MELAKA 17 Jun 2011 _ Melaka menjadi negeri kedua mempunyai pesakit paling ramai mengidap penyakit kencing manis selepas Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna
negeri,
Datuk Ghazale Muhamad berkata, pada masa ini, kira-kira 788,000
penduduk di negeri ini didapati telah mengambil sebanyak 1,572 tan gula.
Daripada jumlah itu, katanya, setiap pengguna mengambil kira-kira dua kilogram sebulan dengan 67
gram dalam masa sehari.
”
Ini menunjukkan tahap
kesedaran pengguna di negeri ini masih kurang dan jika ia terus
berlanjutan pastinya peningkatan bilangan pesakit kencing manis akan
bertambah dari hari ke hari,” katanya ketika merasmikan Kempen Kurang
Gula, Kurang Belanja di Wisma Persekutuan Pusat Dagangan Antarabangsa
Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.
Berikutan itu, katanya, penduduk negeri ini wajar mengurangkan kadar
penggunaan gula harian bagi mengelakkan mereka dilanda penyakit kencing
manis.
”
Kita bimbang masih ramai
penduduk Melaka gemar mengambil gula berlebihan kerana tidak mengetahui
kesan pengambilannya menyumbang kepada penyakit kencing manis,” katanya.
Ghazale berkata, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi menangani
masalah itu seperti mengadakan kempen meningkatkan kesedaran pengguna
terhadap penggunaan gula yang mana mampu membantu mengurangkan
peningkatan pesakit bagi penyakit merbahaya berkenaan.
Malah, katanya, kenaikan harga gula pada 10 Mei lalu dilihat tidak
memberi sebarang bebanan atau masalah yang besar kepada pengguna.
”Walaupun harga dinaikkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.10 kepada
RM2.30 sekilogram namun harganya masih berada pada tahap terendah.
”Jika dibandingkan dengan
negara lain seperti
Thailand,
Singapura, Indonesia dan Filipina, harga gula di Malaysia masih lagi berada pada tahap terendah,” katanya.
Sumber Utusan
Info :
http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/2012/08/24/orang-melaka-banyak-kena-kencing-manis/
Kira-kira 3.6
juta orang dewasa dianggarkan bakal menghidap penyakit
diabetes atau kencing manis di Malaysia, satu angka yang amat membimbangkan, kata Presiden Majlis Pencegahan Obesiti Jong Koi Chong.
Beliau berkata angka itu amat tinggi dan telah meletakkan
Malaysia sebagai negara mempunyai jumlah pesakit diabetes tertinggi di Asean dan keenam di rantau barat Pasifik.
"
Ini bukan
sesuatu yang membanggakan dan kita semua perlu bekerjasama dan membantu
mendidik orang ramai mengenai pentingnya mencegah dan membendung
penyakit ini," katanya.
Pada Persidangan Diabetes Kebangsaan ke-4 di sini hari ini, Jong
berkata berbanding pada 2006 apabila hanya 8.6 peratus orang dewasa di
Malaysia menghidap diabetes, kajian terbaharu pada 2011 menunjukkan 15.2
peratus orang dewasa menghidap diabetes.
Turut hadir pada persidangan itu ialah Pengarah Jabatan Pembangunan
Perubatan, Kementerian Kesihatan Datuk Dr Azmi Shapie dan Presiden
Persatuan Diabetes Malaysia (MDA)
Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail.
Dr Ikram Shah berkata Malaysia telah melepasi anggaran 807,000 pesakit diabetes pada 2025 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Beliau berkata diabetes adalah penyakit kronik yang boleh dicegah dan
bagi mereka yang menghidapnya, komplikasi akibat diabetes boleh
dilewatkan atau dicegah.
Dr Azmi
pula
menasihatkan rakyat Malaysia mencegah dan mengawal diabetes dan
komplikasinya dengan menjalani gaya hidup sihat dan membuat pilihan
lebih baik dalam corak pemakanan.
Beliau berkata kebutaan, kegagalan buah pinggang, gangren yang
membawa kepada amputasi dan sakit jantung adalah komplikasi yang boleh
dicegah dengan membuat pilihan lebih baik dan pemakanan seimbang.
"Membuat sedikit perubahan dalam gaya hidup kita akan membawa
perbezaan besar. Kita patut lebih banyak berjalan, gunakan tangga
daripada lif dan elak makanan berlemak, terutamanya pada lewat malam,"
katanya.
Dr Azmi juga menasihatkan orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin sekurang-kurangnya dua
kali setahun.
- See more at:
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Jumlah_Penghidap_Diabetes_Di_Malaysia_Membimbangkan.html#sthash.OLWGYy9R.dpuf