Halba Merawat Kencing Manis


Serat di dalam halba berfungsi untuk melambatkan pencernaan karbohidrat. Ini dapat menjelaskan kandungan gula di dalam darah. Ia juga penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Halba boleh diambil secara pil, direndam atau masukkan ke dalam makanan.

Petua Kurangkan Kencing Manis Dengan Avocado


Avocado menunjukkan dapat mengurangkan risiko sindrom metabolik kerana mempunyai Asid Lemak Mono tak tepu (Mono saturated Fatty Acid -MUFA). Kajian membandingkan Diet karbohidrat yang tinggi bersama dengan diet MUFA menunjukkan kandungan glukosa yang rendah dalam darah. MUFA dapat memberikan rasa kenyang selepas makan, memberikan kesan yang sihat kepada tekanan darah dan masalah keradangan. Antara makanan yang tinggi dengan kandungan MUFA ialah kacang, buah zaitun, minyak zaitun, rami dan benih.

Petua Ubati Kencing Manis Dengan Minyak Zaitun

olive oil

Minyak zaitun amat bagus untuk anda yang kena penyakit kencing manis. Minyak zaitun dapat mengawal kandungan gula dalam badan anda agar steady sentiasa.

Oleh itu jangan lokek sedikit duit untuk simpan stok minyak zaitun dalam rumah anda. Memang harganya agak mahal, jauh mahal berbanding minyak kelapa sawit yang selalu kita pakai. Harga seliter minyak zaitun lebih mahal daripada harga satu tong minyak kelapa sawit.

Oleh itu janganlah pulak digunakan untuk goreng ikan atau masakan. Makanlah secara mentah dengan resepi-resepi tertentu seperti dibawah.

Resepi kentang lenyet untuk makan bersama roti

Ini adalah resepi makan cara orang arab dengan menggunakan bawang putih sebagai salah satu daripada bahannya. Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai makanan sarapan pagi yang sihat. Apa yang anda perlu buat adalah dengan merebus ubi kentang 2 atau 3 biji sehingga masak dan gebu.

Selepas itu lenyetkannya di dalam bekas seperti mangkuk atau seumpamanya. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih tersebut. Selepas itu campur kan dengan kentang lenyet itu agar sebati.

Selepas kentang serta butiran bawang putih yang dilenyet itu di gaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyet yang diratakan dalam pinggan itu secukup rasa. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya untuk menambahkan rasa.

Ha! dah siap menus lazat ini, untuk anda makan dengan roti seperti gardenier atau baguet (roti perancis), atau apa-apa roti yang tawar. Koyak sedikit roti, calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan ngam! kunyah! memang lazat sebagai makanan sarapan yang berkhasiat.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html

Cuka Epal Tingkatkan Kepekatan Insulin


Cuka epal yang diambil bersama secawan air kosong sebelum makan apa-apa di dapati dapat meningkatkan kepekaan kepada insulin dan mengurangkan kandungan gula di dalam darah selepas makan makanan berkanji. Asis asetik di dalam cuka dapat mengurangkan enzim-enzim yang tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...