Resepi Akupuntur Untuk Kencing Manis

Diabetes Melitus atau Kencing Manis dalam Traditional Chinese Medicine (TCM) sesuai dengan Siao He. Menurut Pengubatan Cina Tradisional atau TCM, Siao He (Diabetes Mellitus) disebabkan kerana kebiasaan makan makanan dan minuman yang terlalu manis sehingga terbentuk panas dalam. Ada juga yang diakibatkan oleh emosi yang berlebihan yang menyebabkan Qi “menggumpal” dan membentuk api yang menghanguskan San Ciao, sehingga Cin Yi kering dan terjadilah Siao He.
KLASIFIKASI
Berdasarkan organ yang terkena, Siao He dibagi menjadi 3 jenis, iaitu:

1. Sindrom Sang Ciao (Siao Atas). Sang Ciao dimana Paru-paru sebagai organ utama terkena. Adanya Api berlebihan dalam Paru-paru; atau Sang Ciao terkena Api, Api Jantung membakar Logam Paru-paru.

2. Sindrom Cung Ciao (Siao Tengah). Cung Ciao dimana Limpa sebagai organ utama terkena. Adanya Api berlebihan Limpa; atau panas tersembunyi “memanggang” Perut..

3. Sindrom Sia Ciao (Siao Bawah). Sia Ciao dimana Ginjal sebagai organ utama terkena. Adanya Yinxu Ginjal atau Api tersembunyi dalam Ciao bawah berkobar.

GEJALA UMUM:
- Haus dan suka minum
- sering kencing
- urine terasa ‘ manis’.
GEJALA SIAO ATAS:
1. Lidah merah dan berbelah-belah.
2. Tenggorok seperti terbakar.
3. Banyak minum siang-malam tidak berubah.
GEJALA SIAO TENGAH:
1. Banyak makan dan cepat lapar.
2. Otot tetap kurus atau malah dari gemuk menjadi kurus.
3. Mulut kering ingin minum.
4. Buang air besar keras.
5. Banyak kencing.
GEJALA SIAO BAWAH:
1. Kencing terus menerus sampai tidak tertahan.
2. Daun telinga kering layu.
3. Muka menghitam.
4. Urine seperti minyak.
5. Gelisah dan mahu minum sahaja.
PELAKSANAAN TERAPI
Menghilangkan panas, memelihara Yin sebagai dasar pengubatan. Pada Sindrom Sang Ciao, mematikan Api Paru-paru, memelihara Cin Yi. Pada Sindrom Cung Ciao, melemahkan Api Perut, memelihara Yin Limpa. Pada Sindrom Sia Ciao, melemahkan Api Ginjal dan memelihara Air Ginjal.
Titik Utama :
• UB 22 Sanjiaoshu & TE 4 Yangchi untuk menjernihkan keseluruhan San Ciao.
Siao Atas :
• UB 13 Feishu & LU 10 I Ci disedasi untuk menjernihkan Sang Ciao dari Api.
• LU 11 Saoshang disedasi untuk membebaskan seluruh Cang dari Panas.
• Cing Cin I Yi (dua titik istimewa) untuk melancarkan Qi Sie, supaya Cin Yi mudah dihantar ke atas (Sang Ciao)
• LU 5 Chize disedasi
Siao Tengah :
• UB 20 Pishu , BL 21 Wei Su dan CV 12 Zhongwan disedasi untuk menjernihkan Limpa Perut dari Api.
• ST 43 Xiangu disedasi untuk melemahkan panas dalam Yang Ming.
• ST 28 Shuidao disedasi untuk menjernihkan Yang Ming, menghilangkan panas San Ciao.
Siao Bawah :
• UB 23 Shenshu , CV 4 Guanyuan dan KI 5 Sui Cuen ditonifikasi untuk menguatkan Air Ginjal.
• K 1 Yongquan disedasi
• K 2 Rangu disedasi untuk melemahkan Api Ginjal.
• K 7 Fuliu disedasi
• LIV 2 Xingjian disedasi untuk melemahkan Api Hati.
Dan Titik Istimewa Pa Su atau disebut juga I Su berkhasiat untuk mempengaruhi kelenjar pankreas. Titik ini dipakai pada seluruh jenis sindrom.
UB/BL: PUNDI AIR KENCING
K/KI: GINJAL
ST: PERUT
LIV/LR: HATI
LU: PARU-PARU
PEMBAHASAN:
Akupunktur berkhasiat untuk penyakit ini. Untuk penderita dewasa, yang bertubuh gemuk hasilnya lebih baik daripada yang bertubuh kurus dan kanak-kanak atau orang tua. Berdasarkan pengajian kuno, bilamana minum ‘satu’ kencing ‘dua’ maka penyakit tidak dapat lagi disembuhkan. Selanjutnya dikatakan bahawa penderita Siao He tidak boleh minum alkohol, koitus, makan makanan yang bersifat panas, pedas dan masin. Diet dengan gula dan lemak yang terbatas dianjurkan di samping tidak memakan makanan pedas, masin dan bersifat panas.
Resepi Titik Akupunktur di atas juga boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
http://qalbunsalim.org/resepi-akupuntur-untuk-kencing-manis/

Gula Baik, Gula Jahat

ARKIB : 10/01/2010 - Utusan Malaysia - Ruangan Kesihatan
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KINI terdapat pelbagai makanan mengandungi gula dalam bentuk yang menarik.


SEBELUM terkena kawal pemakanan, jangan ikut nafsu. Beringat sebelum terkena. Kurangkan makan nasi, minuman berkarbonat dan makanan yang bergula." Begitulah bunyi khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seorang pesakit kencing manis yang ditemu bual Mingguan Malaysia Rabu lalu.

Ketika membacanya, mungkin kita sudah biasa mendengar nasihat sedemikian. Namun, cerita sebaliknya banyak memberi pengajaran. Awal tahun ini, isu gula semakin menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini. Di sebalik kisah kenaikan dan kekurangan gula, kita lupa tentang implikasinya jika berlebihan.

Pertemuan dengan pesakit kencing manis, Nila Kesuma mat, 49 di Kapar, Selangor ingin membawa pembaca menghayati kisahnya dan mengambil iktibar. Keadaan hidupnya menjadi lebih parah apabila kaki kiri Nila dipotong akibat menghidap kencing manis dua tahun lalu. Sebelum itu, dia tidak menyangka hanya kerana gula dia boleh hidup menderita seperti ini. Pergerakannya terbatas.

Bayangkan hidupnya yang ceria telah berubah. Nila hanya mengetahui dirinya menghidap kencing manis selepas melahirkan anak keduanya. Namun Nila tidak bersungguh-sungguh mengambil insulin bagi memastikan kencing manisnya stabil. Sikap acuh tak acuh terhadap penyakit ini menyebabkan Nila kehilangan kaki kirinya.

Nasihatnya kepada generasi muda, kurangkan gula kerana tanpa disedari ia boleh menjadi pembunuh.

Mujur sahaja Nila antara insan yang bernasib baik. Selepas kisahnya tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia tahun lalu, dia kini mampu hidup selesa hasil bantuan pelbagai pihak. Hidup sebagai ibu tunggal yang terpaksa menyara dua orang lagi anaknya dalam keadaan yang serba kekurangan mendapat perhatian orang ramai. Akhirnya, walaupun kurang upaya, dia kini mampu tersenyum ceria. Jika dahulu dia sukar berjalan dan berdiri walaupun berkaki palsu, sekarang dia boleh melakukannya. Kisah kencing manis memberi hikmah kepadanya kerana dia kini lebih berhati-hati tentang pemakanan seperti mengurangkan pengambilan gula.

Gula dan diabetes

Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, diabetes sebenarnya berpunca daripada masalah pemprosesan atau metabolisma gula kurung efektif dalam badan. Walaubagaimanapun, gula atau glukosa bukanlah masalah utama penyebab diabetes.

"Diabetes adalah disebabkan pengambilan kalori yang berlebihan ditambah pula dengan kurang aktiviti senaman seharian.

Jika seseorang mengambil atau memakan lebihan kalori dari yang sepatutnya, maka lebihan kalori ini akan bertukar menjadi lemak yang berkumpul dibahagian hadapan abdomen (sekelilingnya) yang kita namakan Central Obesity.

Lemak lebihan inilah akhirnya menyebabkan insulin iaitu hormon utama memproses gula didalam darah menjadi kurang efektif, lalu terjadi keadaan dimana paras gula menjadi terlalu tinggi," katanya.

Dr. Abdul Malik memberitahu, pada masa inilah seseorang dilabel sebagai pesakit diabetes.

Berkongsi makna gula, beliau menjelaskan, gula adalah salah satu komponen asasi makanan selain protein dan lemak. Gula perlu untuk memberi tenaga kepada manusia bagi menyempurnakan pelbagai aktiviti harian. "Gula adalah substrate yang paling penting bagi otak berfungsi dengan normal. Tanpa gula, otak boleh mengalami kerosakan yang teruk dan mungkin tidak dapat berfungsi seperti biasa. Jika gula berlebihan terjadi seperti yang berlaku kepada pesakit diabetis kita akan menjadi lebih letih, sentiasa haus dan terpaksa minum air dalam kuantiti yang banyak," jelasnya.

Justeru itu, berat badan mungkin susut dan kita perlu membuang air kecil kerap sekali, termasuk di waktu malam (tidur). Gula yang berlebihan menjadikan sistem imun kita lemah dan ini menyebabkan kita senang mengalami jangkitan kuman dan luka akan mengambil masa yang terlalu lama untuk sembuh.

Selain itu, gula yang berlebihan dalam jangka masa lama akan menyebabkan salur darah halus di mata mengalami pendarahan dan menyebabkan kita menjadi buta. Salur darah di jantung juga boleh tersumbat dan ini menyebabkan serangan sakit jantung. "Hal yang sama terjadi di buah pinggang, menyebabkan "protein" bocor melalui kencing dan kerosakan buah pinggang berlaku menyebabkan kita perlu menjalani dialysis untuk keadaan ini. Deria saraf di kaki dan tangan juga boleh menjadi lemah menyebabkan kita tidak merasai luka dikaki dan oleh itu tidak mendapatkan rawatan. Luka tersebut boleh dimasuki kuman dan lama kelamaan menjadi besar dan teruk sehingga kita terpaksa memotong bahagian kaki tersebut untuk menyelamatkan nyawa pesakit," ujarnya.

Dr. Abdul Malik menasihatkan orang ramai, jika seseorang mengalami sebarang tanda-tanda gula berlebihan seperti diatas, bersegeralah dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

"Kena ingat, masalah diabetis adalah masalah lebihan kalori dan gula bukanlah masalah utama diabetis. Jika penyakit diabetis ini dapat dikawal dengan rapi awal-awal lagi, mungkin kerosakkan jantung, mata dan buah pinggang dapat dielakkan," katanya.

Pemakanan gula

Dari sudut pemakanan, gula dalam bentuk hablur berwarna putih yang biasa kita kenal sebagai gula atau gula pasir mengandungi zat kosong yang bermaksud kandungannya semata-mata sukrosa.

Ia dikatakan tanpa zat kerana tidak mengandungi nutrien penting seperti vitamin B, enzim-enzim dan hanya mengandungi garam galian pada kadar yang sangat rendah.

Hampir semua orang beranggapan bahawa mereka memerlukan gula terutama dalam minuman sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari. Mereka percaya bahawa gula menyumbang tenaga.

Sekilas pandang sememangnya ia menyumbang tenaga tetapi apabila dicerna, gula melepaskan glukosa dengan pantas. Kemudian paras glukosa akan jatuh dengan pantas juga dan berada di bawah paras normal.

Makanan berkarbohidrat terutama yang ceruh atau masih ada selaput seperti beras perang atau bijiran berkarbohidrat terproses yang apabila dimasak dan dimakan dengan lemak atau protein menjadikan pelepasan glukosa dalam darah pada kadar perlahan.

Paras glukosa darah akan jatuh secara perlahan-lahan dan tidak akan melepasi di bawah paras normal.

Perubahan mood, tidak boleh fokus untuk melakukan kerja, mengantuk, letih adalah berpunca dari kadar glukosa darah rendah dari paras normal, iaitu suatu keadaan dikenali sebagai hipoglisemia. Seseorang akan terus merasakan dirinya memerlukan gula untuk mengembalikan fisiologi mereka kepada keadaan normal. Kitaran ini akan berlarutan beberapa kali dalam sehari.

Cara yang paling baik ialah berlatih mengurangkan pengambilan gula secara bertahap.

Pertama, seseorang perlu tahu mengenai kegiatan gula pada kadar-kadar berbeza dan kaedah pengambilan terhadap fisiologi. Kedua, mereka perlu tahu hasil kesan pengurangan pengambilan gula.

Ketiga, mereka perlu ada tekad dan yakin boleh melakukannya iaitu mengurangkan pengambilan gula. Akhir sekali, mereka mesti bersungguh- sungguh untuk terus-menerus melakukannya.

Sekiranya seseorang berjaya mengurangkan pengambilan gula kepada separuh daripada jumlah biasa, akhirnya mereka akan merasa kadar yang diambil itu tetap manis.

Sekiranya anda mengalami hipoglisemia ketika mengurangkan pengambilan gula, kajian menunjukkan pengambilan minyak hati ikan kod secara berterusan dapat membantu menstabilkan glukosa dalam darah. Minyak kelapa dara juga boleh membantu iaitu dengan memperlahankan pelepasan glukosa darah.

Gula, seperti mana perangsang metabolik lain termasuk kopi, rokok dan alkohol sekiranya diambil berterusan adalah punca kepada penyakit-penyakit degeneratif dengan menyebabkan tubuh sentiasa dalam keadaan stres (tegang).

Ia mengakibatkan hormon kortisol yang dikaitkan dengan penyesuaian fisiologi terhadap stres jangka panjang berada pada paras lebih tinggi daripada normal. Hormon ini dikaitkan dengan pelbagai ketidakseimbangan berbagai jenis hormon, neurotransmitter, dan enzim.

Mengambil alternatif lain seperti madu, gula kabung, gula marah, sirap maple, sirap berfruktos seperti sirap ros bukan suatu yang baik juga. Kesemuanya akan meningkatkan pelepasan glukosa darah yang pantas kecuali diambil pada kadar rendah dan diambil bersama lemak atau protein.

Sirap fruktos seperti sirap ros dan sirap-sirap lain mengandungi pewarna tiruan yang boleh memudaratkan sel dan DNA.

Menurut kajian, gula tiruan juga akan menjadikan tubuh menerimanya seolah-olah seseorang makan gula biasa selain keselamatannya terhadap tubuh diragui.

Walaupun fruktos buah-buahan adalah baik berbanding dengan makanan dan minuman terproses kerana buah-buahan mengandungi serat dan nutrien-nutrien lain. Sekiranya memakan buah yang manis seperti tembikai, pastikan tidak dimakan secara berlebihan. Biasakan minum jus buah-buahan tanpa gula.

Kesimpulannya, kadar pengambilan gula boleh dikurangkan jika ada kekuatan diri dan mental serta usaha.

http://matahari.ump.edu.my/index.php/kesihatan/55-gula-baik-gula-jahat

Doa-Doa Untuk Rawatan Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung

Salam Pembaca Yang Setia,
N3 kali bersambung lagi dari rancangan TV “Tanya Ustaz” iaitu “Indah Perubatan Islam” oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Yang sempat captain catatkan kali ini berkaitan “Doa Rawatan” untuk penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung.
 
Marilah kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau. Kata ustaz kalau tak silap dengar oleh captain. Jika sudah berusaha secara moden masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli buku beliau yang baru berada di pasaran bertajuk “Indah Perubatan Islam”.
Cara-caranya:
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.

DOA 1.
Yunus%2528054 070%2529 DOA DOA UNTUK RAWATAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN SAKIT JANTUNG

Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

DOA 2.
Fussilat%2528039 054%2529 DOA DOA UNTUK RAWATAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN SAKIT JANTUNG

Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)

 http://aki2004.wordpress.com/2012/01/05/doa-rawat-darah-tinggi-kencing-manis-dan-sakit-jantung/

Senarai Ubat Kencing Manis (Farmakologi)

Individu yang menghidap kencing manis perlu mendapat rawatan segera. Sekiranya gula dalam darah sewaktu BERPUASA ialah antara  5.5 mmol/l ke 6.5 mmol/l ini dikatakan sebagai glucose tolerance. jika paras gula melebihi 7mmol/l maka ia termasuk sebagai diabetes.

Untuk Pesakit diabetes type-1 maka tidak dapat tidak mereka perlu menggunakan suntikan insulin dari luar. Insulin untuk tujuan perubatan pada asalnya diperoleh daripada lembu namun kini, insulin recombinant yang menggunakan teknologi kejuruteraan genetik berjaya diperoleh dan hasilnya, insulin yang terhasil adalah sama seperti insulin yang dihasilkan oleh badan manusia. Insulin recombinant ini perlu disuntik ke dalam badan 30 minit sebelum waktu makan dan dos perlu diselaraskan dengan aktiviti harian agar tidak berlaku kekurangan gula dalam darah (hypo-glycemia) yang dimanifestastikan oleh berpeluh pada waktu malam dan sukar untuk tidur.

Novorapid (Aspart)

Insulin tiruan juga semakin popular pada zaman ini. Ia amat mudah digunakan kerana ia perlu disuntik ketika hendak makan tidak seperti insulin biasa yang perlu disuntik 30 minit sebelum makan. Insulin tiruan ini juga bertindak serta merta dan dimetabolisma (dibuang) dengan cepat oleh badan. Antaranya termasuk:
  • Lispro
  • Aspart
  • Glulysine

Selain itu, terdapat ubatan yang membolehkan insulin yang disunti di bawah kulit beraksi lebih lama supaya paras glukos dalam badan dapat distabilkan dan mengurangkan pembinaan gula baru dalam darah. Antara yang paling popular ialah:
  • NPH (Neutral Protamin Hagedron) - bertahan untuk maksimum 12 jam
  • Glargine dan Detemir - bertahan untuk maksimum 24 jam

Ubat yang terlibat dalam meningkatkan pengeluaran insulin oleh badan sendiri tanpa perlu suntikan dari luar adalah dipanggil insulin secretagogues. Ubat yang palin popular dalam kumpulan ini termasuk:
  • Sulfonyl-urea
    • glimepiride
    • glipizide
    • glibenclamide
  • Miglitinide
    • nate-glinide
    • repaglinide
Sulfonyl urea dan Miglitinide bertindak dengan menutup protein pembawa kalium dan memasukkan kalsium ke dalam sel beta di pankreas dan menyebabkan lebih pengeluaran insulin dari pundi simpanan insulin dalam sel beta di pankreas. 


Terdapat juga ubatan yang meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, dan amat sesuai digunakan oleh pesakit diabetes type-2. Ubat ini menggalakkan transportasi glukos ke dalam sel dan mengelakkan pembentukan gula baru dalam darah. Antara yang palin popular ialah:
  • Biguanides
    • Metformin
  • Glitazone
    • Rosiglitazone
    • pioglitazone
Biguanides amat bagus untuk meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, namun ia boleh menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam badan dan menyebabkan asidosis dan kegemukan


Ubat yang terlibat dalam mengurangkan penyerapan gula dari usus (tetapi jarang digunakan) ialah:
  • Acarbose dan miglitol - kedua dua menggunakan mekanisma merencat hormon alpha-glucosidase bagi mengelakkan pencernaan gula dalam makanan/minuman. Sekiranya pesakit mengalami hypo-glycemia, maka jangan bagi mereka gula biasa, pastikan mereka diberi gula ringkas (glucose) agar kembung perut tidak berlaku.

Satu lagi kumpulan ubat ialah ubat yang bertindak merangsang pengeluaran hormon dari usus (GLP - Glucagon like peptide). Ubat ini menggalakkan penghasilan GLP yang seterusnya menigkatkan penghasilan insulin dan mengurangkan aktiviti perut (stomach). Ubat tersebut ialah:
  • Exenatide

Dan yang sangat menarik ialah, rawatan menggunakan pam insulin yang membawa insulin dari alat elektronik terus ke bawah kulit. Ianya mudah untuk dikendalikan tanpa perlu mencucuk kulit anda banyak kali dalam sehari. berikut merupakan alat tersebut:

Insulin Pump by Medtronic

Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/11/senarai-ubat-kencing-manis-farmakologi.html#ixzz1kBenkBIF

Otak Manusia, Gula & Air


Fungsi otak adalah untuk memproses maklumat yang diterima dari organ deria, seperti Mata, Telinga, Mulut, Hidung, Kulit.

KITA WAJAR AKUR....OTAK ADALAH ORGAN TERPENTING BAGI TUBUH MANUSIA. OTAK ADALAH 85 % AIR & HANYA OTAK MANUSIA MEMPUNYAI KELENJAR PINEAL


Otak adalah ORGAN yang paling penting bagi semua spesis haiwan, lebih-lebih lagi bagi spesis Homeo Serpiens - MANUSIA!

Fungsi otak adalah untuk memproses maklumat yang diterima dari organ deria, seperti Mata, Telinga, Mulut, Hidung, Kulit.


Pemprosesan maklumat ini dilakukan oleh Kelenjar Hypothallamus dan arahan tindakan akan dihantar kepada Kelenjar Pituitari yang akan mengarah tindakan diambil oleh organ Endokrine melalui peneuropancar atau lazimnya dipanggil 'neorotransmitters". Arahan bertindak dibawa oleh hormon-hormon khas bagi setiap Kelenjar Endokrine. Oleh kerana semua tindakan memproses, mengarah dan bertindak dilakukan dalam masa yang amat pantas, maka otak memerlukan bahan tenaga yang efisyen. Bahan tenaga yang lazimnya digunakan oleh otak untuk menjana tenaganya ialah gula.

Gula bersifat panas dan otak tidak boleh berfungsi dalam keadaan panas maka ia amat memerlukan bekalan air yang banyak. Walaupun saiz otak agak kecil berbanding organ lain, ia diagihkan 20% dari semua bekalan air tubuh. Mengapa otak dibekalkan 20% air manakala bahagian lain tubuh terpaksa berkongsi baki 80% air tubuh?

Selain untuk menyejukkan otak. air juga digunakan untuk membersih tinggalan sisa metabolisma sel otak. Bagi kerja metabolisma, air amat diperlukan.

Apabila air ke otak tidak cukup dibekakan, otak akan menjadi panas, sisa metabolisma tidak dapat dinyahkan dan proses metabolisma itu sendiri akan terjejas. Dalam keadaan ini, tuan tubuh akan rasa mengantuk, lesu dan sakit kepala, seperti Migraine, kerana otak berada dalam keadaan tertekan!

Dalam konteks ini, wajarkah migraine dirawat dengan pil pelali sakit atau minum AIR segar?

JIka anda berdegil dan masih lagi yakin dengan ubat pelali sakit, tunggu sedikit masa lagi, anda boleh menjadi calon kepada kelab SLE atau BARAH!

Fikir sejenak....komposisi OTAK terdiri daripada 85% AIR, dan jika kadar air otak menurun 5% sahaja, tidakkah otak berada dalam keadaan tertekan?

Bagaimana otak meminta air?

Otak memita air melalui isyarat DAHAGA, tetapi anda minum teh, kopi, minuman Cola, atau minuman lain yang berperisa dan berwarna. Sel hanya minta air segar yang murah dan mudah didapati, tetapi anda layan tekak anda dengan minuman 'glamour'.

Oleh kerana anda tidak faham isyarat dahaga, otak beri isarat lain...LAPAR! Malangnya isyarat lapar bagi anda ialah makan, apa lagi anda pun makanlah dengan sekenyang-kenyangnya dan 'top-up' pula dengan jus buah, air sirap, dan entah macam-macam air lain.

Apabila anda makan, otak akan terseksa lagi, kerana tubuh akan mendorong air ke perut untuk kerja penghadaman dan pencernaan. Otak tidak juga mendapat air, maka ia menjadi lemah kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang diharap-harapkan, akibatnya anda akan mengantuk selepas satu jam makan!

JIka isyarat DAHAGA dan LAPAR, otak tidak juga diberi air, ia terus minta dengan memberi satu lagi isyarat, (dengan perasaan marah?) sakit kepala atau migraine. Kali ini anda telan pula 'penadol' atau 'ponstan' mungkin dengan seteguk air.

Apabila isyarat ini pun anda masih lagi tidak faham, otak hantar isyarat baru...sakit sendi, apa lagi, ubat pelali juga yang anda cari. Jika begini keadaannya, anda akan terus menyiksa otak. Dalam keadaan ini otak akan masuk de dalam 'mode' kecemasan dengan meminta bantuan HISTAMINE untuk mencatu air menurut keutamaan organ justeru, ada saluran akan dicerut dan ada pula ditutup mengikut kepentingan. Mulalah air dikepung dan disimpan di bawah dagu untuk bekalan membuat air liur, ada yang dikepung di bawah mata untuk pelinciran mata, di dalam peparu untuk membendung kepanasan akibat kerja mengepam pertukaran udara (didiagnos sebagai peparu berair) di tepi bahagian perut, di sendi, jari, (bengkak kerana dikepung air) lutut dan tulang untuk membendung asid dan sebagainya, dan akibatnya....SAKIT, SAKIT, SAKIT.

Untuk mengatasi keskitan ini, anda boleh jumpa doktor dan dapatkan pil pelali sakit dalam bentuk racun dadah berjadual. Fungsi dadah ini adalah untuk menyekat Histamine daripada dirembeskan. Sakit mungkin hilang tetapi yang bengkak di merata tubuh terus kekal malah boleh bertambah lagi. Yang lebih berbahaya ialah apabila Histamine dicegah daripada melakukan kerjanya mencatu air mengikut keutamaan organ, maka air sediada ini akan kekal di tempatnya menurut tarikan graviti. Kedudukan otak yang tinggi di bahagian atas tubuh, tidak akan mendapat jaminan hak bekalan airnya. Akibatnya, kurang air akan dihantar ke otak dan risiko yang akan anda hadapi ialah 'STROKE'!

Air dan Garam adalah anti-HISTAMINE semulajadi. Apabila air dan garam dapat dipenuhi permintaan otak, Histamine akan dicegah pengeluarannya. secara otomatis justeru, pengambilan air dan garam dengan secukupnya, bukan sahaja akan menghalang kesakitan, malah semua bengkak dan bonjol di seluruh tubuh akan turut susut. Dengan fahaman ini anda boleh pilih racun dadah berjadual yang diberi oleh doktor atau minum air dan ambil garam dengan secukupnya yang sedia terdapat di dapur anda?

Otak manusia tidak sama dengan otak haiwan lain, kerana otak manusia mempunyai satu kelenjar istimewa iaitu KELENJAR PINEAL.

Fungsi kelenjar pineal adalah untuk membuat penilaian samada baik atau buruk sesuatu tindakan yang diambil oleh tuan tubuh. Kelenjar ini yang mendorong manusia kepada kepercayaan bersifat keagamaan. Jika kelenjar pineal ini tidak diasuh dengan betul, manusia akan berada di paras lebih rendah daripada haiwan.

“ Sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dalam rupa yang amat baik.”
Maksud: S 95, A4

“ dan KAMI letakkan mereka di taraf paling rendah.”
Maksud: S 95, A5

Cabaran bagi manusia hanyalah untuk meningkatkan taraf mereka menjadi manusia sejati, ini boleh dilakukan dengan mengasuh kelenjar pineal agar menerima yang baik dan menolak yang buruk, atau ambil yang positif dan tinggalkan segala yang negatif, dalam bahasa lain amal makruf nahi mungkar!

MINUMLAH AIR SEGAR DEMI OTAK ANDA!

http://myshape.my/default.asp?id=1&ACT=5&content=4&mnu=1

1.4 Juta Hidap Diabetes pada 2008, 2.4 juta pada 2030


Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun kini berisiko menghidap kencing manis atau diabetes jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang, kata seorang pakar penyakit itu.

Ketua Unit Endokrinologi dan Diabetes Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein, berkata trend global menunjukkan peningkatan penyakit itu kerana faktor pemakanan yang tidak berkhasiat di kalangan kanak-kanak terutama tidak mengawal tabiat makan dan minum.

“Penyakit diabetes sama seperti darah tinggi dan sakit jantung akan meningkat ke tahap membimbangkan jika rakyat Malaysia tidak mengubah tabiat mereka yang suka makan dalam kadar kerap,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sambutan Hari Diabetes Sedunia 2008 peringkat Hospital Putrajaya oleh Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Ismail Abu Taat di perkarangan KLCC di sini, semalam.

Dr Zanariah berkata, selain faktor genetik dan persekitaran, masalah obesiti meningkatkan risiko menghidap penyakit itu.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mendidik anak-anak pemakanan seimbang bagi mengelak obesiti serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Beliau berkata seramai 1.4 juta penduduk negara ini yang berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes dan dijangka meningkat kepada 2.4 juta pada 2030.

Hari Diabetes Sedunia bertemakan Diabetes Di Kalangan Kanak-kanak dan Remaja diraikan pada setiap 14 November iaitu hari kelahiran Frederick Banting yang menemui insulin bersama rakannya, Charles Best.

Lebih 2,000 penghidap diabetes, pengamal perubatan dan orang awam menghadiri sambutan itu yang menyediakan kemudahan mengesan diabetes seperti pemeriksaan kandungan gula dalam darah oleh pasukan pakar dari Hospital Putrajaya.

Sementara itu di PETALING JAYA, Pengarah Urusan Farmaseutikal Merck Sharp & Dohme (MSD), Ewe Kheng Huat, berkata diabetes berada di tangga keempat dalam senarai penyakit paling bahaya yang boleh membawa maut, menunjukkan peningkatan iaitu lebih 1.4 juta rakyat negara ini menghidapnya dan 98 peratus daripada mereka menghidap kencing manis jenis dua.

Katanya, data global yang terkini menganggarkan 246 juta penghidap kencing manis di seluruh dunia menjelang 2025 dan anggaran itu dijangka meningkat kepada 380 juta orang.

“Apa yang membimbangkan di kebanyakan negara, terdapat 50 peratus pesakit kencing manis tidak tahu mereka menghidap penyakit ini. Kencing manis jenis dua ini yang dikatakan berlaku apabila badan mengandungi paras gula atau glukosa darah yang tinggi,” katanya.

http://www.serikasih.com/1-4j-hidap-diabetes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...