Petua Rawat Kencing Manis Dengan Pemeriksaan Tahunan Oleh Doktor

Image result for doktor

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html

Petua Kawal Kencing Manis Dengan Pemeriksaan Diri Sendiri

Image result for self monitoring diabetic


Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Elak Kencing Manis Dengan Penjagaan Berat Badan

Image result for slimming

mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...