Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.
Penjagaan kulit
Penjagaan kulit
Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu.
Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan. Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat.
Pesakit kencing manis haruslah:-
- Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.
- Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan iritasi kulit.
- Gunakan air suam untuk mencuci.
- Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau terdapat inflamasi.
- Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan.
- Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang, lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki.
- Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu.
- Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki.
- Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim pelembap.
- Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit.
- Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai kasut.
- Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
- Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal pada kaki) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.
Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan. Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat.
Pesakit kencing manis haruslah:-
- Pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun.
- Memeriksa tekanan darah secara berkala.
- Berjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan.
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm#C