik. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jumpa-pakar-psikiatri-elak-darah-tinggi-diabetes-1.135446
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...