Apa Itu Gula Tambahan? Kaitannya dengan Kencing Manis


Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar istilah "gula tambahan" ini di media lebih-lebih lagi di dalam iklan. Mereka mencanangkan bahawa gula tambahan tidak diperlukan dan produk-produk yang tidak mengandungi gula tambahan adalah lebih baik dari produk-produk yang mengandungi gula tambahan! Tetapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan gula tambahan?

Ia adalah kandungan gula yang sengaja ditambah dari kadar yang "diperlukan". Di sini, berapakah kadar yang diperlukan yang dimaksudkan? Atau benarkah kita mempunyai kadar gula yang diperlukan?

Sebenarnya alasan-alasan yang diberikan tidak munasabah dan ianya sangat melucukan. Sama ada sesuatu produk itu mengandungi gula tambahan atau tidak, ia tetap mengandungi gula putih. Kita semua tahu bahawa gula putih adalah racun dan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Ia dihasilkan secara kimia lalu menghasilkan unsur-unsur kemanisan yang menambah rasa sedap pada lidah kita tetapi ia tidak berasal dari alam semulajadi. Walau sehebat mana mereka mendakwa produk mereka tidak mengandungi gula tambahan, kandungan gula yang sedia terkandung sebenarnya sudah terlalu tinggi. Ia diproses dikilang-kilang yang mana proses pencampuran gula tidak dilakukan mengikut sukatan sudu tetapi mengikut sukatan bertan-tan gula. Apabila ia ditinkan atau dipeketkan, ia menjadi sebahagian dari produk yang telah melalui proses penambahan gula yang mengandungi gula putih.

Seperti halnya yang berlaku ke atas Kellog's pengeluar empingan jagung terbesar suatu ketika dahulu. Jika anda makan empingan jagung, anda merasa sedikit tawar padahal kandungan garamnya adalah tinggi. Para aktivis pemakanan pernah memberi tekanan supaya Kellog's mengurangkan penggunaan garam di dalam produk empingan jagungnya.

Saya merasa sangat lucu dengan iklan-iklan yang disiarkan sama ada di tv, akhbar mahupun di internet sejak kebelakangan ini. Tetapi beginilah cara mereka mempengaruhi dan membentuk pemikiran masyarakat supaya pengguna memilih produk mereka dari produk pesaing mereka. Setiap hari perlu ada "breakthrough" supaya jenama mereka sentiasa berada di "ranking" teratas. Istilah yang licik digunakan demi mengaut keuntungan berlipat-kali ganda. Kalau sebelum ini kita mendengar istilah "tidak ditambah MSG", selepas ini, apa lagi yang kita bakal dengar...? Tanpa garam tambahan? Atau tanpa zat tambahan?

Walaupun anda memilih produk tanpa gula tambahan, anda sebenarnya membeli produk yang mengandungi gula yang tinggi mengikut keperluan tubuh kita sendiri.

http://thesecretmedicines.blogspot.com/2011/06/apa-itu-gula-tambahan.html

Asal Usul Istilah Diabetes Mellitus (Kencing Manis)

suntik

ASAL USUL ISTILAH DIABETES MELLITUS. Kenapa namanya kencing manis??

Perkataan "diabetes" berasal dari bahasa Yunani yang beerti "orang yang berdiri mengangkangkan kedua-dua belah kakinya" atau "berselang untuk memindahka air", dari sini makna tersebut berkembang dan ditafsirkan sebagai "kencing" saja.

Kata dalam bentuk "diabete" pertama kali ditemui dalam naskah bahasa Inggeris pada tahun 1425. Hanya pada tahun 1675 Thomas Willis menambah kata "mellitus" dari bahasa latin yang bermaksud "madu" kepada kata diabetes sehingga nama lengkapnya menjadi "diabetes mellitus" untuk mentakridkan penyakit dengan gejala mengeluarkan kencing atau urine berasa "manis"

Kencing manis sebagai gejala penyakit sudah dikenalpasti oleh para ahli Yunani, China, Mesir dan India serta Parsi. Orang India memerhatikan bahawa semut mengerumuni air kencing pesakit diabetes mellitus dan menamakan penyakit ini "madhumeha" (= penyakit kencing manis)

Walaupun sudah lama sekali orang berusaha memahami dan mengubati penyakit diabetes, hanya pada tahun 1900an saintis mengetahui penyakit ini berkaitan dengan pancreas. Pada tahun 1889 Joseph von Merlng dan Oscar Minkowski mendapati bahawa anjing yang dibuang pankreasnya akan megalami penyakit seperti diabetes mellitus dan mati beberapa hari kemudian.

Secara spesifik, Sir Edward Albert Sharpey-Schafer pada tahun 1910 menyimpulkan bahawa diabetes disebabkan oleh berkurangnya hormon yang dihasilkan pancreas dan memberi nama hormone tersebut sebagai Insulin (dari kata bahasa latin Insula yang ertinya pulau, kerana hormone ini diketemukan di sekitar gugusan pulau Langerhans pada pankreas).

Pada tahun 1921 Sir Frederick Grant Banting dan Charles Herbert Best berjaya menyelamatkan anjing pesakit diabetes dengan mentranplantasi pancreas baru. Pada tahun 1922 mereka, dan pada tahun 1923 bersama-sama dengan ketua Makmal University of Toronto, Mac Leod mendapat Hadiah Nobel kerana kejayaan tersebut.

Ardhi 2010; sumber bacaan TriExs Media "Having Fun with Diabetes Mellitus"

Dua Angka Penting Bagi Kencing Manis


PDF Print E-mail
drdanialgpHarian Metro, 5 Ogos, 2007: KEDAI serbaneka 24 jam, iaitu 7-Eleven, sebenarnya boleh dijadikan peringatan kepada semua orang terhadap penjagaan paras gula dalam darah supaya tidak melebihi dua angka ini pada setiap masa.

Paras gula yang sihat ialah tidak melebihi tujuh mmol/liter ketika berpuasa atau bangun pagi dan mesti kurang daripada 11 mmol/liter selepas makan. Jika tahap gula kita pada waktu pagi dan selepas makan melebihi kedua-dua paras itu, bermakna kita menghidap kencing manis.

Mungkin ada yang jemu dengan isu ini kerana diulang beratus kali dalam semua media, tetapi penekanan perlu diberi kerana jumlah pesakit kencing manis meningkat setiap tahun sehingga ia dikatakan boleh menjadi wabak epidemik di seluruh dunia.

Pada 2000, jumlah pesakit kencing manis di seluruh dunia dianggarkan seramai 151 juta orang dan dijangka meningkat 50 peratus kepada 220 juta pada 2010 dan mencapai 300 juta pada 2025 jika amalan gaya hidup penduduk dunia yang tidak menjaga pemakanan dan kurang bersenam tetap diteruskan.

Di Malaysia, 8.2 peratus rakyat negara ini mendapat kencing manis pada 1996 dan meningkat kepada 11.55 peratus pada 2006.

Ini bermakna tahun lalu saja lebih kurang tiga juta rakyat negara kita menjadi pesakit kencing manis dan ia bukan angka yang membanggakan.

Kencing manis bukan penyakit baru yang disebabkan mutasi atau perubahan genetik, tetapi berpunca daripada masalah kegemukan melampau (obesiti), terutama bagi individu yang mengalami kegemukan di perut, kata Perunding Diabetes Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Rokiah Pendek.

“Lemak yang tersimpan di perut menjadi sangat aktif menghasilkan pelbagai jenis hormon sitokinin yang merangsang pembentukan plak dalam salur darah. Perkara ini mempercepatkan proses penuaan salur darah, walaupun umur pesakit masih muda.

“Ini sebabnya secara biologi, individu yang obes lebih tua berbanding orang yang tidak mengalami masalah berat badan. Obesiti akan ‘memanggil kawannya’ datang yang boleh menjejaskan kesihatan.

“Antara ‘kawan’ obesiti ialah penyakit jantung, hati dan penyakit pundi kencing, kanser, osteoartritis, strok, gout serta berlaku perubahan tidak normal pada sistem reproduksi. Kebanyakan ahli sukan sumo yang tidak lagi aktif atau bersara menghidap kencing manis kerana terlalu gemuk,” katanya.

diabetes-diseasesKajian yang dijalankan penyelidik tempatan pada 2001 menunjukkan, 49 peratus pesakit kencing manis turut ada masalah tekanan darah tinggi, 37 peratus (tekanan darah tinggi dan berlebihan berat badan) manakala 28 peratus lagi mengalami masalah tekanan darah tinggi, berat badan berlebihan dan paras kolesterol tinggi.

Malah, kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus) yang biasanya berlaku pada orang dewasa kini mula menyerang kanak-kanak obes. Pertukaran warna kulit (kulit tampak kotor seperti berdaki pada belakang leher dan ketiak) pada kanak-kanak obes atau dipanggil achantosis nigricans menandakan badan individu berkenaan tidak dapat menggunakan insulin iaitu tanda awal kepada kencing manis.

Kajian yang dijalankan PPUM mendapati, 45.5 peratus kanak-kanak obes yang dirujukkan ke pusat perubatan itu kerana penyakit lain mempunyai tanda achantosis nigricans.

Walaupun kencing manis menunjukkan tanda, ia biasanya tidak disedari kerana gejala dialami pesakit terlalu umum seperti selalu dahaga dan cepat berasa letih. Gejala ini juga boleh disebabkan cuaca negara kita yang panas sepanjang tahun.

“Masalah ini menyebabkan ramai pesakit kencing manis lewat dikesan. Biasanya pengesanan dan pengesahan dilakukan selepas 10 tahun pesakit menghidap kencing manis dan ini sebabnya mereka perlu diberi rawatan secara agresif bagi mengawal paras gula dalam darah,” katanya ketika bengkel kencing manis.

Ini kerana paras gula yang tidak terkawal mendatangkan kesan negatif kepada salur darah (besar dan halus) serta saraf yang menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:
 

  a. Komplikasi mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil). Ia akan menyebabkan:
  • Kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan. Ini masalah paling biasa di kalangan pesakit kencing manis.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. Apabila saraf rosak, deria rasa pada kaki menjadi kurang sensitif terhadap haba, kesakitan atau luka. Pesakit kencing manis berisiko 25 kali dipotong kaki akibat masalah ini.

    b. Komplikasi makrovaskular (membabitkan salur darah besar) yang lebih mudah berlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko:
  • Penyakit jantung.
  • Strok.
  • Penyakit vaskular perif.
  • Penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). Ia mengakibatkan aliran darah ke kaki berkurangan dan melambatkan penyembuhan luka. Sel kaki yang tidak menerima bekalan oksigen (dari darah) akan mati dan membentuk gangren.


    Lebih membimbangkan ialah kehadiran penyakit jantung yang biasanya datang dalam satu pakej bersama kawan karibnya iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi, kata Perunding Kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin. Di kalangan pesakit kencing manis, 55 peratus kes kematian disebabkan komplikasi kardiovaskular (jantung), paras gula yang tidak terkawal (13 peratus), kanser (13 peratus) dan penyakit lain (19 peratus). “Lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risikonya mendapat komplikasi penyakit. Kajian menunjukkan pesakit yang menghidap kencing manis selama 10 tahun mempunyai risiko empat kali ganda mengalami masalah mikro dan makrovaskular. “Seseorang pesakit boleh mendapat satu atau dua komplikasi dalam kumpulan sama (contohnya kerosakan salur darah mata dan buah pinggang) atau gabungan antara komplikasi mikro dan makro. Pesakit boleh diserang sakit jantung dan mengalami masalah kegagalan buah pinggang. Semuanya tidak mustahil jika tidak serius menjalani rawatan,” katanya. 

    Menurutnya, risiko mendapat serangan jantung dalam empat tahun selepas disahkan menghidap kencing manis ialah 20 peratus dan pesakit wanita muda mempunyai kebarangkalian sama dengan lelaki untuk diserang penyakit jantung. 

    Justeru, pesakit disaran serius menjalani rawatan sebaik penyakit dikesan bagi mengelak semua risiko yang dibincangkan di atas. Individu berisiko tinggi (bapa atau adik beradik menghidap kencing manis) perlu lebih berhati-hati kerana peluang mendapat penyakit sama sangat tinggi. 

    Selain pengambilan ubat, pesakit bertanggungjawab menjaga paras gula mereka dengan mengawal pemakanan (jika dapat, elak makanan banyak karbohidrat seperti nasi dan mi serta minuman manis) dan kerap bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Sehingga kini tiada ubat boleh menyembuhkan kencing manis, tetapi ia boleh dirawat. Usah ragu dengan rawatan yang diberi di sini kerana ia setanding dengan rawatan kencing manis di Amerika Syarikat dan Eropah. Namun, paling penting ialah mematuhi jadual rawatan supaya sasaran paras gula sihat. 

    Diedit dan susun untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial Zainal Abidin

    http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=73&Itemid=31 
     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...