Petua Merawat Kencing Manis

Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang kita sering ingin elakkan. Walaupun boleh mendapatkan rawatan doktor, tapi tidak ada salahnya jika kita mencuba perubatan secara tradisional pula untuk merawat kencing manis ini.
Merawat+kencing+manis Merawat kencing manis

1. Daun sirih

Ambil 10 helai daun sirih dan lima ulas bawang merah. Rebuskan dengan dua gelas air dan sejukkan. Amalkan meminum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

2. Akar patawali

Ambil dalam dua inci akar patawali, tumbuk hingga lumat kemudian masukkan dalam air sejuk dalam setengah gelas. Tapiskan. Amalkan meminumnya setiap pagi dan petang.

3. Kulit petai

Ambil batang pokok petai sebesar tapak tangan dan rebus dalam periuk. Biarkan mendidih sehingga air rebusan bertukar menjadi kehitaman. Minum sekali sehari sebanyak satu atau setengah gelas.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk mendapat kulit pokok petai, bolehlah menggunakan buah petai sebanyak lima keping dan direbus sehingga empuk. Ambil air kira-kira setengah gelas dan minum. Amalkan meminumnya sekali sehari.

4. Kulit jering

Rebus kulit buah jering sebanyak 10 biji hingga keluar air kelatnya. Biarkan sejuk. Minum setengah gelas setiap hari.

Kulit pokok jering juga boleh digunkan untuk merawat penyakit kencing manis. Cara memasaknya adalah sama seperti kulit pokok petai.

Terapi Mandi Yang Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis

KEHEBATAN MOLEKUL AIR

Molekul air, seperti yang kita ketahui, berasal daripada kolaborasi 1 atom oksigen dengan 2 atom hidrogen. Daya penolakan yang terjadi di antara dua atom hidrogen menyebabkan kedua-duanya terpisah pada sudut 105O lalu menghasilkan konfigurasi molekul air yang asimetri.

Seperti magnet, molekul air mempunyai satu hujung yang bercas positif dan satu hujung yang bercas negatif.
Sifat molekul air yang mempunyai dua hujung yang bercas ini penting dalam menstabilkan fungsi badan manusia. Seperti yang kita sedia maklum, di sekeliling badan manusia terdapatnya lapisan tenaga bercas yang dipanggil aura. Aura setiap individu berbeza, dan ia juga berbeza mengikut situasi, sama ada dalam keadaan rehat, emosi atau tidur. Interaksi dengan molekul-molekul air membolehkan cas-cas yang membentuk lapisan tenaga di sekeliling badan ini, menjadi stabil.


Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Dan Kami jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Anbiya’ (21) ayat 30.

Apabila kita merenung kembali secara mendalam kepada ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim, nyatalah air bukan sembarangan makhluk yang diciptakan Allah SWT. Di dalam sekecil-kecil molekul air itu tersimpannya sumber kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan pelbagai rahsia lagi yang masih belum terungkapkan akal fikiran manusia.

Islam, satu agama yang menitikberatkan penyucian melalui air, membuktikan kehebatan air dan kaitan rapatnya dengan kesihatan manusia. Solat fardhu lima waktu sehari semalam dan solat-solat sunat, wajib dalam keadaan berwudhu’. Begitu juga, perempuan yang keluar haid diwajibkan mandi selepasnya, untuk menstabilkan sistem peredaran darah dalam badan. Suami isteri juga diwajibkan mandi selepas bersekedudukan. Bahkan, selepas matinya seseorang Muslim itu, jenazahnya wajib dimandikan untuk yang terakhir kalinya!

Hal-hal ini menunjukkan peri pentingnya air dalam kehidupan manusia!

TERAPI AIR

Sejak beratus-ratus tahun sebelum Masihi, bangsa Romawi sudah mengetahui tentang khasiat mandi. Berendam di dalam kolam susu atau kolam air jernih dipercayai dapat menghasilkan tubuh yang sihat, segar, bersih dan wangi.

Bangsa Yunani pula terkenal dengan konsep sante par aqua, yang bermaksud kesihatan melalui terapi air, atau dalam bahasa moden dan ringkasnya dipanggil spa. Spa menghasilkan perawatan melalui bahan-bahan seperti aromaterapi, rempah ratus, body scrub dan sebagainya.


Apa pun konsep dan teori di sebaliknya, terapi air hakikatnya mampu menyelesaikan masalah-masalah berhubung kesihatan. Antaranya:

1.   Diabetes Mellitus.
Dalam satu penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan, seseorang penderita penyakit diabetes mellitus yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam di dalam air yang hangat, dapat menurunkan kandungan gula di dalam darah sekitar 13%!

2.   Sakit Otot dan Peristalsis.
Berendam dalam air hangat, bersuhu sekitar 32 – 35OC selama 10 – 20 minit juga berkesan dalam memulihkan sakit-sakit otot dan melancarkan peristalsis seterusnya dapat menjaga usus besar untuk bekerja dengan lebih efisien.

3.   Stress
Kadangkala, apabila stress menyerang, cubalah mandi dengan air dingin bersuhu antara 12 – 18OC. Ianya sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia juga dapat menyempitkan darah dan meninggikan kandungan gula.

4.   Ekzema
Penyakit kulit seperti ekzema atau ruam (radang pada kulit yang menyebabkan rasa gatal-gatal) dapat disembuhkan dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Dalam kes ini, soda penaik bertindak sebagai antiseptik. Caranya cukup mudah, cuma campurkan 1 pound soda penaik ke dalam air yang hangat dan adukkan sehingga rata. Dianjurkan untuk berendam selama 10 – 20 minit.

5.   Selesema dan Sakit Kepala
Merendamkan kaki ke dalam air panas dapat membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kaki yang lemah kembali. Masukkan air hangat ke dalam bekas sehingga ke pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Lakukan selama 10 – 20 minit, kemudian basuhkan kaki dengan air dingin.

6.   Insomnia
Rendamkan kaki ke dalam air dingin sehingga kaki terasa dingin, selain berupaya mengatasi masalah insomnia (sukar untuk tidur), ia juga berkesan mengatasi rasa letih pada kaki, menghentikan pendarahan hidung, selesema dan sembelit.

7.   Melancarkan Peredaran Darah
Bagi mengatasi masalah peredaran darah, rendamkan kaki ke dalam air hangat selama 1 – 2 minit, diikuti dengan air dingin selama 30 saat. Ulanginya sehingga 15 minit dan diakhiri dengan air hangat.

DARIPADA AIR WUJUDNYA KEHIDUPAN

Semua benda hidup bergantung kepada air ciptaan Allah.
Maha Suci Allah yang menjadikan kehidupan daripada air!
Maha Suci Allah yang menyempurnakan Islam sebagai suatu cara hidup!
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


http://psipum.org/terapi-mandi-yang-menyembuhkan-penyakit/

Kemunting Cina Penawar Penyakit Kencing Manis



Kemunting Cina adalah sejenis tumbuhan tempatan yang berkesan untuk mengubati penyakit kencing manis (diabetis mellitus). Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahagian akar, batang dan daun kemunting cina mengandungi sejenis bahan insulin dan alkoloid akuaniidine yang berkesan untuk merawat penyakit kencing manis. Tumbuhan berbunga putih dan merah jambu itu atau nama saintifiknya Catharanthus roseus. Ia berasal dari keluarga apocynaceatine and vincrustine.

Kedua-dua bahan itu bersifat antibarah dan digunakan untuk mengubati ketumbuhan dan penyakit Hodgkin, iaitu sejenis penyakit leukemia.

Daun Kemunting Cina juga digunakan dalam kaedah tradisional untuk meredakan beberapa penyakit. Ia direndam di dalam air dan air itu kemudian diminum untuk meredakan senggugut.

Daunnya juga mujarab untuk menghilangkan bisa akibat sengatan serangga. Ia ditumbuk halus kemudian ditampal di mana-mana bahagian disengat.

Bagaimanapun, Kemunting Cina tidak sesuai diamalkan dengan kerap kerana tumbuhan itu didapati mengandungi alkaloid yang boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.

http://psipum.org/kemunting-cina-penawar-penyakit-kencing-manis/

Diet Untuk Diabetes

IMG 0005eo

Diabetes yang tidak terkawal akan mengakibatkan komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, masalah penglihatan, kerosakan urat saraf dan masalah jangkitan.

Sehubungan itu, pengurusan perubatan serta kawalan pemakanan serta senaman yang betul amat penting pagi golongan yang menghidapi penyakit ini.

Penghidap diabetes perlu mengawal pemakanan bagi memastikan perkara aras gula dalam darah, serta aras lemak dan kolestrol dalam julat normal dan tekanan darah kurang atau sama, iaitu 130/80mmHg.

Penghidap diabetes juga harus memastikan pengambilan udat mengikut jadual, selain rajin bersenam.

Penghidap diabetes perlu mengelakkan karbohidrat ringkas (seperti gula putih, glukos, jem, madu, susu pekat manis, sirap, coklat dan kaya) kerana ia akan meningkatkan aras gula darah dengan cepat.IMG 0016eo

Penghidap sebaliknya digalakkan mengamalkan kabohidrat kompleks (seperti nasi, mi, laksa dan roti) kerana ia akan meningkatkan aras gula darah secara perlahan dan kebiasaannya mengandungi serat.

Bagaimanapun penghidap diabetes perlu menyukat dan mengawal pengambilan kabohidrat komplek berkenaan sepanjang hari untuk mengawal aras gula darah dengan baik.

Anda boleh menyukat pengambilan karbohidrat berkenaan seperti berikut:





Bijiran dan hasil bijirin Saiz dicadangkan

Nasi (beras putih/ perang)/ mihun/ sohoon/ kuetiau/ macaroni/ spaghetti/ oat masak ½ cawan

Mi basah 1/3 cawan

Bubur nasi 1 cawan

Capati 1/3 keeping

Tosei ½ keping

Idli/putu mayam/bun kosong/roti 1 keping

Oat mentah/tepung (atta, beras, gandum) 3 sudu makan

Biskut cream cracker 3 keping





Sayuran berkanji Saiz dicadangkan

Ubi kentang 1 biji

Ubi keladi/ubi keledek/ubi kayu/ sukun/ jagung (biji)/ kentang putar 1/2cawan

Jagung 1 tongkol

Labu merah 1 cawan

Sengkuang cina 4 biji





Kacang dan kekacang Saiz dicadangkan

Kacang pis (masak) ½ cawan

Kacang kuda/dal kuning (masak) 3 sudu

Kacang hijau/merah/hitam (masak) 2 sudu

Papadom (kecil) 9 keping

Kacang panggang (tin) 1/3 cawan









Buah-buahan Saiz dicadangkan

Epal/pir/oren/ belimbing/pic/ pisang kaki/ ciku/ kiwi 1 biji

Betik/nenas/tembikai/tembikai susu 1 potong

Jambu batu/mangga ½ potong

Pisang 1 biji

Duku/langsat/longan/anggur 8 biji

Prun/kurma/manggis 2 biji

Cempedak/Nangka 4 ulas

Durian 2 ulas

Rambutan/laici 4 biji

Kismis 1 sudu




Penghidap diabetes juga disaran mengambil makanan protein secara sederhana (2-3 hidangan sehari). Mereka digalakkan memilih masakan protein kurang lemak seperti ikan (1 ekor sederhana), tempe/tahu ( 1 ½ keeping), ayam tanpa kulit (1 peha) dan daging kurang lemak (2 kotak mancis).

jagung.resz

Pengambilan susu juga digalakkan untuk penghidap diabetes. Mereka digalakkan minum secawan susu segar UHT atau susu rendah lemak. Ataupun jika susu tepung skim/susu tepung penuh krim/rendah lemak, pastikan anda tidak mengambil lebih daripada empat sudu. Jika anda lebih menggemari susu sejat cair, hanya ½ cawan dibolehkan sementara yogurt rendah lemak pula disyorkan cuma ¾ cawan.

Pengambilan lemak perlu dikurangkan, terutamanya lemak tepu seperti minyak sapi, santan, krim, minyak kelapa, mentega dan mayonis. Pengambilan lemak berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan darah, aras lemak dan gula darah.

asparagus

Selain itu penghidap diabetes digalakkan mengambil serat sebanyak tujuh hidangan setiap hari. Pengambilan makaanan tinggi serat membantu mengawl aras gula darah dan kolestrol di samping dapat mengurangkan masalah sembelit.

http://jurnalmalaysia.com/index.php/info-sihat/157-diet-untuk-diabetes

Diabetes @ Kencing Manis

Kencing Manis (Diabetes Mellitus) merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing seseorang. Ini disebabkan glukosa (gula) dalam darah tidak dapat dicernakan oleh badan disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang kebersanan insulin, atau kedua – duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan.

Secara umumnya diabetes merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan ketinggian kandungan glukosa dalam darah (hyperglyceamia) terutamanya selepas pengambilan makanan.

Keadaan ini berlaku kerana hormon insulin yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas bagi membakar tenaga tidak mencukupi ataupun tidak berfungsi dengan berkesan, menyebabkan gula dalam darah tidak dapat dipergunakan. Oleh itu, kandungan paras gula tetap tinggi di dalam darah.


Terdapat dua jenis diabetes iaitu jenis pertama yang juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM), di mana hormon insulin tidak dihasilkan dengan secukupnya ataupun tiada langsung.Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mengalami simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja lagi. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.


Diabetes jenis kedua pula disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan (NIDDM). Pesakit biasanya memerlukan ubat-ubatan dan melakukan pengubahsuaian gaya hidup.Manakala diabetes jenis ketiga berlaku pada sesetengah kes kehamilan tetapi ia akan hilang dengan sendiri.

Luka dikalangan pesakit Diabetes menggambarkan satu kecederaan yang serius dan kritikal serta mendatangkan komplikasi yang memudaratkan. Antaranya seperti infeksi, nekrosis, septisemia, kehilangan anggota dan lain – lain lagi. Keadaaan luka ini menjadi lebih teruk sekiranya daya pertahanan badan menjadi lemah akibat kekurangan darah dan zat makanan. Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada terhalangnya proses sembuhan. Faktor – faktor tersebut merangkumi pelbagai perkara seperti umur, pemakanan, pengetahuan, amalan cara hidup sihat, adat dan budaya (pantang larang) sikap, pekerjaan dan taraf hidup seseorang pesakit.

Kencing manis di klasifikasikan kepada.

A) Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
B) Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)


diabetes

Diabetes Jenis I (IDDM)
-jarang berlaku tetapi keadaannya lebih teruk
-terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun
-terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
-tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
-tidak dikaitkan oleh kegemukan atau obesiti.
-pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius.
-rawatan pemakanan dan suntikan insulin

Diabetes Jenis II (NIDDM)
-biasa berlaku
-terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang berumur 35 tahun ke atas
-mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
-terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
-kejadian kegemukan sangat tinggi
-merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.
-Rawatan pemakanan dan ubat makan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu).

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Antara faktor-faktor risiko yang menyebabkan Diabetes ialah berat badan yang berlebihan dimana tidak aktif secara fizikal iaitu kurangnya melakukan senaman. Selain itu, cara pengambilan makanan yang tidak sihat dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes juga juga merupakan faktor risiko. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti umur dan penggunaan ubat yang tidak betul.Antara faktor utama yang mendorong kepada peningkatan diabetes ialah pengaruh makanan Barat dan tuntutan gaya hidup masyarakat hari ini yang semakin mencabar. Pesakit diabetes mempunyai risiko serangan jantung dan angin ahmar lebih tinggi daripada orang biasa. Mereka perlu mengawal tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol dengan berhati-hati.



http://blackrosehunter.blogspot.com/2010/10/diabetes-kencing-manis_14.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...