Senarai Ubat Kencing Manis (Farmakologi)

Individu yang menghidap kencing manis perlu mendapat rawatan segera. Sekiranya gula dalam darah sewaktu BERPUASA ialah antara  5.5 mmol/l ke 6.5 mmol/l ini dikatakan sebagai glucose tolerance. jika paras gula melebihi 7mmol/l maka ia termasuk sebagai diabetes.

Untuk Pesakit diabetes type-1 maka tidak dapat tidak mereka perlu menggunakan suntikan insulin dari luar. Insulin untuk tujuan perubatan pada asalnya diperoleh daripada lembu namun kini, insulin recombinant yang menggunakan teknologi kejuruteraan genetik berjaya diperoleh dan hasilnya, insulin yang terhasil adalah sama seperti insulin yang dihasilkan oleh badan manusia. Insulin recombinant ini perlu disuntik ke dalam badan 30 minit sebelum waktu makan dan dos perlu diselaraskan dengan aktiviti harian agar tidak berlaku kekurangan gula dalam darah (hypo-glycemia) yang dimanifestastikan oleh berpeluh pada waktu malam dan sukar untuk tidur.

Novorapid (Aspart)

Insulin tiruan juga semakin popular pada zaman ini. Ia amat mudah digunakan kerana ia perlu disuntik ketika hendak makan tidak seperti insulin biasa yang perlu disuntik 30 minit sebelum makan. Insulin tiruan ini juga bertindak serta merta dan dimetabolisma (dibuang) dengan cepat oleh badan. Antaranya termasuk:
  • Lispro
  • Aspart
  • Glulysine

Selain itu, terdapat ubatan yang membolehkan insulin yang disunti di bawah kulit beraksi lebih lama supaya paras glukos dalam badan dapat distabilkan dan mengurangkan pembinaan gula baru dalam darah. Antara yang paling popular ialah:
  • NPH (Neutral Protamin Hagedron) - bertahan untuk maksimum 12 jam
  • Glargine dan Detemir - bertahan untuk maksimum 24 jam

Ubat yang terlibat dalam meningkatkan pengeluaran insulin oleh badan sendiri tanpa perlu suntikan dari luar adalah dipanggil insulin secretagogues. Ubat yang palin popular dalam kumpulan ini termasuk:
  • Sulfonyl-urea
    • glimepiride
    • glipizide
    • glibenclamide
  • Miglitinide
    • nate-glinide
    • repaglinide
Sulfonyl urea dan Miglitinide bertindak dengan menutup protein pembawa kalium dan memasukkan kalsium ke dalam sel beta di pankreas dan menyebabkan lebih pengeluaran insulin dari pundi simpanan insulin dalam sel beta di pankreas. 


Terdapat juga ubatan yang meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, dan amat sesuai digunakan oleh pesakit diabetes type-2. Ubat ini menggalakkan transportasi glukos ke dalam sel dan mengelakkan pembentukan gula baru dalam darah. Antara yang palin popular ialah:
  • Biguanides
    • Metformin
  • Glitazone
    • Rosiglitazone
    • pioglitazone
Biguanides amat bagus untuk meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, namun ia boleh menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam badan dan menyebabkan asidosis dan kegemukan


Ubat yang terlibat dalam mengurangkan penyerapan gula dari usus (tetapi jarang digunakan) ialah:
  • Acarbose dan miglitol - kedua dua menggunakan mekanisma merencat hormon alpha-glucosidase bagi mengelakkan pencernaan gula dalam makanan/minuman. Sekiranya pesakit mengalami hypo-glycemia, maka jangan bagi mereka gula biasa, pastikan mereka diberi gula ringkas (glucose) agar kembung perut tidak berlaku.

Satu lagi kumpulan ubat ialah ubat yang bertindak merangsang pengeluaran hormon dari usus (GLP - Glucagon like peptide). Ubat ini menggalakkan penghasilan GLP yang seterusnya menigkatkan penghasilan insulin dan mengurangkan aktiviti perut (stomach). Ubat tersebut ialah:
  • Exenatide

Dan yang sangat menarik ialah, rawatan menggunakan pam insulin yang membawa insulin dari alat elektronik terus ke bawah kulit. Ianya mudah untuk dikendalikan tanpa perlu mencucuk kulit anda banyak kali dalam sehari. berikut merupakan alat tersebut:

Insulin Pump by Medtronic

Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/11/senarai-ubat-kencing-manis-farmakologi.html#ixzz1kBenkBIF

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...