Wan Mohamad Wan Bebakar
Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) Kelantan, Datuk Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar berkata, penyakit itu juga boleh mendedahkan anak-anak penghidap diabetes kepada pelbagai komplikasi lain seperti sakit jantung dan buah pinggang tanpa disedari.
“Risiko itu juga semakin tinggi pada masa kini kerana gaya hidup golongan muda sudah berubah yang mana kurang melakukan aktiviti fizikal dan lebih gemar bermain gajet sahaja.
“Selain itu, faktor pemakanan terutama makanan segera membuatkan kebanyakan golongan muda berdepan dengan masalah berat badan yang juga membabitkan penyakit diabetes,” katanya selepas sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri Kelantan anjuran PDM Kelantan dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini semalam.
Wan Mohamad memberitahu, cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan sihat sejak di bangku sekolah seperti yang dilakukan kerajaan Singapura.
“Jumlah pesakit diabetes di negara ini adalah yang tertinggi berbanding negara Asia Tenggara lain.
Masalah ini secara tidak langsung memberi kesan kepada produktiviti (tenaga kerja) rakyat di negara ini selain kerajaan perlu menampung perbelanjaan tinggi bagi merawat diabetes dan komplikasi lain akibat daripada penyakit ini.
“Sebab itu kita perlu bertindak dari peringkat awal dengan mengawal kualiti makanan di kantin sekolah rendah dan menengah. Langkah ini terbukti berkesan di Singapura apabila negara itu dapat mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak seterusnya menurunkan bilangan pesakit diabetes,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/diabetes-berisiko-diwarisi-kepada-ahli-keluarga-1.22763#sthash.b7dsmb3s.dpuf
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete