Ujian air gula @ MGTT di Klinik Kesihatan - Pengalaman

 Image result for air gula test
gambar hiasan

Sebelum buat ujian MGTT ni nurse suruh aku puasa dari pukul 10 malam sampai esok paginya. So by pukul 9.30 malamnya tu aku dah tak makan dah. minum pun tak..

Hari jumaat lepas sebelum raya haji aku bangun pagi-pagi drive ke Shah Alam dari rumah nak sampaikan ke Klinik Kesihatan sebelum pukul 8. Tapi hari Jumaat memang tak ramai orang kat area klinik ibu dan anak. Maybe untuk orang yang ada appointment macam aku je kot. MGTT ni ada hari-hari dia bukan hari-hari ada.

Sampai je aku tunjuk nurse aku nak buat MGTT so dia bagi nombor dan dia suruh aku pergi ambik darah. Kali ni nurse lain so kena cucuk 2 kali.. dah lah dia guna jarum besar… humangaihh.. sakit dohhh..

Pastuh dia suruh proceed ke bilik lain dan nurse suruh minum air gula. Aku bajet sikit je tapi rupa-rupanya 1 gelas besar macam gelas air sirap 20 sen masa kat kantin sekolah rendah dulu. Memang manis gilakkkkk… Nak termuntah pun ada tapi tahan je sebab nurse kata kalau muntah kena buat lagi sekali.. Dia suruh puasa lagi sampai 2 jam.. aku kena tunggu 2 jam kat klinik sebab dia tak kasi balik.. Nak duduk kat kerusi lama-lama pun sakit badan so aku masuk kereta sempat la aku tidur 1 jam dalam kereta.. heaven! hehehee dahlah ipod ke ipad pun semua tak bawak… bagus betull… nak balik rumah mak nanti takde parking pulak lagi haru..

So dalam pukul 10.30 pagi aku terus pegi balik bilik nurse untuk ambik darah lagi sekali.. This time dia guna jarum yang kecik sikit so takdelah rasa bisa sangat… then boleh balik..

Aku bajet nak pergi kerja balik tapi sebabkan aku hanya minum air gula semata-mata dari pukul 10 malam semalam aku memang dah pening lalat dah and rasa nak tumbang je so aku balik rumah mak tidur.. =)

Nurse kata dia akan bagitahu result okay ke tak okay. Kalau tak okay atau borderline dia akan call and datang lagi cepat dari tarikh appointment kita sebab kena buat test dan rawatan lain pulak. Kalau dia takde call so just datang je macam biasa macam hari check up lain.

http://www.gediks.com/tag/apa-itu-ujian-air-gula/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...