Berjaya Cipta Penawar Diabetes

Berjaya cipta penawar diabetes
Dr Daing (tengah) melihat produk yang dihasilkan Hui Ni.

KUANTAN  - Penuntut tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seah Hui Ni dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Best of the Best’ kategori pelajar melalui Ekspo Rekacipta, Inovasi, Teknologi dan Penyelidikan (Citrex) sempena Hari Terbuka UMP di kampus Gambang di sini.

Gadis berusia 23 tahun berasal dari Pontian, Johor itu berjaya menghasilkan penawar penyakit diabetes atau kencing manis daripada pokok misai kucing dalam bentuk kapsul.
Kajian dan penyelidikan yang dihasilkan bertajuk ‘Phenolic-Rich Microcapsule From Orthosiphon Stamineus itu berjaya menewaskan 23 penyertaan lain. Malah, Hui Ni turut menerima pingat emas bagi penyelidikan itu.

Nui Hui akui berbangga dan berpuas hati apabila hasil usahanya selama ini membuahkan kejayaan.
“Produk ini akan dikomersialkan dan saya sudah menandatangani perjanjian bersama sebuah syarikat iaitu Cosway pada 2014. Syarikat berkenaan akan memasarkan kapsul misai kucing ini,” katanya kepada pemberita pada majlis itu, kelmarin.

Katanya, keputusan untuk menghasilkan kapsul misai kucing dipilih atas beberapa faktor iaitu selain membantu pesakit diabetes, bahan asas ini sangat mudah diperoleh tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Malah katanya,  ramai masyarakat di negara ini menghidap diabetes dan itu antara sebab dia sedaya upaya mencuba menghasilkan produk untuk merawat penyakit berkenaan.

Pada majlis itu, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UMP dan Institut Sukan Negara serta Silterra Malaysia Sdn. Bhd.

Sementara itu,  Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, Citrex 2016 yang memasuki tahun keempat penganjuran menyaksikan pengembangan skopnya dengan membuka penyertaan kepada sekolah menengah.

“Saya harap jawatankuasa penganjuran akan melipatgandakan promosi agar lebih banyak pihak khususnya swasta, industri dan badan korporat tampil menyokong terutama dalam penajaan hadiah.

“Selain itu, dengan adanya 24 buah sekolah kluster di bawah UMP maka aspirasi pembudayaan inovasi dan kreativiti dapat dikembangkan lagi dengan menjemput semua sekolah berkenaan menyertai Citrex secara tetap mulai tahun depan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/berjaya-cipta-penawar-diabetes-1.495424

Aplikasi Bagi Pesakit Kencing Manis


SEBUAH firma kesihatan terkemuka, MSD - dengan kerjasama Persatuan Kencing Manis Singapura (DSS) - telah melancarkan satu aplikasi iPhone pertama (gambar) bagi mereka yang menghidap kencing manis.
Aplikasi 'Ramadan, Diabetes and Me' (Ramadan, Kencing Manis dan Saya), bertujuan khusus bagi menangani cabaran yang dihadapi jutaan orang yang menghidap kencing manis jenis 2 yang mahu berpuasa dalam Ramadan.

http://www.beritaharian.sg/gah/ap-bagi-pesakit-kencing-manis

Ubat Terbaru Bantu Pesakit Kencing Manis

Boleh kurangkan paras gula dalam darah dan bantu turunkan berat badan serta tekanan darah pesakit

PESAKIT kencing manis yang selama ini bertarung dengan masalah nafsu makan yang sukar dibendung, sehingga akhirnya berat badan turut meningkat, kini mempunyai pilihan beralih ke ubat yang tidak mempunyai kesan sampingan sedemikian.

"Ubat kelas terbaru ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan dan kecenderungan asyik makan. Ia tidak hanya mengurangkan kadar gula dalam darah malah membuat berat badan mereka turut berkurangan," kata pakar endokrinologi dari Pusat Perubatan Gleneagles, Dr Chung Horn Lee.

http://www.beritaharian.sg/wacana/ubat-terbaru-bantu-pesakit-kencing-manis

Masih Ada Harapan Sembuh Bagi Pesakit Kencing Manis Jenis 2

KEPERCAYAAN popular ialah penyakit kencing manis bermakna terpaksa makan ubat seumur hidup.

Namun, penyelidikan terkini menunjukkan ia boleh dirawat melalui diet sangat rendah kalori.
Penyelidik dari Universiti Newcastle di Britain meletak 30 orang pesakit kencing manis Jenis 2 pada program diet 700 kalori sehari selama lapan minggu. Setiap daripada mereka hilang berat badan kira-kira 14kg secara purata. Bagi kebanyakan pesakit itu, penyakit kencing manis mereka juga hilang.

Malah, kesan positif diet itu berpanjangan. Hampir separuh daripada mereka tidak mempunyai apa-apa tanda kencing manis hampir enam bulan selepas mereka secara beransur-ansur kembali kepada diet lebih normal yang membantu mereka mengekalkan penurunan berat badan mereka.

Hasil kajian itu diterbitkan dalam Diabetes Care awal tahun ini.

Menurut halaman Mind & Body akhbar The Straits Times pada Selasa (10 Mei), doktor yang dihubunginya berkata walaupun ada orang boleh merawat penyakit kencing manis mereka dengan menurunkan berat badan, cabaran bagi kebanyakan orang ialah mengekalkan berat badan sihat.

Dalam sesetengah pesakit, kencing manis Jenis 2 boleh dirawat selepas penurunan besar berat badan, yang biasanya berlaku selepas diet rendah kalori yang berterusan beberapa bulan, kata Dr Nitish Mishra, seorang perunding di Pusat Diabetes & Endokrin Raffles.

Beliau menjelaskan bahawa salah satu punca utama kencing manis Jenis 2 ialah terlalu banyak lemak dalam hati dan pankreas.

"Setiap individu mempunyai ambang lemak peribadi dan apabila mereka melepasi ambang itu, kencing manis Jenis 2 terjadi," katanya.

Oleh itu, selaras dengan prinsip yang sama, apabila mereka berjaya menurunkan berat badan dan lemak dalam tubuh mereka berkurangan ke paras di bawah ambang lemak peribadi mereka, penyakit kencing manis itu akan hilang, katanya.

Pakar endokrinologi Peter Eng, daripada Peter Eng Endocrine Clinic, berkata kebanyakan pesakit kencing manis tidak dapat merawat penyakit mereka.

Yang dapat merawatnya sama ada gemuk atau sangat gemuk dan dapat membuang banyak - sekurang-kurangnya 20 peratus - berat badan mereka.

Bagaimanapun, mereka perlu mengekalkan penurunan berat badan mereka. Sebaik sahaja berat badan mereka kembali, penyakit kencing manis juga kembali melanda.

http://www.beritaharian.sg/setempat/masih-ada-harapan-sembuh-bagi-pesakit-kencing-manis-jenis-2

Suntikan Bagi Perang Kencing Manis

GRC East Coast lancar program, fokus utama bantu penduduk Melayu cegah gejala
USAHA memerangi penyakit kencing manis mendapat satu lagi suntikan menerusi projek pendekatan penduduk yang dirintis Dr Mohamad Maliki Osman dengan kerjasama pelbagai badan, termasuk agensi pemerintah, penduduk dan individu.

Menyedari hakikat bahawa orang Melayu membentuk sebilangan besar yang menghadapi gejala itu, Menteri Negara Kanan itu berkata usaha peningkatan kesedaran perlu diluaskan.
Beliau mengambil inisitiaf dengan meletakkan misi meningkatkan pendidikan dan kesedaran serta pengurusan penyakit itu sebagai satu keutamaan beliau bagi seluruh penduduk Melayu/Islam di GRC-nya.

Hasil perbincangan dan perancangan selama beberapa minggu, satu program akan dilancarkan esok di GRC beliau iaitu East Coast, dedah Dr Maliki yang merupakan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar dan Pertahanan) merangkap Mayor bagi Daerah Tenggara.

Program memerangi penyakit kencing manis itu dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Persatuan Rakyat (PA), kumpulan akar umbi termasuk Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Siglap.

Lebih memberangsangkan, kerjasama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur telah diperolehi bagi menugaskan sebilangan pelajar jururawat menyertai usaha tersebut.

Dr Maliki memberitahu Berita Harian bahawa sekumpulan doktor, jururawat serta pakar pemakanan dari kawasan undi itu sendiri akan tampil dalam program itu esok di Kelab Masyarakat Siglap.

Beliau berkata usaha pendekatan itu berjalan secara intensif dengan anggota akar umbi dan MAEC mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah menyebarkan maklumat dan mengajak penduduk memberi sokongan.

Namun, program itu tidak ditujukan khas penduduk Melayu/Islam saja malah kepada semua penduduk.

Acara iftar untuk keluarga berpendapatan rendah turut diadakan sempena program tersebut dan mesej tentang bahaya kencing manis itu turut disebarkan kepada golongan ini.

Selain mendapat nasihat dan mendengar taklimat, pengunjung juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan. Satu sesi mengenai pemakanan sihat turut diadakan.

Program pendekatan tersebut disokong Berita Harian dan syarikat pengusaha sekitaran dan pelaburan sosial, Green Enable Technologies.

http://www.beritaharian.sg/setempat/suntikan-bagi-perang-kencing-manis

Kencing Manis: Nasi Putih Lebih Bahaya Daripada Air Bergula

Petua Rawat Kencing Manis Dengan Pengambilan Ubat

Image result for medicine

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html

Petua Rawat Kencing Manis Dengan Pemeriksaan Tahunan Oleh Doktor

Image result for doktor

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html

Petua Kawal Kencing Manis Dengan Pemeriksaan Diri Sendiri

Image result for self monitoring diabetic


Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Elak Kencing Manis Dengan Penjagaan Berat Badan

Image result for slimming

mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html

Petua Rawat Kencing Manis Dengan Senaman

Image result for exercise

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html

Petua Elak Kencing Manis Dengan Jaga Pemakanan

Image result for carbohydrates foods

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya.

Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan.

Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor. 
 
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html

Elak Kencing Manis Dengan Mengubah Cara Hidup


Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (Impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perubahan dari segi senaman, pengambilan ubat, pemeriksaan berkala & penjagaan berat badan.

Petua Rawat Kencing Manis Dengan Minum Air

Image result for water

Pakar mendapati satu formula yang hebat untuk berapa banyak air yang anda perlu minum. Anda perlu minum setengah berat badan anda dalam auns air setiap hari. Jika anda menimbang 200 lbs., anda harus minum 100 auns air setiap hari. Ini akan memberi manfaat kepada sel-sel anda dan flush badan anda.

Petua Rawat Kencing Manis Dengan Pritikin Diet


Jika anda telah mengikuti berita anda mungkin pernah mendengar tentang Pritikin diet. Penyelidikan sentiasa telah menyimpulkan bahawa diet ini telah bermanfaat untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap anda nitrik oksida.

Walau bagaimanapun kajian terbaru menunjukkan bahawa diet ini juga bermanfaat untuk merawat penyakit kencing manis. Bahagian pertama diet makan makanan tinggi serat gandum. Kerana serat rasa badan anda (menyahtoksin), anda akan dapat menguruskan berat badan anda dan anda perlu insulin yang lebih rendah. Mencari makanan yang tinggi serat pemakanan (3-4 gram setiap hidangan). Mendapatkan 50 g serat setiap hari.

http://jerryjournal.com/paling-berkesan-kencing-manis-semulajadi-penawar-5-tips-mudah-kencing-manis-semulajadi/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...