Pemakanan Untuk Pesakit Kencing Manis - Hospital Pusrawi


Tujuan:
  1. Untuk mencapai dan mengekalkan paras gula dan lipid darah pada julat normal.
  2. Untuk  mengelak sebarang komplikasi penyakit.
  3. Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
  4. Untuk membekalkan keperluan pemakanan bagi memenuhi keperluan harian.
Penjagaan makanan:

Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes Mellitus:-

Makanan yang perlu dielakkan

Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, niskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.


Makanan yang 
bebas dimakan
  1. Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi.
  2. Contohnya: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya.
  3. Semua cecair dan minuman tanpa gula
  4. Contohnya: Sup air, air kosong, the dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.
  5. Perasa dan Perencah
  6. Contohnya: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
  7. Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa
Makanan yang perlu disukat.
  1. Susu dan hasil tenusu
  2. Bijirin dan hasil bijiran
  3. Kacang dan kekacang
  4. Buah-buahan
Pilihan makananSaiz hidanganSaranan
1..Susu dan hasil tenusu



Susu segar / cair

Susu sejat

Susu penuh krim

Susu skim / rendah lemak




1 cawan (240ml)

½ cawan (120ml)

4 sudu makan penuh

4 sudu makan paras






2 kali sehari






2. Bijiran dan hasil bijirin



Roti putih / bijirin penuh                                                 

Nasi / mee / meehon / kuey teow

Capati/ roti canai/ tosai

Ubi




2 keping

1 cawan                                         

1 keping

1 biji saiz telur






3-4 kali sehari                            


3. Kacang dan kekacang



Kacang hijau/ merah/ dhal/ kacang soya (mentah)




1/3 cawan




1-2 kali sehari
4.Buah-buahan

Epal/oren/limau/lai/ciku

Pisang (10cm)

Mangga

Jambu batu

Belimbing

Langsat/longan/anggur

Rambutan/laici

Betik/nenas/tembikai/tembikai susu
Durian/nangka/cempedak


1 biji sederhana

1 biji kecil

1 biji kecil

½ biji tanpa biji

1 biji sederhana

8-10 biji kecil

5 biji sederhana

1 potong nipis


3 ulas kecil








2 kali sehari






Walaupun rasa makanan dalam kumpulan ini masam, pedas, manis, tetapi semua akan ditukarkan kepada gula oleh badan kita.

Panduan Am
  1. Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi,makan tengahari, makan malam). Pastikan makan pada selang masa yang tetap.
  2. Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  3. Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan kekacang dan biji-bijian.
  4. Kurangakan pengunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  5. Kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dank rim salad.

    http://www.pusrawi.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=66&Itemid=149&lang=en

Kencing Manis Semasa Hamil (Gestational Diabetes)

Ramai wanita mengalami kencing manis semasa hamil. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean.

Wanita yang mempunyai risiko selalu diuji samada mereka mengalami kencing manis atau tidak selalunya pada kandungan 28 minggu. Pada masa ini uri mengeluarkan hormo dengan banyaknya dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.
 

Risiko-Risiko

Beberapa faktor yang boleh menjurus kepada kencing manis semasa mengandung. Anda akan mempunyai risiko yang tinggi sekiranya:
  1. Anda pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
  2. Berlebihan berat badan
  3. Wanita yang lebih berusia
  4. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
  5. Wanita yang pernah menlahirkan bayi 4 kg keatas
  6. Wanita yang mempunyai ayah dan ibu yang mengidap kencing manis
Bagaimana Ia Dirawat?

Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah. Ini dilakukan dengan mengamalkan diet yang optimal. Kurangkan pengambilan karbohidrat sementara makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin. Amalkan senaman setiap hari.

Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mingkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98% wanita yang menalami kencing manis semasa mengandung akan kembali normal selepas bersalin. Walaubagaimana, segelintir dari mereka mempunyai risiko untuk mengalamikecing manis semasa lebih berusia. Sekiranya anda mampu untuk mengawalkan kencig manis ini semasa hamil, peluang untuk mendapat anak yang sihat adalah tinggi.
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/144-kencing-manis-semasa-hamil.html

Peningkatan Usia, Faktor Penggalak Berlakunya Kencing Manis

Perbincangan dan pencarian penawar kencing manis memang tidak pernah ada kesudahannya. Setiap orang diseluruh dunia terdedah kepada penyakit kencing manis kerana banyak faktor. Sama ada anda menjaga kesihatan dengan mengurangkan pengambilan makanan bergula atau bersenam secara kerap adalah faktor yang boleh membantu mengurangkan risiko sakit kencing manis, namun ada beberapa risiko yang masih ada dan tidak mustahil akan menyebabkan anda mendapat penyakit yang telah meragut banyak nyawa ini.

Seperti anda semua sedia maklum, apabila seorang dewasa yang mencapai usia 40 tahun keatas, kita perlu berjaga-jaga kerana diwaktu ini, kesihatan badan akan mulai merosot. Penyakit kencing manis adalah salah satu penyakit yang mudah menghinggapi kita semua. Ini kerana pada usia menjelang 40-an, organ-organ dalaman badan mulai kehilangan fungsi atau tidak lagi berkesan seperti zaman muda-muda dahulu. Ini adalah biasa terjadi kepada mereka yang tidak mengamalkan cara hidup sihat.
 

Ada diantara mereka dengan bangganya menunjukkan kadar bacaan gula dalam darah mereka adalah normal dan itu dijadikan lesen untuk mengambil makanan berlemak dan tinggi kadar glukosa tanpa had. Hal ini perlu dihentikan kerana semasa anda muda, kebanyakan organ dalaman anda berfungsi dengan baik. Ianya akan mampu melawan penyakit dan berfungsi dengan baik. Tetapi jika anda melihat, air yang menitis diatas batu dari sehari ke sehari pun akhirnya akan membentuk lubang atau rekahan pada batu tersebut.

Inilah bahaya yang tidak nampak bagi mereka yang tidak menjaga kesihatan dan kerap mengambil makanan manis. Rekahan pada batu itu menunjukkan ianya tidak mampu lagi menahan hentaman “seringan” setitis air. Untuk jangka masa yang lama adalah sangat tidak mustahil batu tersebut boleh terbelah dua. Sama keadaannya dengan organ fizikal dalam kita. Pengambilan makanan manis tadi tiada beza seperti titisan air ke batu.

 

Apabila mencapai usia 40-an, banyak organ yang mulai kehilangan atau tidak lagi berfungsi secara baik. Secara amnya, semasa muda kandungan gula yang diambil akan ditukar oleh insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin tersebut akan menukar kandungan gula untuk dijadikan tenaga. Tetapi pada usia meningkat 40 keatas, organ pankreas tidak akan dapat dihasilkan dalam jumlah yang mencukupi.

Kadang-kala penghasilan insulin juga sudah tidak berkesan keatas kandungan gula yang diambil dan hasilnya gula tadi tidak dapat ditukar kepada tenaga. Dan berlakunya pengumpulan gula dalam darah. Bila kandungan gula dalam darah berlebihan ianya akan menyebabkan penyakit kencing manis.

http://penawarkencingmanis.com/faktor-penggalak/faktor-berlakunya-penyakit-kencing-manis.html

Pengenalan Kencing Manis Secara Umum

Sejarah Ringkas

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila  Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.

Insulin

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
  • Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  • Sering ketandas.
  • Terasa badan lemah.
  • Berat badan turun dengan cepat
  • Penglihatan semakin kabur.
  • Terasa pening kepala.
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Golongan Berisiko Tinggi.

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
  • Mereka yang berat badan agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

kencing_manis5

Mengesan Kencing Manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Mengelak Kencing Manis

Perubahan cara hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

Penjagaan Berat Badan

Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan Diri Sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.  Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/605-kencing-manis.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...