Retinopati (Kesihatan Mata) Diabetes

Retina
"Hard Exudates" dalam retinopati diabetes

Retina
 
Pendarahan Pre-retinal


Retina - lasered
Laser untuk retinopati diabetes

Diabetes atau kencing manis berlaku bila badan kita tidak mengeluarkan cukup insulin atau tidak boleh memproseskannya dengan betul. Insulin ialah hormon yang menolong mengawal kandungan gula dalam darah kita. Kanak-kanak dan orang dewasa boleh mengidap penyakit kencing manis.

 

Bagaimanakah diabetes boleh melibatkan mata?

Pesakit kencing manis boleh mengidap penyakit katarak dan glaucoma lebih kerap dari orangramai. Masalah retina yang disebabkan oleh kencing manis boleh menyebabkan penglihatan mata merosot. Ini dipanggil retinopathi diabetes. Kebanyakan pesakit akan mengalami keadaan ini selepas 20 tahun.

Diabetes meninggalkan kesan ke atas saluran darah dalam retina. Tahap awal dipanggil nonproliferative diabetic retinopathy atau retinopati tanpa proliferasi.

Dalam peringkat ini, saluran darah menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan titik – titik pendarahan. Saluran darah juga menyebabkan retina mudah bengkak dan penglihatan menjadi kabur. Bahagian retina juga akan menunjukkan tanda-tanda “cotton wool spot” dan “hard exudates”.

Tahap yang paling teruk dipanggil retinopathi proliferatif. Dalam keadaan ini, kekurangan oksigen dalam bahagian retina menyebabkan retina menjadi “ischemic”. Ini menyebabkan saluran darah yang baru tetapi kurang matang tumbuh di atas permukaan retina. Ini dipanggil “neovascularization”. Saluran darah ini senang pecah dan mudah berdarah. Ini menyebabkan pendarahan bahagian belakang mata dan penglihatan yang kabur.

Kalau keadaan ini tidak diubati, parut juga akan terhasil di dalam mata menyebabkan urat saraf lekang dari lapisan dalam mata dan glaucoma.

 

Apakah simptom retinopati diabetes?

Ini bergantung kepada tahap retinopati diabetes.
Antara simptom termasuk:
  • Kekaburan mata
  • “Floaters” dan “flashes”
  • Tiba-tiba kehilangan penglihatan
Bagaimanakah retinopati diabetes dikesan dan diagnosa dilakukan?
Pesakit kencing manis perlu pemeriksaan rutin supaya apa-apa masalah dikesan dan dirawati dengan awal. Pesakit perlu diperiksa oleh pakar mata. Doktor pakar mata perlu mengembang anak mata anda untuk melakukan pemeriksaan yang teliti.

 

Apakah rawatan untuk retinopati diabetes?

Ini bergantung kepada tahap penyakit dan masalah yang perlu perhatian. Siasatan yang lebih lanjut seperti : fluorescein angiography, pengambaran retina and ultrasound mata.

Rawatan yang awal untuk retinopati proliferatif memerlukan sejenis laser yang dipanggil panretinal photocoagulation. Dalam procedur ini, laser digunakan untuk menolong mengurangkan keperluan oksigen dari bahagian retina. Ini membolehkan saluran darah yang mudah pecah mengecut dan hilang.

Untuk tahap yang lebih teruk, pendarahan dalam mata atau kelekangan retina memerlukan penbedahan vitrectomy. Dalam procedur ini, darah dan vitreous dikeluarkan dan diganti dengan saline. Pada masa yang sama, parut atau tisu yang menarik permukaan retina dikeluarkan juga.

Kalau parut tidak dirawat, ini boleh menyebabkan lubang dalam retina dan kelekangan retina. Lubang ini boleh ditampal dengan laser. Kelekangan retina memerlukan pembedahan. Penglihatan selepas pembedahan bergantung kepada tahap penyakit anda.

 

Boleh retinopati diabetes dielakkan?

Pesakit yang boleh mengawal kandungan glukosa dalam darah, masalah yang mungkin dialami oleh mata mereka juga berkurangan jikalau dibandingkan dengan pesakilt yang tidak boleh mengawal kandungan glukosa. Pemakanan yang sihat dan senaman seharian juga akan membantu.

Pesakit kencing manis juga perlu pemeriksaan rutin dengan pakar mata. Masalah mata yang dirawat pada tahap yang awal biasanya lebih senang dirawat.

http://pakarmata.com/malay_diabetic_retinopathy.html

Diet dan Diabetes

 

Glukosa merupakan bentuk gula yang dibawa di dalam aliran darah dan ia amat penting sebagai sumber tenaga badan. Paras glukosa harus dikekalkan pada satu paras yang sempit supaya organ-organ badan dapat berfungsi secara efisien. Paras glukosa yang terlalu tinggi menunjukkan perkembangan pembentukan diabetes mellitus. Simptom-simptomnya termasuklah rasa dahaga, kerap membuang air kencing akibat glukosa berlebihan, kehilangan berat badan, letih, jangkitan semula, masalah penglihatan, dan boleh menyebabkan koma dalam beberapa kes serius. Keadaan paras glukosa yang terlalu rendah pula menghasilkan hipoglisemia yang turut menyebabkan koma.

Karbohidrat dalam makanan bergula atau berkanji, seperti coklat, biskut, kek, roti dan ubi kentang, buah-buahan dan jem, meningkatkan paras glukasa di dalam darah. Di bawah keadaan normal, badan akan mengembalikan keseimbangan paras glukosa melalui tindakan hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas. Jika output insulin badan adalah terlalu rendah, atau pengeluaran insulin yang tidak mencukupi, paras glukosa darah menjadi tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai hiperglisemia.

Lebihan glukosa dalam darah akan diekskresikan. Terdapat satu ujian untuk mengukur tahap glukosa di dalam urin. Rawatan untuk keadaan hiperglisemia termasuklah kawalan penjagaan diet seimbang dan sihat yang akan menghadkan pengambilan karbohidrat ringkas serta minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi oleh pesakit diabetes.

Terdapat dua jenis diabetes, iaitu diabetes mellitus bergantung kepada insulin (IDDM) dan diabetes melitus tidak bergantung kepada insulin (NIDDM). IDDM biasanya berlaku sejak zaman kanak-kanak, tetapi masih boleh berlaku pada mana-mana umur dan selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tersebut. NIDDM atau dikenali sebagai diabetes onset lambat adalah lebih biasa dalam kalangan warga berumur. IDDM adalah disebabkan daripada ketidakupayaan pankreas untuk mrngeluarkan insulin akibat daripada kerosakan sel. Diabetes ini harus dirawat dengan penggunaan injeksi insulin setiap masa. Diet tidak memainkan sebarang peranan dalam kawalan paras glukosa dalam IDDM walaupun penyusuan ibu membantu mencegah penyakit ini. Dalam individu yang sensitif, IDDM boleh disebabkan oleh infeksi viral seperti serangan degum (mumps) atau campak German terdahulu.

NIDDM yang menyerang lebih kurang 15% orang yang berumur 50 tahun dan ke atas adalah disebabkan daripada kerosakan rembesan insulin atau resistan tisu badan terhadap hormon tersebut. Ia biasanya boleh dirawat dengan kawalan diet sahaja, walaupun terdapat pesakit yang perlu dikawal melalui penggunaan drug. Pesakit perlukan injeksi insulin jika pendekatan-pendekatan di atas gagal untuk mengawal keadaan. Pengurangan berat badan adalah amat penting untuk pesakit diabetes yang mengalami obesiti kerana obesiti akan meningkatkan resistan badan terhadap insulin.

Kedua-dua kumpulan pesakit ini perlu mengawal penyakit mereka melalui pemakanan yang teratur supaya paras glukosa tidak terlalu rendah. Sesetengah pesakit diabetes perlu makan setiap 2 hingga 3 jam dan perlukan snek di antara dua hidangan utama. Jika hipoglisemia berlaku, glukosa masih diperlukan. Jika hipoglisemia berlaku sebelum makan, maka pesakit harus makan lebih awal sedikit dan mengambil karbohidrat yang mencukupi untuk mengelakkan daripada kejadian yang sama berlaku semula.

Semua pesakit diabetes harus membawa satu kad identiti yang menyatakan rawatan serta-merta yang harus dilakukan.

Diet dan Diabetes

Setiap pesakit diabetes perlukan rancangan diet yang disediakan oleh seorang pakar diet. Walaupun nasihat pakar diet agak sama untuk kebanyakan pesakit, setiap rancangan diet haruslah berbeza sedikit antara satu sama lain, bergantung kepada jenis diabetes dan faktor-faktor lain seperti berat badan dan betapa aktifnya pesakit itu. Selain daripada mengikut regimen nutrisi umum, corak pemakanan perlu mengambil kira masa dan jenis injeksi insulin serta sensitiviti pesakit terhadap insulin dan drug-drug lain.

Pengambilan makanan dikomersialkan khas untuk pesakit diabetik tidak digalakkan oleh Persatuan Diabetik Britain, yang merasakan fenomena ini membayangkan pesakit diabetis tidak dapat mengamalkan pemakanan normal. Kos makanan ini adalah tinggi (lebih kurang 4 kali ganda daripada makanan biasa) dan kandungan lemaknya juga agak tinggi. Selalunya produk yang rendah gula dan rendah lemak menjadi pilihan utama dalam diet pesakit diabetik.

Sehingga lewat 70-an, diabetis dinasihatkan untuk mengikuti diet yang tinggi kandungan lemak dan rendah kandungan karbohidratnya. Bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak dihubung dengan penyakit yang dikaitkan dengan jantung. Keupayaan pemakanan karbohidrat untuk mengawal paras glukosa darah telah diiktiraf. Kini, saranan makanan untuk pesakit diabetes termasuklah makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, berfiber tinggi tetapi rendah gula dan lemak.

Tujuan utama diet ini adalah untuk menghentikan simptom serta-merta (selalunya melalui diet dan makanan dalam kes NIDDM) dan mengurangkan risiko hipoglisemia, yang banyak mempengaruhi pesakit IDDM. Diet ini dirancang untuk mencegah komplikasi yang berkait dengan diabetes, iaitu penyakit jantung, masalah mata dan kegagalan renal. Konsep pemakanan di antara pesakit dewasa dan pediatrik adalah sama tetapi pakar diet pediatrik perlu mengambil kira keperluan pertumbuhan fizikal kanak-kanak.

Wanita perlu sedar bahawa mereka mungkin mengalami diabetes gestasi semasa mengandung. Ia akan hilang 6 minggu selepas kelahiran, bagaimanapun masih ada 40% wanita mengalami NIDDM 20 tahun selanjutnya selepas melahirkan anak.

http://www.oocities.org/fchuey/diabetes.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...