Kencing Manis Ketika Mengandung / Gestasi Diabetes Melitus (GDM)

Huhu. Cam ngeri je dengar bila di sahkan dapat GDM.
Tapi ini lah hakikat yang perlu saya telan. Dr sahkan saya sebagai pesakit GDM. Sedihnya, hanya Tuhan yang tahu. GDM ni hanya berlaku time kehamilan terutamanya pada pregnency pertama, Dr yang bagitau saya.
....
Untuk diri saya, GDM ni di kesan lepas saya minum air gula. Actually, minum air gula ni tak semua orang mengandung kene minum sbb banyak je kawan-kawan saya yang tak kene minum pun. Ikut klinik kesihatan masing-masing kot. Setahu saya, orang yang kene minum air gula bila family ada history kencing manis atau umur dah lebih 35-an. Tapi kat klinik kesihatan yang saya cek ni, memang semua perempuan mengandung saya di fahamkan kene minum air gula untuk detect GDM. GDM ni tak ada tanda, so, kalau yang tak minum air gula untuk ambil ujian kesan GDM, jangan terlalu yakin ye diri tiada GDM. GDM akan berlaku mostly di 2nd trimester, dan sesiapa yang tak de kencing manis sebelum ni tetiba akan ada GDM time mengandung. Orang kata, pembawakkan budak. huu.

Dr maklumkan saya, GDM ni boleh di kawal dan bahaya jika tidak di kawal. Jadi, sesiapa yang ada GDM di nasihatkan agar jangan ambil mudah tentang perkara ini.
Antara risiko jika GDM tak terkawal adalah :
1. Baby menjadi besar dan akan menyukarkan proses kelahiran normal / ibu bakal melahirkan bayi pra matang.
2. Risiko kematian baby secara tiba-tiba di dalam perut.
Ini yang dr terangkan kat saya lah ek...
....

Saya dah banyak kali kene amek BSP (Blood Sugar Profile) yang 4 kali 1 hari : kul 8 pagi, 11.30 pagi, kul 6.00 petang ngan 8.30 malam. huhu. Oleh kerana ada hari yang saya tak dapat nak amek darah secara tepat jam yang di tetapkan, dr cadangkan saya beli test kit sendiri.
So, ini lah dia test kit saya :


Senang. Tak payah amek cuti nak pegi klinik, tak payah nak pegi farmasi amek darah, tak payah ke klinik private amek darah. klinik private sekali amek darah dia caj rm 20 seh. wah, dah tahap mencekik darah dah. hehe. padahal, item utk test darah ni baru dalam rm 2.50 sekali test. Lagipun, tak pela pas ni boleh guna just untuk monitor kesihatan diri dan family pulak kan. Warranty pulak for life.
.....
Sekarang ni, saya tengah dalam proses observation oleh dr. Paras gula turun naik tak stabil. Paling tinggi di catat setakat hari ni 10.7. huhu!!! :( Setakat ni dalam pemantauan lagi. Amek darah, amek darah, amek darah. Sakit woo. Kalau tak turun, kene suntik insulin. huhu. Oh tidak!
.....

Hum. Dr kata banyak sebab menyumbang kepada GDM ni. Antaranya kurang bersenam & corak pemakanan yang tak terjaga. Bila mengandung, makan banyak dan tak bergerak, karbohidrat dalam badan akan bertukar jadi gula. huhu.
Lagipun, saya akui lah, sebenarnya corak pemakanan saya yang sangat tak sihat sebelum ni kot menyumbang kepada GDM. Saya ingatkan kalau tak ada family history dan diri sihat walafiat, kita tak akan kene GDM.. rupanya tak.. huhu. Sekarang baru tau. Better now then never kan? hum.

Dulu saya memang suka makan : kek, twiggies coklat, air milo setiap masa, daging kambing, pisang,  jemput-jemput pisang, kuih lopes, kuih keria, goreng pisang, semua kuih yang manis-manis, tau fu fa, air soya bean, durian, serawa durian, patin masak tempoyak.. etc etc. huhu

So, salah sendiri la kan?
Yelah.. Kite mana lah tahu.
Anak sulung. Excited. Lagipun, saya tak boleh la awal pregnent, kalau teringin nak makan, mesti teringin gile-gile dah rasa makanan cam dah sampai ke tekak dah.. huhuh. Lagipun tang bab makanan, rezeki saya memang sangat murah. Apa saje nak makan, mesti ada jalannya. Suami belikan, mummy masakkan, mak mertua masakkan, orang bagi. Memang akan sentiasa tertunai jelah.

Hum. Dah tahu jadi cam gini, suami kata untuk 2nd baby [cehwah, dah berangan nak 2nd baby. hee], kene pastikan tak ada gula yang masuk cam sekarang ni. huu. So, buat kengkawan kat sana, ambil ikhtibar la ek. Jangan jadi cam saya, tak kawal pemakanan time mengandung. huhu.
.....
Tapi, apapun yang terjadi, saya redha, berserah dan bertakawal kepada Allah swt.
Mungkin ini dugaan dan bahagian saya time mengandung. Mungkin ada hikmahnya, siapa tahu? So, lepas ni saya kena lebih berhati- hati. Hum. Tapi jika kita rasa diri kita dah teruk, ada yang lagi teruk.. Kakak farmasi tu kata gula dia lagi tinggi dah cecah 23 dah, ada yang saya baca gula cecah 18. huhu. lagi tinggi, tapi akhirnya semua selamat sebab amalkan nasihat dr. Harapannya saya juga sama, semuanya baik-baik sahaja selepas ni. amin. 
Apapun terjadi, biar sakit kene cucuk sana sini, saya terima demi zuriat ~thalhazlin~ yang lama di nanti. Saya sanggup.
Demi mu sayang, benih cinta ibu & abah.
.....
Buat kawan-kawan, harap di doakan agar saya dan baby saya selamat ya. Terima kasih... Hanya Tuhan dapat membalas budi baik semua yang mendoakan kami.
xoxo
http://thalhazlin.blogspot.com/2012/01/kencing-manis-ketika-mengandung-gestasi.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...