Penyakit Yang Paling Tidak Manis… Kencing Manis


Penyakit kencing manis sudah menjadi seperti satu wabak berjangkit yang semakin berleluasa. Bukan sahaja semakin ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyakit ini, malah umur pesakit kencing manis turut menuju ke arah golongan yang lebih muda. Terdapat semakin ramai orang muda yang baru berumur sekitar 30-an menjadi mangsa Penyakit Senyap ini.

Kencing Manis digelar sebagai Penyakit Senyap kerana membentuk di dalam badan seseorang itu tanpa sebarang tanda awal. Ia turut merupakan salah satu penyakit moden yang mengaut berjuta-juta kos perubatan.
Malangnya, teknologi perubatan yang serba canggih pada masa kini masih tidak dapat mengubati penyakit ini. Bukan sahaja semua ubat kencing manis kimia tidak dapat menyembuhkan kencing manis, malah, bahan kimia ini mendatangkan kesan sampingan jangka masa panjang yang hanya boleh diperhatikan selepas beberapa tahun pengambilan berterusan…

http://kencingmanis.info/

Pengambilan Gula Rakyat Malaysia Membimbangkan


KUALA LUMPUR 24 Nov 2009 — Kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia telah sampai ke tahap amat membimbangkan dan negara akan terus mengalami kos ekonomi dan sosial yang tinggi sekiranya penduduk tidak mengubah gaya hidup mereka, demikian amaran oleh ahli fisioterapi terkenal hari ini.
Dr B.S.Bains berkata, kira-kira 14.5 peratus daripada 26 juta penduduk Malaysia menghidapi penyakit diabetes dengan bilangannya bertambah pada kadar yang tidak terkawal.
Dr Bains, yang juga presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian klinik Bains, turut memberi amaran mengenai peningkatan penyakit strok atau angin ahmar.
Katanya, kandungan gula yang tinggi dalam banyak makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia merupakan punca utama penyakit diabetes yang sebaliknya berkait rapat dengan penyakit strok.
Dalam temu bual dengan Bernama, Dr. Bains mengenal pasti minuman teh tarik sebagai musuh nombor satu kadar tinggi pengambilan gula. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...