Glukosa merupakan bentuk gula yang dibawa di dalam aliran darah dan ia amat penting sebagai sumber tenaga badan. Paras glukosa harus dikekalkan pada satu paras yang sempit supaya organ-organ badan dapat berfungsi secara efisien. Paras glukosa yang terlalu tinggi menunjukkan perkembangan pembentukan diabetes mellitus. Simptom-simptomnya termasuklah rasa dahaga, kerap membuang air kencing akibat glukosa berlebihan, kehilangan berat badan, letih, jangkitan semula, masalah penglihatan, dan boleh menyebabkan koma dalam beberapa kes serius. Keadaan paras glukosa yang terlalu rendah pula menghasilkan hipoglisemia yang turut menyebabkan koma.
Karbohidrat dalam makanan bergula atau berkanji, seperti coklat, biskut, kek, roti dan ubi kentang, buah-buahan dan jem, meningkatkan paras glukasa di dalam darah. Di bawah keadaan normal, badan akan mengembalikan keseimbangan paras glukosa melalui tindakan hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas. Jika output insulin badan adalah terlalu rendah, atau pengeluaran insulin yang tidak mencukupi, paras glukosa darah menjadi tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai hiperglisemia.
Lebihan glukosa dalam darah akan diekskresikan. Terdapat satu ujian untuk mengukur tahap glukosa di dalam urin. Rawatan untuk keadaan hiperglisemia termasuklah kawalan penjagaan diet seimbang dan sihat yang akan menghadkan pengambilan karbohidrat ringkas serta minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi oleh pesakit diabetes.
Terdapat dua jenis diabetes, iaitu diabetes mellitus bergantung kepada insulin (IDDM) dan diabetes melitus tidak bergantung kepada insulin (NIDDM). IDDM biasanya berlaku sejak zaman kanak-kanak, tetapi masih boleh berlaku pada mana-mana umur dan selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tersebut. NIDDM atau dikenali sebagai diabetes onset lambat adalah lebih biasa dalam kalangan warga berumur. IDDM adalah disebabkan daripada ketidakupayaan pankreas untuk mrngeluarkan insulin akibat daripada kerosakan sel. Diabetes ini harus dirawat dengan penggunaan injeksi insulin setiap masa. Diet tidak memainkan sebarang peranan dalam kawalan paras glukosa dalam IDDM walaupun penyusuan ibu membantu mencegah penyakit ini. Dalam individu yang sensitif, IDDM boleh disebabkan oleh infeksi viral seperti serangan degum (mumps) atau campak German terdahulu.
NIDDM yang menyerang lebih kurang 15% orang yang berumur 50 tahun dan ke atas adalah disebabkan daripada kerosakan rembesan insulin atau resistan tisu badan terhadap hormon tersebut. Ia biasanya boleh dirawat dengan kawalan diet sahaja, walaupun terdapat pesakit yang perlu dikawal melalui penggunaan drug. Pesakit perlukan injeksi insulin jika pendekatan-pendekatan di atas gagal untuk mengawal keadaan. Pengurangan berat badan adalah amat penting untuk pesakit diabetes yang mengalami obesiti kerana obesiti akan meningkatkan resistan badan terhadap insulin.
Kedua-dua kumpulan pesakit ini perlu mengawal penyakit mereka melalui pemakanan yang teratur supaya paras glukosa tidak terlalu rendah. Sesetengah pesakit diabetes perlu makan setiap 2 hingga 3 jam dan perlukan snek di antara dua hidangan utama. Jika hipoglisemia berlaku, glukosa masih diperlukan. Jika hipoglisemia berlaku sebelum makan, maka pesakit harus makan lebih awal sedikit dan mengambil karbohidrat yang mencukupi untuk mengelakkan daripada kejadian yang sama berlaku semula.
Semua pesakit diabetes harus membawa satu kad identiti yang menyatakan rawatan serta-merta yang harus dilakukan.
Diet dan Diabetes
Setiap pesakit diabetes perlukan rancangan diet yang disediakan oleh seorang pakar diet. Walaupun nasihat pakar diet agak sama untuk kebanyakan pesakit, setiap rancangan diet haruslah berbeza sedikit antara satu sama lain, bergantung kepada jenis diabetes dan faktor-faktor lain seperti berat badan dan betapa aktifnya pesakit itu. Selain daripada mengikut regimen nutrisi umum, corak pemakanan perlu mengambil kira masa dan jenis injeksi insulin serta sensitiviti pesakit terhadap insulin dan drug-drug lain.
Pengambilan makanan dikomersialkan khas untuk pesakit diabetik tidak digalakkan oleh Persatuan Diabetik Britain, yang merasakan fenomena ini membayangkan pesakit diabetis tidak dapat mengamalkan pemakanan normal. Kos makanan ini adalah tinggi (lebih kurang 4 kali ganda daripada makanan biasa) dan kandungan lemaknya juga agak tinggi. Selalunya produk yang rendah gula dan rendah lemak menjadi pilihan utama dalam diet pesakit diabetik.
Sehingga lewat 70-an, diabetis dinasihatkan untuk mengikuti diet yang tinggi kandungan lemak dan rendah kandungan karbohidratnya. Bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak dihubung dengan penyakit yang dikaitkan dengan jantung. Keupayaan pemakanan karbohidrat untuk mengawal paras glukosa darah telah diiktiraf. Kini, saranan makanan untuk pesakit diabetes termasuklah makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, berfiber tinggi tetapi rendah gula dan lemak.
Tujuan utama diet ini adalah untuk menghentikan simptom serta-merta (selalunya melalui diet dan makanan dalam kes NIDDM) dan mengurangkan risiko hipoglisemia, yang banyak mempengaruhi pesakit IDDM. Diet ini dirancang untuk mencegah komplikasi yang berkait dengan diabetes, iaitu penyakit jantung, masalah mata dan kegagalan renal. Konsep pemakanan di antara pesakit dewasa dan pediatrik adalah sama tetapi pakar diet pediatrik perlu mengambil kira keperluan pertumbuhan fizikal kanak-kanak.
Wanita perlu sedar bahawa mereka mungkin mengalami diabetes gestasi semasa mengandung. Ia akan hilang 6 minggu selepas kelahiran, bagaimanapun masih ada 40% wanita mengalami NIDDM 20 tahun selanjutnya selepas melahirkan anak.
http://www.oocities.org/fchuey/diabetes.htm
No comments:
Post a Comment