Pembunuh Senyap di Malaysia - Diabetes Fakta dan Tips Cegah


Diabetes atau penyakit kencing manis ialah penyakit yang kronik akibat kekurangan insulin sehingga menganggu metabolisme badan manusia,peningkatan gula di dalam darah dan terdapatnya gula di dalam air kencing. Di dalam keadaan normal,makanan seperti karbohidrat yang kita amakan akan diolah menjadi glukosa yang kemudiannya digunakan sebagai bahan bakar oleh tubuh badan. namun apabila insulin semakin berkurangan atau kurangna gerak balas tisu tubuh terhadap insulin menyebabkan,glukosa tidak dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga. Ini menyebabkan gula terkumpul di dalam badan.Apabila paras gula di dalam darah melebihi 180m/100cc,gula berlebihan akn disingkirkan melalui buah pinggang dan juga kencing, maka terjadilah penyakit diabetes.


Diabetes yang tidak dirawat,akibat kandungan gula yang terlalu tinggi,ianya boleh menjejaskan fungsi organ penting di dalam badan antaranya:

  • Arteri koronori tersumbat dan angin pektoris yang membawa maut
  • Arteri otak tersumbat, akibatnya strok terjadi
  • Arteri tersumbat,saraf semakin lemah,ulser kulit,sehingga di dalam keadaan yang serius, bahagian anggota seperti kaki terpaksa dipotong akibat kecederaan yang sukar untuk baik.
  • Katarak, glukoma, retina tajuh, pendarahan fundus sehingga mata menjadi buta.
  • Gangguan buah pinggang sehingga pesakit terpaksa mendapatkan rawatan dialisis.
  • Mati pucuk bagi kaum lelaki.
Tanda diabetes:

Pesakit akan mengalamai gejala buang air kecil atau kencing yang sangat kerap,dahaga,makan berlebihan,letih,berat badan menurun an sebagainya. Gejala lain boleh jadi juga rasa kebas,penglihatan semakin kabur, kulit yang tercedera sukar untuk sembuh,namun percayalah terdapat sesetengah pesakit langsung tidak mempunyai tanda, hanya disedari diperingkat yang sangat kronik !


Siapa Paling Berisiko Terhadap Diabetes ?

Diabetes tidak berjangkit,namun mereka yang berikut lebih mudah untuk terkena penyakit ini:
  • Terdapat ahli keluarga lain mengidap diabetes.
  • Berumur lebih 40 tahun.
  • Gemuk, makan berlebihan serta kurang senaman
  • Gangguan emosi, atau tekanan emosi,diet tidak seimbang,jangkitan virus,kehamilan atau tidak balas ubat tertentu
Mencegah Diabetes

Bersenam dapat memperhebatkan penggunaan kalori di dalam badan,menguatkan jantung dan paru-paru,melancarkan peredaran darah,mengendurkan saraf yang tegang,meurunkan paras gula dalam darah serta berat badan. Bersenam sangat penting terutama kepada mereka yang mengalami masalah kegemukan atau obesiti.Setiap minggu bersenamlah 3 hingga 5 kali sehari. 20-30 minit setiap sessi. Boleh berjalan atau berjongging.Jikalau anda masih muda aktiviti seperti berenang dan mengayuh basikal boleh diutamakan.

Tips Amalan Diet Yang Sihat
  • Diet seimbang
  • kurangkan pengambilan makanan bergoreng, emm..memang sedap namun badan kita akan menangggung kesakitan kemudian hari kelak
  • Kurangkan makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi, seperti air bikarbonat di dalam tin, wow kandungan gulanya terlalu tinggi, di dalam tempoh sebulan jika anda mengambil air ini satu tin sehari, tunggu sahaja ,diabetes akan singgah ke badan anda buat selamanya.
  • Amalkan diet ringkas kurang perisa.
  • Perbanyakan makanan mengandungi serat yang tinggi seperti buah-buahan. Jika anda memang seorang pesakit kencing manis elakkan memakan buah nangka dan pisang, kandungan gula di dalam kedua-dua buah ini memang tinggi
  • Kurangkan makanan di luar. Makanan di luar memang sedap, namun kandungan gula, garam dan perisa seperti MSG memang diluar kawalan, tinggi dan berbahaya !
  • Makanlah mengikut waktu dan kuantiti yang sesuai, jika anda seorang full time blogger contohnya, lihat aktiviti anda, jika anda hanya mengadap komputer hampir sepanjang hari, sepatutnya anda mengambil makanan rendah kalori dan gula,kerana kurang tenaga fizikal digunakan.
  • Cuba kekalkan berat badan anda
  • Semak kandungan gula di dalam susu tepung anak kesayangan anda.
http://www.lovehijau.com/2012/02/pembunuh-senyap-di-malaysia-diabetes.html

Penghidap Darah Tinggi & Kencing Manis di Selangor Meningkat

SHAH ALAM – Selangor mencatatkan peningkatan dalam penyakit darah tinggi iaitu 0.8 peratus kepada 28.7 peratus dan kencing manis 4.5 peratus meningkat 16.5 peratus melalui kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS) ke-4.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, peningkatan ini adalah ketara untuk kes yang baru didiagnosis diabetes iaitu 3.8 peratus pada NHMS 2006 kepada 10.1 pada NHMS 2011 di mana keadaan ini membimbangkan.


“Kajian tersebut mendapati prevalen penyakit darah tinggi di kalangan penduduk negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas adalah sebanyak 27.9 peratus, manakala prevalen penyakit diabetes adalah sebanyak 12.0 peratus.

“Sebanyak 52.1 peratus penduduk negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas hidup secara tidak aktif, 18.1 peratus adalah merokok, 34.6 peratus mengalami masalah berlebihan berat badan dan 11.6 peratus mengalami masalah obesiti,”katanya dalam ucapan ketika menghadiri Program Berjalan 10,000 Langkah Sehari anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan (JKNS) di sini semalam.

Dr Azman berkata, perubahan gaya hidup masyarakat pada masa ini kepada gaya hidup sedentari (kurang aktif) menyebabkan berlaku peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi dan kardiovaskular.

Menurutnya, Malaysia berada pada kedudukan ke enam di kalangan negara Asia dengan kadar obesiti yang tinggi di kalangan rakyat dewasa.

“Kini hampir satu dari setiap dua orang penduduk dewasa kita menghidap darah tinggi dan 1 dari setiap 8 orang menghidap diabetes. Malah semakin ramai rakyat mati lebih awal (pra-matang) akibat pelbagai penyakit NCD.

“Antara punca utama berlakunya masalah obesiti dan penyakit kronik ini kerana masyarakat dewasa ini kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. kurang praktik gaya hidup sihat, tidak tahu bagaimana menangani stres,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, risiko penyakit yang dinyatakan Dr Azman meningkat memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara membangun, tambahan pula Selangor mempunyai populasi kepadatan penduduk tinggi.

Beliau berkata, kementerian alu-alukan penglibatan semua pihak seluruh masyarakat dapat membudayakan gaya hidup sihat sebagai cara hidup masyarakat Malaysia.

Dalam perkembangan sama, MBSA melancarkan program berjalan 10,000 langkah sehari bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga bandar raya Shah Alam di Taman Tasik Shah Alam pagi semalam.

Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Atan berkata, program ini bertujuan memberikan galakan dan semangat jati diri yang tinggi untuk melakukan aktiviti fizikal demi meningkatkan tahap stamina dan seterusnya kesihatan diri seluruh masyarakat Shah Alam.

Sumber: sinarharian.com.my
http://www.jomdiet.com/berita-darah-tinggi/

Penawar Kencing Manis - Jus Kacang Panjang Campur Tomato Merah

Khabar baik untuk pesakit kencing manis. Satu penemuan baru di negeri China mendapati kacang panjang yang dicampur dengan tomato merah dapat menurunkan paras gula ke paras normal.

Caranya ialah dengan memblender 12 batang kacang panjang dengan sebiji tomto merah. Jus ini di minum hingga habis. Lakukan 2 kali sehari. Ianya dikatakan sangat mujarab tanpa perlu berpantang apa-apa lagi.


Info : http://www.melurhasanah.com/2013/09/penawar-kencing-manis.html

Maklumat Umum Penyakit Kencing Manis


Asalamualaikum

Maklumat penyakit kencing manis yang terbaru dan terkini selalulah dicari oleh pesakit yang mengidap penyakit kencing manis , dan hari ini kita berkongsi cerita berkaitan penyakit atau sakit kencing manis yang tak dapat tidak kita sebagai manusia perlu ambil tahu serba sedikit hal ehwal , berita , maklumat iaitu info terbaru dan terkini berkaitan hal yang bersangkutan penyakit ini , iaitu penyakit kencing manis . Akan tetapi artikel artikel penyakit kencing manis yang ada di blog atau website hanyalah pandangan penulis dan tidak dapat dinafikan juga banyak juga artikel berkaitan penyakit kencing manis dari pandangan dan mengikut kajian pakar . Oleh itu anda dinasihati selalulah merujuk kepada pakar penyakit kencing manis untuk mempastikan perkara perkara tepat berkaitan penyakit kencing manis . Kita juga dapati ada pelbagai petua , rawatan , kajian kajian , ubat ubatan yang berkait dengan penyakit kencing manis . Insyaallah jika kuat berusaha sama ada menghindari diri dari terlibat dengan penyakit kencing manis ataupun mengubati penyakit kencing manis yang kita alami itu , kita kan berjaya mengatasinya .

Mengikut kajian , penyakit kencing manis telah pun ada sejak zaman lampau lagi iaitu pada zaman purba. Perkataan Mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis untuk menunjukkan adanya gula dalam air kencing. Pada masa permulaan dahulu penyakit kencing manis dikenal pasti dengan mencurah air kencing ke tanah dan jika didapati semut menghurunginya bermakna seseorang itu berkemungkinan mengidap penyakit kencing manis .

Pada tahun 1897 dua orang pakar sains iaitu Von Mering dan Minkowski telah menemui bukti kaitan kalenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dengan cara membuang kalenjar pankreas pada anjing dan kemudian anjing itu mengidap penyakit kencing manis .

Pada tahun 1921 kawalan penyakit yang berkesan untuk penyakit kencing manis baru diketahui iaitu apabila Frederick G. Banting dan Best menemui fungsi insulin sebagai cara mengawal kandungan glokos dalam darah .

Setiap sesuatu ada tanda , dan tanda seseorang mengidapi penyakit kencing manis adalah :

Tanda seseorang menghidapi penyakit manis adalah badan selalu berasa lemah , penglihatan mata semakin hari semakin kabur , kuat meminum air oleh kerana kerap dahaga , berat badan turun secara mendadak , sering ke tandas dan selalu berasa pening kepala .

Bukan semua pengidap penyakit kencing manis menunjukkan tanda tanda seperti itu , kita disarankan membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan sama ada kita telah menghidapi penyakit kencing manis atau sebaliknya .

Pada kebiasaannya ujian pemeriksaan untuk mempastikan sama ada kita terkena penyakit kencing manis adalah dengan pemeriksaan darah , pemeriksaan air kencing dan ujian daya tahan glukos .

Sekian beberapa maklumat ringkas yang berkaitan dengan penyakit kencing manis. ..Wallahu a’lam

http://paksuhashim.com/penyakit-kencing-manis-maklumat/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...