Pengambilan kopi satu hari secawan bersama serbuk kayu manis akan membantu menurunkan kandungan paras gula.
1001 Maklumat Mengenai Kencing Manis & Diabetes. [Kapsul Peria Katak Plus - Insulin Semulajadi]
Petua Ubati Kencing Manis Dengan Bawang Putih
Orang Cina memang suka makan bawang putih. Dalam masakan mereka mesti ada diletakkan bawang putih dengan banyak. Bawang putih ini memang ada banyak kelebihan perubatannya sehingga ada kapsul bawang putih dijual dalam bentuk bahan tambahan pemakanan.
Tetapi, kalau nak mudah dan mendapatkan khasiat yang mujarab, anda perlulah kakan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Itupun kalau anda ada kekuatan untuk buat begitu.
http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html
Kayu Manis Merawat Kencing Manis
Terdapat beberapa kajian menyatakan
pengambilan kayu manis boleh merendah kandungan gula di dalam darah. Ia
juga boleh mengurangkan kolestrol, triglycerides dan kolestrol jahat LDL
dan meningkatkan kolestrol baik HDL.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa
jenis kayu manis yang akan menyebakan darah cair. Pengambilan secara
berlebihan akan membahayakan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
sebelum mengambilnya.
Petua Ubati Kencing Manis Dengan Limau
Makanlah segala jenis buah limau samada mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja asalkan ianya daripada kelompok atau keturunan buah limau.
Samada besar atau kecil masam atau manis, banyakkan atau sering makan buah limau ini secara mentah. Jangan makan jus limau, makanlah mentah sebiji begitu kerana ianya jauh lebih bagus untuk khasiat dan manfaat badan anda. Buah limau juga cukup baik untuk kesihatan jantung anda.
Jangan kemut duit untuk beli buah limau dan jadikan hidangan rutin untuk keluarga anda. Kalau tak banyak duit untuk beli buah limau, apakata tanam saja pokok limau kasturi yang kecil tu di kebun rumah anda. kalau tak ada tanah, beli pasu besar dan semai pokok limau dan bila dah berbuah, makan buah limau dengan dijadikan ulam bersama sambal belacan.
http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html
Subscribe to:
Posts (Atom)