Peria Katak Khasiat Alternatif Rawat Kencing Manis

PERIA Katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia, merupakan herba tradisional yang mampu merawat penyakit kencing manis (diabetes).

Pengamal Perubatan Dalam Herba Tradisional, Dr Abdul Ghani Hussain berkata khasiat peria katak mengandungi bahan semula jadi 'phyto-insulin' yang berupaya mengurangkan paras gula dalam darah.

"Herba tradisional Melayu banyak khasiatnya. Kalau dikaji dengan lebih mendalam, kita semua akan terkejut dengan manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada herba nenek moyang kita.

"Sebagai contoh, peria katak. Ia adalah penawar kepada penyakit kencing manis di kalangan masyarakat Melayu setelah sekian lama," katanya pada majlis pelancaran Kapsul Peria Anugerah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, peria katak juga berkhasiat mengurangkan masalah obesiti kerana penyakit itu sering dikaitkan dengan masalah gula berlebihan di dalam badan.

"Orang luar sudah mula nampak kehebatan peria katak ini. Kita sepatutnya mengambil peluang untuk mengkaji dan mengamalkan penggunaan khasiat ini sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kencing manis," katanya.

Kehebatan peria katak dalam memulihkan penyakit kencig manis secara semula jadi turut diperakui Pengerusi Herba Perubatan Tradisional Universiti Oxford, United Kingdom, Gerard Bodeker.

Bodeker berkata selain mengandungi 'phyto-insulin', peria katak juga menghasilkan Vacin, Charantin dan Polypeptide-P yang bertindak sebagai anti-diabetik untuk mengurangkan paras gula dalam darah.

"Selain mempunyai sifat anti-diabetik, peria katak juga kaya dengan potassium yang bertindak balas dengan sodium (garam) di dalam badan," katanya.

Gerard Bodeker.

Menurut beliau, garam adalah salah satu punca tekanan darah tinggi yang juga antara pembunuh dalam senyap di kalangan masyarakat pada hari ini.


http://www.mstar.com.my/niaga/2015/07/02/peria-katak-kapsul-anugerah/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...