Panduan Menjaga Kesihatan
Seringkali kita menggambarkan gula sebagai gula pasir atau gula merah yang dijual di kedai-kedai.
Hakikatnya, gula juga terdapat dalam gula mentah, madu, sirap jagung dan sirap pekat. Dari segi kimia, gula boleh hadir dalam bentuk glukosa, sukrosa, dektrosa, laktosa, fruktosa dan maltosa. Gula pasir terdiri daripada 100 peratus sukrosa.
Secara semula jadinya, gula wujud secara semula jadi dalam beberapa
jenis makanan, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan
hasil tenusu.
Sebaliknya, gula yang hadir secara tersembunyi yang ditambah pada
makanan semasa memproses dan menyediakan makanan di rumah. Contohnya,
minuman kordial, minuman bergas, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional.
Gula terhasil dari proses makanan berkarbohidrat di dalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.
Terdapat dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan seperti:
Menyebabkan kegemukan. Kegemukan merupakan satu risiko yang berkait rapat dengan diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.
Menyebabkan terjadinya karies gigi (kerosakan gigi). Setiap kali
anda meminum atau memakan makanan yang mengandungi gula, bakteria yang
terdapat pada permukaan gigi anda akan menggunakan gula ini untuk
menghasilkan asid. Jika dibiarkan, asid ini akan merosakkan gigi anda.
Keperluan gula dalam sehari
Secara purata sebanyak 24 sudu teh (120 gram) gula termasuklah gula
tersembunyi diambil sehari oleh setiap individu di Malaysia. Ini adalah
2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan.
Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10
sudu teh (50 gram) termasuklah gula yang ditambah atau tersembunyi.
Kandungan gula dalam makanan
Jenis makanan/minuman Gula (sudu/teh)
* Minuman bergas (tin 435ml) 9
* Sepotong pai epal (200 gram) 9
* Kordial (segelas) 5
* Minuman kotak (285 ml) 5
* Aiskrim (satu skop) 4
* Jem (sesudu makan) 3
* Bijirin sarapan manis (secawan) 3
* Kuih koci (50 gram) 2
* Kuih seri muka (50 gram) 1
* Biskut berkrim (sekeping) 1
Panduan kurangkan gula
* Kurangkan memakan makanan manis seperti kek, biskut, aiskrim, coklat, kuih-muih dan bijirin bersira.
* Lebihkan meminum minuman air kosong, kurangkan pengambilan minuman manis atau bergas.
* Kurangkan atau elakkan terus penggunaan gula dalam minuman kopi atau teh.
* Kurangkan gula dalam resipi anda. Contohnya, kandungan gula dalam
resipi kek boleh dikurangkan sehingga separuh tanpa menjejaskan rasa
atau kualiti.
* Baca label pada produk. Pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah atau mempunyai label tanpa gula tambahan.
* Makan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Sekiranya membeli
buah-buahan dalam tin, pilihlah buah-buahan dalam tin yang menggunakan
air atau jus semula jadi. Elakkan buah-buahan yang ditinkan dalam sirap
pekat.
* Telitilah kandungan gula pada label produk kerana terdapat pelbagai
nama gula pada label makanan seperti glukosa, sukrosa, dektrosa,
maltosa, madu, sirap jagung dan sirap pekat.
* Produk yang mengandungi nama-nama gula ini pada labelnya menunjukkan
terdapatnya gula tambahan. Berhati-hati apabila anda membuat pilihan.
1001 Maklumat Mengenai Kencing Manis & Diabetes. [Kapsul Peria Katak Plus - Insulin Semulajadi]
Buah Epal Bakar Diet Pesakit Kencing Manis
Buah epal bakar dengan mascarpone
Semalam Pak Long (pesakit kencing manis) dapat epal lagi dari mak dia. Kali ini kami dapat epal Bramley. Jadi Mak Long cuma buang empulur dua biji epal dan buatkan kelaran sekeliling epal. Kemudian Mak Long sumbat dengan kismis dan tuangkan sedikit jus oren dan bakar pada suhu 180 C selama 20-30 minit. Apabila epal tu memecah dan kembang, masaklah dia. Pak Long hidangkan dengan krim dan mascarpone. Layannnn….
http://maklongskitchen.wordpress.com/2008/11/13/buah-epal-bakar/
Quinoa - Menu Pesakit Diabetes
Quinoa (disebut keenwa) adalah satu alternatif yang baik untuk menggantikan nasi. Quinoa adalah sejenis bijirin yang berasal dari Amerika Selatan khususnya pergunungan Andes. Ia mempunyai tekstur seperti nasi. Kandungan karbohidratnya lebih rendah dari nasi sementara kandungan protin lebih tinggi dari nasi. Dalam proses penghadaman quinoa melepaskan kandungan karbohidrat secara perlahan ke dalam tubuh menjadikannya sesuai untuk pengidap diabetes. Tak hairanlah kalau ia digelar superfood oleh pakar pemakananan Barat.
Dalam penyediaan, quinoa perlu dibasuh sehingga air basuhan benar-benar jernih untuk membersihkan saponin yang terdapat di bahagian bijirin kalau tidak ia akan terasa pahit. Seperti beras, quinoa mengembang apabila masak. Quinoa juga sesuai dihidangkan dengan lauk-pauk Melayu.
Quinoa Pilaf
Bahan-bahannya
1 cawan quinoa
1 sudu besar butter atau minyak sapi
1 camca teh parutan halia
1 cili hijau
1/4 bawang besar dicincang halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/4 camca teh serbuk kayu manis
1 3/4 cawan air
1/2 cawan kacang pis (frozen)
garam secukup rasa
Hidangan 4 orang
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang dan kacau selama 4-5 minit. Masukkan halia, cili hijau dan serbuk kunyit, ketumbar dan kayu manis. Masukkan quinoa yang telah dicuci bersih dan air. Masukkan garam. Biarkan mendidih sehingga quinoa mengembang dan berekor. Kecilkan api dan renih selama 15 minit. Masukkan kacang pis, kacau dan tutup sehingga semua air telah menyerap ke dalam quinoa.
Maklong hidangan dengan stir fried chicken with soy sauce.
http://maklongskitchen.wordpress.com/2009/11/05/quinoa/
Gaya Hidup Sihat Elak Kencing Manis
Sumber: Berita Harian, Khamis 19 Mei 2011
Oleh: Mona Ahmad
Kemanisan kuih muih dan minuman berperisa serta bergas pastinya membuka selera. Memang tidak dapat dinafikan makanan yang manis menjadi pilihan kerana keenakannya.
Tetapi disebalik keenakannya itu, ia boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit jika ia diambil berlebihan.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga mengantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamn dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah lain yang dikaitkan dengan kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Sehingga kini diabetis tidak berupaya sembuh sepenuhnya tetapi dengan pengurusan yang baik, kadar gula dalam darah boleh dikawal sekaligus komplikasi diabetes boleh dilewatkan.
Tanpa pengurusan yang baik, diabetes akan menjadi pencetus kepada pelbagai komplikasi yang membawa maut. Justeru, bukan aneh apabila faktor majoriti kes kematian membabitkan pesakit diabetes adalah komplikasi makrovaskular.
Komplikasi makrovaskular adalah kelaziman di kalangan pesakit diabetes.
Mengikut kajian, lima tahun lalu (2010) dianggarkan 171 juta penduduk dunia berpenyakit diabetes, sejenis penyakit progresif dan serius yang boleh mendedahkan penghidapnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi, termasuk buta, amputasi dan penyakit kardiavaskular (CVD).
Menjelang 2030, jumlah pesakit diabetes atau dikenali juga sebagai kencing manis dijangka meningkat dua kali ganda. Diabetes disifatkan sebagai faktor risiko dan punca utama kepada penyakit CVD.
Mereka yang menghidap diabetes aalah dua hingga empat kali lebih berisiko mengalami serangan sakit jantung atau strok berbanding mereka yang tidak berpenyakit itu.
Diabetes dan komplikasinya pasti akan muncul sebagai satu ancaman utama terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa hadapan dengan kos ekonomi dan sosial sangat besar, terutama bagi negara membangun.
Justeru, mencegah lebih baik dari mengubati. Mulakan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Kawal nafsu makan kerana setiap hari berdepan dengan makanan dan makanan enak terutama yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Untuk membantu mencegah diabets dan komplikasinya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengesyorkan supaya orang ramai mencapauu dan mengekalkan berat badan yang unggul, sentiasa cergas iaitu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Mereka perlu menekankan betapa pentingnya mengubah gaya hidup agar dapat menghalang penyakit itu melarat dan jika dibiarkan akan mengakibatkan komplikasi yang membawa maut.
http://masayuahmad.blogspot.com/2011/06/gaya-hidup-sihat-elak-kencing-manis.html

4 Faktor Elak Diabetes & Kencing Manis
Diabetes atau kencing manis sememangnya satu penyakit yang banyak terkena pada masyarakat kita. Statistik di Malaysia bilangan pesakit diabetes sememangnya berada di paras yang membimbangkan, apa taknya, tengok sahajalah dengan pelbagai jenis makanan yang KAYA dengan gula. Sudah menjadi kebiasaan setiap kuih – mesti manis baru sedap!
Banyak kajian telah dijalankan untuk mengetahui apakah sebenarnya punca kencing manis ini. Selain dari pemakanan, ada faktor lain yang mengakibatkan diabetes. Di bawah ini adalah 4 faktor tersebut
Berat badan normal (Melalui BMI)
Memang diakui BMI sudah tidak berapa relevan dalam mengetahui seseorang itu overweight atau tidak. Walaubagaimanapun, cara ini masih lagi diguna pakai sehingga sekarang. Sesiapa yang memiliki BMI normal (antara 20-24) risiko untuk kena diabates adalah sangat rendah.
Tidak hisap rokok
Rokok sememangnya telah difatwakan haram. Walaupun haram, ramai yang tidak pedulikannya. Hisap rokok seolah menjemput pelbagai penyakit dalam badan. Kebanyakan pesakit diabetes adalah datang dari sejarah merokok yang tegar.
Gaya hidup aktif
Kajian yang dibuat menunjukkan mereka yang selalu melakukan aktiviti senaman 2-3 kali seminggu selama 30-60 minit bilangannya amat kurang yang hidap diabetes ini. Amalkan gaya hidup aktif bukan sahaja mengelakkan diabates, malahan penyakit kronik lain juga boleh dielakkan!
Pemakanan seimbang
Bagi mereka yang mengambil jumlah karbo yang sedikit, peratusan lemak dalam makanan yang sangat sedikit (elak minyak, mentega) dan menambah pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka berkongsi memiliki faedah yang sama – risiko hidap diabetes kurang!
http://faridzulasyraf.com/faktor-elak-diabetes

Subscribe to:
Posts (Atom)