Peria katak (bitter gourd atau bitter melon)
adalah sayuran tropika yang pahit rasanya. Namun begitu, ia menjadi
sayuran yang disukai ramai sejak dulu lagi kerana khasiatnya yang
banyak.
Bagi mendapatkan khasiat yang lebih lagi,
sebaik-baiknya peria katak ini dibuat jus daripada buah yang masih
hijau, sebelum ia masak ranum dan bertukar warna menjadi oren. Sebelum
dikisar untuk dijadikan jus, basuh bersih-bersih peria katak ini dan
buang bijinya. Bagi mengurangkan pahit, rendam hirisannya dalam air
garam 1/2 jam sebelum dikisar untuk dibuat jus atau sebelum dimasak
sebagai lauk.
Peria katak mempunyai banyak khasiat, bukan
sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi kesihatan. Oleh itu,
bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan badan, eloklah selalu amalkan
minum jus peria katak ini, sama ada jus peria katak sahaja atau dicampur
dengan jus sayuran atau buah-buahan lain yang juga berkhasiat.
Khasiat Pemakanan Peria Katak
* Kandungan kalori yang rendah
* Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
* Kaya dengan zat besi.
* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda
daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada
bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak
dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur
yang sering terganggu.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
* Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat
dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum
semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat
daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya
lukanya cepat sembuh,
* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak
dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti
kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan
jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat
penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang
kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati
(hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Sumber
Info : http://sitik.wordpress.com/2013/03/13/khasiat-peria-katak/
No comments:
Post a Comment