Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin. Apabila insulin gagal dihasilkan, ia tidak dapat membawa masuk glukos ke dalam sel dan tisu badan kita.
Pakar perunding kesihatan, Dr S.S Tamilselvan, berkata, kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1997 menyatakan terdapat seramai 135 juta penghidap diabetes di seluruh dunia. Jumlah itu meningkat kepada 246 juta pada 2008 dan dianggarkan akan terus meningkat kepada 330 juta menjelang 2025.
“Terkini, WHO melaporkan, Malaysia menduduki tangga ke-10 sebagai penghidap diabetes paling ramai di dunia dan 1 daripada 7 orang dewasa Malaysia menghidapi diabetes,” katanya.
Penerangan Penyakit Diabetes oleh Dr Tamilselvan
Menurut Dr Tamliselvan, Di Malaysia, orang Melayu dan India paling ramai menghidapi kencing manis disebabkan masalah genetik dan cara makan. Orang Melayu dan India banyak makan karbohidrat yang terdapat dalam nasi dan sebagainya.Katanya, terdapat dua jenis diabetes utama. Jenis 1 dipanggil Dependent Diabetes Melitus (bergantung kepada insulin). Penyakit ini biasa berlaku kepada kanak-kanak dan remaja.
Diabetes Jenis 2 pula adalah Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung kepada insulin). Ia adalah jenis yang paling biasa ditemui dan selalunya dihidapi oleh golongan yang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan.
Dr Tamilselvan berkata, antara tanda-tanda awal diabetes ialah:
- Kabur penglihatan
- Cepat Marah
- Penurunan berat badan yang luar biasa
- Rasa lapar yang luar biasa
- Sering buang air kecil
- Rasa haus yang luar biasa
- Letih
- Otot lemah
- Luka yang lambat sembuh
- Gatal terutama di bahagian kelangkang atau kemaluan
- Rasa kebas
- Stres
- Obesiti
- Pengambilan alkohol berlebihan
- Makanan segera dan tidak berkhasiat
- Keturunan
- Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
- Tekanan darah tinggi
- Pengambilan makanan tinggi kolestrol berlebihan
- Kurang makan makanan berserat
- Tahap kolesterol yang tinggi
Obesiti Semakin Meningkat di Malaysia
“Diabetes adalah penyakit yang amat bahaya kerana ia adalah ibu segala penyakit. Jika tidak dikawal, ia akan membuka pintu kepada pelbagai jenis penyakit. Antaranya, ia boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, masalah penglihatan, kerosakan urat saraf dan masalah jangkitan.
“Lelaki yang menghidapi diabetes biasanya juga akan menghadapi masalah tenaga batin manakala perempuan pula akan menghadapi masalah jangkitan pada kemaluan,” katanya.
http://jurnalmalaysia.com/index.php/info-sihat/144-4life-apakah-itu-diabetes
No comments:
Post a Comment