Quinoa - Menu Pesakit Diabetes

Quinoa

Quinoa (disebut keenwa) adalah satu alternatif yang baik untuk menggantikan nasi. Quinoa adalah sejenis bijirin yang berasal dari Amerika Selatan khususnya pergunungan Andes. Ia mempunyai tekstur seperti nasi. Kandungan karbohidratnya lebih rendah dari nasi sementara kandungan protin lebih tinggi dari nasi. Dalam proses penghadaman quinoa melepaskan kandungan karbohidrat secara perlahan ke dalam tubuh menjadikannya sesuai untuk pengidap diabetes.  Tak hairanlah kalau ia digelar superfood oleh pakar pemakananan Barat.

Dalam penyediaan, quinoa perlu dibasuh sehingga air basuhan benar-benar jernih untuk membersihkan saponin yang terdapat di bahagian bijirin kalau tidak ia akan terasa pahit. Seperti beras, quinoa mengembang apabila masak.  Quinoa juga sesuai dihidangkan dengan lauk-pauk Melayu.

Quinoa Pilaf
Bahan-bahannya
1 cawan quinoa
1 sudu besar butter atau minyak sapi
1 camca teh parutan halia
1 cili hijau
1/4  bawang besar dicincang halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/4 camca teh serbuk kayu manis
1 3/4 cawan air
1/2 cawan kacang pis (frozen)
garam secukup rasa

Hidangan 4 orang
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang dan kacau selama 4-5 minit. Masukkan halia, cili hijau dan  serbuk kunyit, ketumbar dan kayu manis.  Masukkan quinoa yang telah dicuci bersih dan air. Masukkan garam. Biarkan mendidih sehingga quinoa mengembang dan berekor. Kecilkan api dan renih selama 15 minit. Masukkan kacang pis, kacau dan tutup sehingga semua air telah menyerap ke dalam quinoa.
Maklong hidangan dengan stir fried chicken with soy sauce.

http://maklongskitchen.wordpress.com/2009/11/05/quinoa/

Gaya Hidup Sihat Elak Kencing Manis

Sumber: Berita Harian, Khamis 19 Mei 2011
Oleh: Mona Ahmad




Kemanisan kuih muih dan minuman berperisa serta bergas pastinya membuka selera. Memang tidak dapat dinafikan makanan yang manis menjadi pilihan kerana keenakannya.

Tetapi disebalik keenakannya itu, ia boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit jika ia diambil berlebihan.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga mengantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamn dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah lain yang dikaitkan dengan kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Sehingga kini diabetis tidak berupaya sembuh sepenuhnya tetapi dengan  pengurusan yang baik, kadar gula dalam darah boleh dikawal sekaligus komplikasi diabetes boleh dilewatkan.

Tanpa pengurusan yang baik, diabetes akan menjadi pencetus kepada pelbagai komplikasi yang membawa maut. Justeru, bukan aneh apabila faktor majoriti kes kematian membabitkan pesakit diabetes adalah komplikasi makrovaskular.

Komplikasi makrovaskular adalah kelaziman di kalangan pesakit diabetes.

Mengikut kajian, lima tahun lalu (2010) dianggarkan 171 juta penduduk dunia berpenyakit diabetes, sejenis penyakit progresif dan serius yang boleh mendedahkan penghidapnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan komplikasi, termasuk buta, amputasi dan penyakit kardiavaskular (CVD).

Menjelang 2030, jumlah pesakit diabetes atau dikenali juga sebagai kencing manis dijangka meningkat dua kali ganda. Diabetes disifatkan sebagai faktor risiko dan punca utama kepada penyakit CVD.

Mereka yang menghidap diabetes aalah dua hingga empat kali lebih berisiko mengalami serangan sakit jantung atau strok berbanding mereka yang tidak berpenyakit itu.

Diabetes dan komplikasinya pasti akan muncul sebagai satu ancaman utama terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa hadapan dengan kos ekonomi dan sosial sangat besar, terutama bagi negara membangun.

Justeru, mencegah lebih baik dari mengubati. Mulakan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Kawal nafsu makan kerana setiap hari berdepan dengan makanan dan makanan enak terutama yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Untuk membantu mencegah diabets dan komplikasinya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengesyorkan supaya orang ramai mencapauu dan mengekalkan berat badan yang unggul, sentiasa cergas iaitu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Mereka perlu menekankan betapa pentingnya mengubah gaya hidup agar dapat menghalang penyakit itu melarat dan jika dibiarkan akan mengakibatkan komplikasi yang membawa maut.

http://masayuahmad.blogspot.com/2011/06/gaya-hidup-sihat-elak-kencing-manis.html

4 Faktor Elak Diabetes & Kencing Manis

Diabetes atau kencing manis sememangnya satu penyakit yang banyak terkena pada masyarakat kita. Statistik di Malaysia bilangan pesakit diabetes sememangnya berada di paras yang membimbangkan, apa taknya, tengok sahajalah dengan pelbagai jenis makanan yang KAYA dengan gula. Sudah menjadi kebiasaan setiap kuih – mesti manis baru sedap!

Banyak kajian telah dijalankan untuk mengetahui apakah sebenarnya punca kencing manis ini. Selain dari pemakanan, ada faktor lain yang mengakibatkan diabetes. Di bawah ini adalah 4 faktor tersebut


Berat badan normal (Melalui BMI)
Memang diakui BMI sudah tidak berapa relevan dalam mengetahui seseorang itu overweight atau tidak. Walaubagaimanapun, cara ini masih lagi diguna pakai sehingga sekarang. Sesiapa yang memiliki BMI normal (antara 20-24) risiko untuk kena diabates adalah sangat rendah.

Tidak hisap rokok
Rokok sememangnya telah difatwakan haram. Walaupun haram, ramai yang tidak pedulikannya. Hisap rokok seolah menjemput pelbagai penyakit dalam badan. Kebanyakan pesakit diabetes adalah datang dari sejarah merokok yang tegar.

Gaya hidup aktif
Kajian yang dibuat menunjukkan mereka yang selalu melakukan aktiviti senaman 2-3 kali seminggu selama 30-60 minit bilangannya amat kurang yang hidap diabetes ini. Amalkan gaya hidup aktif bukan sahaja mengelakkan diabates, malahan penyakit kronik lain juga boleh dielakkan!

Pemakanan seimbang
Bagi mereka yang mengambil jumlah karbo yang sedikit, peratusan lemak dalam makanan yang sangat sedikit (elak minyak, mentega) dan menambah pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka berkongsi memiliki faedah yang sama – risiko hidap diabetes kurang!

http://faridzulasyraf.com/faktor-elak-diabetes

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula


    1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

    2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

    3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

    4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

    5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

    6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.

    7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”.
       http://www.izieherb.net/faktagula.htm

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...