Kerap Kencing Malam Tanda Diabetes


Boleh terangkan secara jelas mengenai overactive bladder? Saya mengalami masalah kerap kencing pada waktu malam. Purata lebih kurang empat kali ke tandas pada waktu tidur dengan penghasilan kencing yang banyak.

Untuk pengetahuan doktor, saya memiliki berat melebihi kadar sepatutnya (overweight) dan kerap mengambil minuman berkafein setiap hari. Adakah ini juga ada masalah dengan buah pinggang?

Apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini? Apakah kesan jangka panjang bagi mereka yang mengalami masalah ini? Harap doktor sudi menjawab pertanyaan saya.
———————-
Overactive bladder adalah masalah di mana pundi kencing tidak dapat menahan jumlah air kencing yang banyak. Ini adalah disebabkan berlakunya kontraksi pra matang pada otot-otot pundi kencing.

Dalam individu yang normal, pundi kencing boleh menahan sehingga 350 ke 400 ml air kencing sebelum seseorang itu hendak ke tandas. Dalam pesakit overactive bladder, pundi kencing mampu menahan kira kira 150 lm atau kurang dari itu.

Ia sering melanda wanita muda dan lelaki yang mempunyai masalah pembesaran kelenjar prostat.

Tanda tanda overactive bladder adalah seperti berikut:
* * Kencing yang kerap- Purata melebihi lapan kali sehari.
* Tidak dapat menahan kencing.
* Ada kebocoran kencing apabila cuba menahan kencing.

Bagaimanapun, masalah yang saudara hadapi iaitu bangun kencing pada waktu malam dikenali sebagai nokturia. Dari segi definasi, nokturia dalah keadaan di mana seseorang itu bangun kencing pada waktu malam lebih dari satu kali.

Nokturia ini tidak sama dengan overactive bladder. Ini kerana pesakit yang mengalami overactive bladder jarang bangun malam untuk membuang air kencing. Kekerapan membuang air kecil hanya berlaku disiang hari saja.

Antara faktor terjadinya nokturia ialah :
* Masalah pembesaran kelenjar prosate.
* Kencing Manis ( Diabetes Mellitus)
* Masalah ginjal
* Kegagalan jantung.
* Umur yang meningkat (akibat perubahan kitaran hormon)
* Pengambilan ubatan seperti Diuretics.
* Pengambilan air yang banyak sebelum tidur.
* Pengambilan minuman yang mengandungi caffeine pada waktu malam.
* Diabetes Insipidus.
* Masalah insomnia

Saya ingin menasihatkan saudara berjumpa doktor terlebih dulu untuk menyelesaikan masalah ini. Ini kerana saudara ada menyebut bahawa anda mempunyai masalah overweight.
Apabila seseorang yang overweight dan kerap kencing malam, doktor harus menyiasat sam aada saudara mempunyai masalah kencing manis atau tidak. Tambah lagi saudara ada menyebut setiap kali kencing malam, jumlah yang banyak akan dikeluarkan. Ini dikenali sebagai polyuria ialah salah satu ciri-ciri penyakit kencing manis.

Sehubungan itu, pengambilan darah perlu dilakukan. Ini termasuk ujian pengukuran aras gula dalam darah dan ujian fungsi buah pinggang. Saudara juga akan diminta mengisi bladder diary.

Dalam bladder diary ini, saudara perlu mencatat jumlah dan jenis air yang saudara minum. Anda juga perlu mengukur jumlah serta kekerapan saudara membuang air kecil. Bladder diary ini perlu diisi selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, pemeriksaan fizikal perlu dibuat dan sekiranya saudara berumur lebih dari 50 tahun, pemeriksaan digital rectal examination akan dilakukan untuk mengetahui kehadiran pembesaran kelenjar prostat.

Selain berjumpa doktor, saudara perlu mengurangkan pemgambilan kafein terutama pada waktu malam. Ini kerana kafein bertindak seperti diuretics aitu menggalakan penghasilan air kencing.

Pengambilan air minuman juga perlu dikurangkan pada aktu malam. Ini kerana jika seseorang itu minum banyak pada waktu malam, air yang berlebihan akan dikeluarkan ketika tidur.
Saudara juga perlu berusaha menurunkan berat badan ke tahap ideal.
~ BH

https://intim.wordpress.com/2009/12/05/kerap-kencing-malam-tanda-diabetes/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...