Petua Penawar Kencing Manis

Ingin saya kongsikan kepada para pembaca tentang penawar penyakit kencing manis yang telah diperturunkan kepada saya.. hehehehe..

1) Makan Buah Nam Nam

Buah Nam Nam atau ada orang panggil buah Puru dan dalam bahasa saintifiknya Cynometra cauliflora Linn. Kalau tak tahu macam mana buahnya tu… cuba lihat gambar di bawah… kalau tidak, tanya sajer pada Pak Google.


Amalkan memakan buah Nam Nam nie… Rajin-rajin la memakannya. Pada peringkat awal, korang akan terasa kurang selesa pada kawasan pinggang (buah pinggang), peha, punggung, bahu ke leher…

2) Minum Air Tebu Hitam

Korang carik tebu hitam dalam panjang sedepa ka… Potong ikut kesesuaian, panjang-panjang sejengkal dan dibahagi 4 tanpa dibuang kulitnya. Ini kerana kita hendak rebus tebu tersebut dengan air sebanyak 2 liter (1 1/2 botol 1.5 liter). Masukkan bersama gula batu lebih kurang sebesar ibu jari sebagai syarat. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika suam-suam.

Minum sebanyak satu cawan sekali sehari untuk 2 -3 hari. Baki air simpan dan panaskan bila ingin minum.

PERINGATAN: Sila minum ketika hari cuti dan ketika anda betul-betul hendak tidur. Ini kerana, tindak balas akan berlaku dalam tempoh yang singkat selepas minum. Anda berpotensi untuk mengalami pening kepala @ kepala pusing tahap tertinggi. Senang cakap, anda akan terasa kepala dibawah dan lantai diatas. Jadi, pastikan pasangan anda memahami apa yang akan berlaku. Sediakan juga tuala basah untuk menutup kepala & muka bagi mengurangkan sedikit kepeningan dan kepanasan sekiranya ada. Bawa-bawa banyak bersabar dalam tempoh pemulihan tersebut.

p/s – Orang yang ada kencing manis, apabila minum air tebu biasa, kepala mereka pun akan pening juga…

http://www.adisurya.com/petua/penawar-kencing-manis.html

15 Makanan Power Khas Buat Pesakit Kencing Manis


Semua makanan ni cukup power untuk mereka yang kena kencing manis, makan makanan ni boleh membantu pesakit menjadi sihat dan normal seperti biasa, tapi kenalah pantang jugak sebab sekali kena kencing manis ni tak payah mimpi lah nak normal semula melainkan Allah kehendaki begitu, tak boleh nak cakaplah....
Makan buah mentah bukan jus, semua jenis limau memang
power utk jantung



Karela tinggi kandungan 'plant insulin'. Ia mampu
merendahkan kandungan gula dalam darah

Makan 3 atau empat ulas bawang putih sehari,
hancurkan dan kunyah kalau anda power
ia cukup bagus untuk penyakit kencing manis

Dengan hanya minum separuh sudu teh sehari
air kulit kayu manis mampu menurunkan
tahap gula dalam darah kita. Ia juga bagus
untuk turunkan tahap kolestrol

Cendawan 'Maitake' juga cukup power untuk
rendahkan tahap gula dalam darah pesakit diabetes

Apa saja benda sayur hijau perlu dikunyah macam
lauk jika kita mahu elakkan  diabetes kelas 2

Rebung buluh juga amat power untuk membekalkan
tenaga tanpa lemak atau kolestrol

Strawberry atau apa-apa saja jenis 'berries' cukup bagus
untuk cegah kanser, masalah jantung dan juga diabetes

Makan dada ayam, bagus kerana kandungan lemaknya
tepu rendah dan juga kalorinya juga rendah.

Ikan berlemak seperti Salmon, tuna, mackerel dll
yang banyak kandungan omega 3 bagus untuk kawalan
kencing manis dan ia juga mampu selesaikan masalah
arterie tersumbat

Sayur Kacang boleh kawan kandungan gula dalam
darah jika dikunyah setiap kali selepas  makan berat

Kacang bagus untuk jantung dan masalah insulin

Rajin makan yogurt dan juga susu rendah lemak selain
daripada baik untuk kencing manis ia juga boleh turunkan
berat badan anda

Roti jenis ini bagus untuk pesakit kencing manis (whole grain food)

Minyak zaitun boleh kasi kandungan gula dalam darah steady

Info: http://www.pendapatanda.com/2012/07/15-makanan-power-khas-buat-pesakit.html

Penjagaan Kaki Pesakit Kencing Manis


  1. Cuci kaki anda dengan sabun dan air suam setiap hari. Lap dan pastikan kaki anda betul-betul kering, khususnya di celah-celah kaki.
  2.  Sapukan pelembap pada kaki anda tetapi elakkan di kawasan celah-celah kaki.
  3. Periksa kaki anda bagi mengesan luka, kudis atau melecet . Beritahu doktor sekiranya anda dapati ada yang tidak kena pada kaki anda.
  4. Ratakan bahagian hujung ibu jari kaki anda . Pastikan anda memakai stokin yang lembut dan selesa.
  5. Elakkan berjalan tanpa kasut yang selesa . Periksa selalu.
http://moodpro.tripod.com/inyakit/dia_pg8.htm

Merawat Kencing Manis Menggunakan Yis (Mauripan) dan Tomato Merah


Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. 


Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". 

Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. 

Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). 

Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan....

Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh Inshaa Allah... Amin... Sila 'Share'..
Info : http://ini-kalilah.blogspot.com/2013/08/bongkar-petua-merawat-kencing-manis.html

Pengawalan Diabetes Lindungi Buah Pinggang Anda


DIABETES membahayakan buah pinggang anda. Maka, pengawalan penyakit diabetes yang baik dapat mencegah atau melambatkan proses penyakit buah pinggang.

Andy, seorang pesakit diabetes, berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang mencabar. Dia menganggap penyakit diabetesnya di bawah kawalan.

Oleh kerana terlampau sibuk, dia telah membuat rawatan sendiri. Dia tidak meneruskan rawatan susulannya tetapi membeli ubat dari farmasi atau kedai ubat.

Keadaan ini diteruskan untuk tempoh yang lama sehingga dia mengalami kelesuan dan berasa mual pada waktu pagi. Keputusan pemeriksaan kesihatannya mengesahkan dia mengalami kegagalan buah pinggang.

Diabetesnya juga bertambah teruk. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat doktor untuk pemeriksaan kesihatan yang patut dilakukan secara kerap.

Anna berusia 40 tahun dan memiliki segalanya; suami yang baik, gaji lumayan dan rumah sendiri. Pada 15 tahun yang lalu, dia menghidap diabetes semasa mengandung dan telahpun dirawat. Dia menyangka akan kembali pulih selepas itu.

Tanpa diketahui, dia telah menghidapi pra-diabetes. Apabila abang sulungnya disahkan menghidapi diabetes, dia menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mendapati keputusan pemeriksaan darah menunjukkan dia menghidapi diabetes jenis kedua.

Anna dan Andy pula merupakan dua daripada sebilangan ramai yang menghidapi penyakit diabetes dan juga penyakit buah pinggang.

Ramai antara mereka tidak mengetahui mereka berisiko untuk mendapat penyakit diabetes atau kegagalan buah pinggang. Di sinilah anda perlu tahu kaitan penyakit diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Kesan diabetes ke atas buah pinggang

Buah pinggang berfungsi untuk menapis darah daripada bahan-bahan buangan dan cecair yang berlebihan, yang kedua-duanya akan dikeluarkan sebagai air kencing.

Apabila buah pinggang tidak mampu menapis secara normal, pengumpulan cecair dan bahan-bahan buangan akan berlaku dan membahayakan badan manusia.

Kebiasaannya pesakit diabetes mengambil masa 10 hingga 20 tahun untuk menghadapi kegagalan buah pinggang. Jangkamasa ini juga memberi peluang untuk mengelakkan kegagalan buah pinggang.

Ada sesetengah keadaan di mana penyakit diabetes telah berlaku untuk tempoh yang lama sebelum ia dikesan.

Kerosakan organ telah pun berlaku semasa penyakit diabetes disahkan. Oleh itu, pengesanan awal diabetes sangat penting untuk mengawal diabetes dan mencegah kegagalan buah pinggang.

Apakah itu Diabetes Mellitus?

Diabetes Mellitus ialah keadaan di mana insulin yang dihasilkan oleh pankreas tidak mencukupi atau badan tidak mampu bertindakbalas dengan insulin secara normal.

Tahap glukosa dalam badan akan meningkat dan menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang.

Adakah anda tahu Diabetes Mellitus merupakan punca utama kegagalan buah pinggang peringkat akhir di Malaysia?

Menurut laporan Daftar Tranplan dan Dialisis Malaysia 2006 yang ke-14, sebanyak 57 peratus daripada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang menghidap penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Mellitus.

Penjagaan buah pinggang untuk pesakit diabetes

- Mengawal diabetes anda

Pengawalan diabetes yang betul boleh mencegah atau melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang. Mencapai dan mengawal tahap kestabilan gula dalam darah dan tekanan darah adalah perlu bagi pesakit buah pinggang.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit buah pinggang ialah pesakit tidak mengawal kadar gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Apabila buah pinggang telah gagal, protein akan terkeluar melalui air kencing, ini menyebabkan kerosakan teruk pada buah pinggang. Ini dapat dikawal melalui kestabilan tekanan darah dan juga dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu.

Pesakit kencing manis dan buah pinggang juga berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung dan strok. Oleh itu, adalah penting untuk mengawal tahap lemak dengan melakukan senaman, pengawalan berat badan dan berhenti merokok.

- Jangan gagal menghadiri rawatan susulan

Kegagalan menghadiri rawatan susulan boleh menjejaskan kestabilan diabetes yang akan menyebabkan komplikasi pada buah pinggang.

Kebiasaannya penglibatan penyakit buah pinggang ini berlaku tanpa disedari kecuali pada peringkat lewat. Penyakit buah pinggang ini tidak mempunyai gejala dan tanda fizikal awal untuk memberi amaran kepada pesakit.

Walau bagaimanapun, doktor dapat mengawal keadaan pesakit dan mengesan penglibatan buah pinggang melalui ujian asas seperti memeriksa kadar tekanan darah dan mengambil sampel air kencing dan ujian darah.

Ingat, penyakit diabetes berpotensi merosakkan sistem organ yang lain dalam badan dan bukan sahaja buah pinggang. Menghadiri rawatan susulan secara kerap boleh melindungi jantung, saluran darah, otak, saraf, mata dan juga kulit.

- Ubat-ubatan membantu, bukan menjadikannya teruk.

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor anda adalah untuk membantu mengawal diabetes, tekanan darah dan juga keadaan yang lain.

Ramai pesakit bimbang dengan pengambilan ubat-ubatan yang banyak kerana mereka salah faham ini akan memudaratkan.

Perlu ditekankan di sini kemungkinan kesan sampingan pengambilan ubat yang berterusan adalah minimum. Adalah lebih merbahaya untuk membiarkan penyakit tersebut tidak dirawat dan terkawal.

Anda juga tidak digalakkan mengambil ubat tradisional dan penggunaan ubat tahan sakit kerana ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

- Makan secara sihat

Sekiranya anda pesakit diabetes, anda seharusnya menjaga keseimbangan pemakanan. Anda boleh mengamalkan diet seperti biasa tetapi utamakan kawalan pengambilan karbohidrat dan juga lemak.

Seandainya anda telah mengalami kegagalan buah pinggang, anda perlu mengawal pengambilan protein, natrium, potassium dan fosforus mengikut pelan pemakanan oleh doktor atau pakar pemakanan anda.

Pencegahan diabetes

Seseorang yang mempunyai tahap glukosa dalam darah yang tinggi tetapi tidak setinggi dengan tahap diabetes diklasifikasikan sebagai pra-diabetes.

Kajian dijalankan oleh Program Pencegahan Diabetes (DPP) lima tahun lalu menunjukkan lebih kurang 11 peratus pesakit pra-diabetes akan lama-kelamaan menghidapi diabetes jenis kedua. Oleh itu, pengesahan awal pra-diabetes adalah penting.

Seperti Anna, dia menghabiskan banyak masa dengan kehidupan harian dan tidak sedar pra-diabetes yang dialaminya kerana tanda-tanda penyakit berkembang secara perlahan ataupun tidak muncul.

Sekiranya anda dalam kumpulan berisiko tinggi, anda seharusnya membuat pemeriksaan untuk memastikan jika anda mempunyai pra-diabetes.

Permulaan gaya hidup yang sihat

Gaya hidup yang sihat boleh mencegah anda daripada menghidapi diabetes jenis kedua. Ini adalah langkah permulaan untuk mencegah kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir disebabkan diabetes.

Program Pencegahan Diabetes menunjukkan orang yang mempunyai pra-diabetes boleh mencegah atau melewatkan menghidap diabetes jenis kedua dengan mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan melalui senaman dan pengambilan diet yang mengandungi kalori dan lemak yang rendah. Anda dicadangkan melakukan senaman 30 minit sehari sebanyak lima kali seminggu.

Penyakit diabetes dan buah pinggang kronik adalah penyakit yang kian meningkat dan membahayakan. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah rawatan dan pengesanan awal.

Ia amat penting untuk bekerjasama dengan doktor bagi mencegah ataupun mengurus diabetes dengan rawatan yang sesuai.

Bahaya perubatan sendiri

Pesakit diabetes dinasihatkan tidak merawat diri sendiri dengan membeli ubat-ubatan dari kedai ubat atau merawat secara tradisional.

Ramai penghidap diabetes berbuat demikian dan menghentikan rawatan doktor. Keadaan penyakit ini mungkin menjadi lebih teruk dan buah pinggang anda mungkin berada di peringkat akhir apabila dikesan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mematuhi arahan doktor dan mengambil ubat- ubatan yang disyorkan. Jika anda mempunyai persoalan tentang ubat-ubatan, sila rujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Sokongan keluarga

Keluarga memainkan peranan penting untuk memberi bantuan kepada warga emas yang berpenyakit. Kadang-kala mereka tidak faham atau mengingati nasihat doktor.

Temanilah mereka semasa menghadiri rawatan susulan. Pastikan mereka mengambil pemakanan yang betul dan mengikut nasihat yang diberi oleh pakar pemakanan ataupun doktor.

Anda juga boleh mengetahui tahap kesihatan ahli keluarga anda dan membantu memantau keadaan mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_09.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...