Tolong! Jangan Ambil Kaki Ku!


Salam semua,

Mak Long sering mendapat soalan bagaimana untuk mengelakkan kaki dari dipotong. Mak Long sedih benar bila mendapat soalan-soalan seperti ini kerana Mak Long tahu apabila sampai ke tahap ini sebenarnya ia sudah sangat kritikal. Mak Long sendiri pernah ada saudara dekat yang kehilangan kakinya kerana diabetes. Jadi Mak Long faham benar dengan situasi ini dan Mak Long sangat prihatin.

Mak Long ni bukanlah seorang doktor jadi Mak Long tak ada sebarang tauliah untuk memberi nasihat perubatan mengenai situasi seperti ini. Apa yang Mak Long ada hanyalah sedikit ilmu yang Mak Long dapat dan Mak Long cuba praktikkan dan Mak Long dapati ia berkesan. Ilmu yang Mak Long yang cuba kongsikan di sini bukan ciptaan Mak Long sendiri dan Mak Long bukannya dapat dengan percuma juga. Mak Long mendapatnya dari pakar perubatan yang terlatih juga dan Mak Long tambah dengan pembacaan Mak Long sendiri. Dan Mak Long dapati apabila Mak Long sendiri menyimpang dari petua Mak Long ni, Mak Long mula lah terasa sakit-sakit. Mak Long yakin sekiranya petua ini di amalkan dengan istiqomah, insya Allah ia dapat menjimatkan kos perubatan yang tinggi dan dapat menyelamatkan kaki. Sekiranya anda sebelum ini hanya borderline diabetes, petua ini dapat mengelakkan anda dari diabetes. Bagaimana pun, seperti yang Mak Long selalu sebutkan, petua ini bukan galang ganti perubatan doktor, sekiranya anda memang dah ada diabetes, atau telah mendapat komplikasi akibat diabetes, maka nasihat doktor masih diperlukan.

Ok, untuk tidak mengecewakan mereka yang bertanya, Mak Long telah panjangkan soalan mereka-mereka ini kepada dua orang pakar yang Mak Long kenali secara peribadi.

Pakar yang pertama ialah Dr Norzita Mohd Yusof (MBBS (Malaya) IBCMT (Board Certified)  WOSAAM (Board Certified).

Ihsan Dr Nor

Dr Norzita adalah pengasas  Naturo wellness Clinic and beliau adalah orang pertama yang memperkenalkan kaedah pemakanan “low carbohydrate” yang kini Mak Long amalkan untuk membantu diabetes. Beliau mengamalkan perubatan secara holistik berasaskan terapi pemakanan. Beliau mempunyai kepakaran dalan terpi ozon, terapi “chelation” dan banyak lagi.

Berikut adalah jawapan beliau untuk soalan:
“salam…sy nk tnya mak mertua sy kna kecing manis yg agak truk la jugak skrng ni dok ada kat hspitl&dh kna potong sikit tp doktor nk potong lgi smpai kat betis mcm mn nk elak dari di potong lagi?”

Salam my answer will be in English( so sorry )…If the limbs do not want to be amputated,her sugar control must be tightly controlled and her mother-in-law mya need insulin for tight control at the moment and she needs to do ozone therapy - blood ozone and limb bagging with ozone.
Mak Long terjemahkan : Sekiranya kaki tersebut ingin diselamatkan, kadar gula dalam darah perlu dikawal dengan ketat dan ibumertua tersebut munkin perlu insulin. Kakinya boleh dirawat dengan terapi ozon .
assalamualaikum m.long…
saya nk tanyer ade tak alternatif lain tuk DM,maksud saya cara tuk mngubatinya.ayah saya dimasukkan ke wad disebabkan melecur di kaki.doktor kata kalau kaki dia bertambah teruk dia nasihatkan supaya potong..kami sekeluarga nk elakkan drpd dipotong..kalau boleh saya nk tahu ape yg patut dan ape yg tidak patut dimakan oleh ayh saya..harap mak long dpt tlg la sedikit sbyk..”

Alaikumsalam,the father needs ozone therapy but basic debridement of wound must be done by a proper nurse who knows about sterility and he needs a tight diabetic control with tight glucometer montioring ….2 hours after food has to be less than 7.8 mmol/l.
As both patients need to be on cod liver oil with at least total vitamin D of 1000 iu per day and lipoic acid and chromium at least 1200 mcg per day..InsyaALLAH

Mak Long terjemahkan: Ayah tersebut perlu terapi ozon tetapi rawatan luka pada kaki perlu dilakukan oleh seorang jururawat yang mahir dengan sterility (asas kebersihan) dan dia memerlukan kawalan ketat mengggunakan glucometer.. bacaan kadar gula dalam darah mestilah kurang dari 7.8 mmol/l   dalam 2 jam selepas makan.
Untuk kedua-dua pesakit, boleh ditambah minyak ikan kod yang mengandungi vitamin D dengan jumlah sekurang-kurangnya 1000 iu sehari dan asik lipoik serta chromium sekurang-kurangnya 1200 mcg sehari .
Mak Long harap jawapan ini membantu. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan disini atau terus ke blog Dr Norzita.

Dalam bahagian pertama, Mak Long ada katakan yang Mak Long dah panjangkan soalan mengenai komplikasi kaki dalam diabetes kepada dua orang pakar.

Pakar yang kedua adalah pakar herbalis Dr Siti Zawiah Abd Rahman (MD MA)


Dr Siti Zawiah memulakan kerjayanya sebagai seorang jururawat bertauliah. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat lepasan ijazah dalam bidang pengubatan kanser dan haemodyalisis.

Sepanjang hayatnya, Dr Siti Zawiah memang telah mengamalkan penggunaan herba dalam masakan. Pertembungannya dengan HPA bukan sahaja mengubah persepsi nya terhadap cara perawatan pesakit tetapi juga terhadap penggunaan khasiat herba khusus untuk mengubat penyakit.

Apa yang istimewa baginya adalah HPA bukan sahaja menjual produk tetapi lebih mementingkan kepada penyebaran ilmu herba. Selepas menamatkan kursus dalam perubatan herba JAWI melalui INTIBAH selama setahun, Dr Siti Zawiah kemudian berusaha memperolehi Diploma in Herbology dari sebuah universiti di Hawaii menjadikannya seorang herbalis bertauliah di Barat dan Timur.

Beliau berpendapat bahawa herba di Barat sama dengan herba di Timur kerana dalam perubatan herba apa yang diperlukan adalah fungsi setiap herba. Setiap herba mempunyai khasiat tertentu dan khasiat inilah yang digunakan dalam mengubat penyakit.

Sebagai seorang yang sentiasa dahagakan ilmu, Dr Siti Zawiah sentiasa berusaha untuk memperdalamkan ilmunya. Terbaru, beliau telah memperolehi Diploma dalam Akupuntur dan lebih hebat lagi beliau di ijazahkan PhD dalam Perubatan Alternatif (pengkhususan bekam) dari Open University of Colombo.

Beliau juga menpunyai kepakaran dalam bidang akupuntur klinikal (Clinical Acupunture).

Berikut adalah jawapan beliau:

“Bila melihat ramai kawan kawan yg memerlukan pertolongan dalam perawatan saya rasa terpanggil untuk membantu mereka dengan apa yang saya boleh, terutama dalam perawatan penyakit Kencing Manis.

Melalui pengalaman alhamdulillah dengan menggunakan ubat ubat traditional inshaallah ia nya lebih berkesan dengan d bantu oleh penjagaan makanan makanan yang rendah kandungan gula dan karbohydrate.

Biasa nya bila saya mendapat pesakit kencing manis yang kronik,saya mengabungkan ubat ubat allorpati dengan traditional sahingga bacaan paras gula pesakit stabil. Sebagaimana ubat ubat allorpati,ubat ubat traditional juga mesti d makan 1/2 jam sbelum makan supaya bila makan ubat ubat sudah ada dalam sistem tubuh.

Ubat traditional yang terbaik untk merawat kencing manis ia lah PEGAGA. Saya menggunakan jenama HPA(Herba Penawar Alwahida)kerana sesudah 15 tahun keberkesanan nya memang terbukti. Pegaga disediakan dalam bentuk uncang dan untuk amalan satiap hari ia lah sebanyak 5 uncang satiap hari d rendam dalam jug untuk d minum pada 1 hari. Jika telah ada gangrene perlu ambil sebanyak 8 uncang.Rasa nya terlalu pahit dan kelat tapi dia berkesan d mana selepas 1 minggu kita akan lihat daging daging reput tadi akan luruh dan sel sel baru akan tumbuh. Kombinasi 2 lagi ubat traditional d guna bersama. Satu pokok dedalu yang tumbuh d atas pokok jering yang mempunyai bahan aktif nya bernama Plantisol untuk rawatan kencing manis. Dan herba Habbatus saudak atau bijirin hitam juga boleh menurun kan kadar gula dalam darah.

Pemakanan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk pesakit kencing manis. Semua makanan yang berwarna PUTIH wajib d jauhi. Gulaputih akan menurun kan imuniti sa sa orang itu sebanyak 50% selepas 1/2jam memakan nya. Nasi putih sudah tidak ada khasiat nya jadi memakan nya hanya membeban kan tubuh untuk memproses karbohydrate yang tinggi. Pastikan kita makan sayur sayur yang hijau dan buah buahan yang kurang manis.

Riadah juga ada lah satu cara untuk merawat kencing manis secara tidak lansung. Riadah boleh menurun berat badan dan menurun paras gula dalam darah. Riadah juga mengurangkan risiko penyakit jantung yang biasa menjadi komplikasi bagi pesakit kencing manis.

Setakat ini dulu, insyaallah kalau ada apa apa pertanyaan sila berhubung dengan saya melalui Mak Long di blognya.
Sekian terima kasih seadanya.”
http://maklongskitchen.wordpress.com/2011/01/29/tolong-jangan-ambil-kaki-ku/
http://maklongskitchen.wordpress.com/2011/01/29/tolong-jangan-ambil-kaki-ku-part-2/

Definisi & Klasifikasi Kencing Manis

 

Diabetes melitus (DM) merupakan suatu kelompok penyakit metabolik gejala klinis (sindrom klinis) dengan karakteristik hiperglikemia (meningkatanya kadar gula darah) yang terjadi karena kelainan sekresi insulin, kerja insulin atau keduanya, baik absolut maupun relative (Katzung, 2002).

Sedangkan definisi diabetes mellitus menurut Price and Wilson (1995) adalah sebagai gangguan metabolisme yang secara genetik dan klinis termasuk heterogen dengan manifestasi berupa hilangnya toleransi karbohidrat, jika berkembang penuh secara klinis maka diabetes mellitus ditandai dengan hiperglikemia.

Klasifikasi
Secara klinis diabetes mellitus diklasifikasikan sebagai berikut :

a). Diabetes mellitus tipe I
Diabetes mellitus jenis ini paling sering terdapat pada anak-anak dan dewasa muda, namun demikian dapat juga ditemukan pada setiap umur (Woodley dan Whelan, 1992).

b). Diabetes mellitus tipe II
Diabetes mellitus jenis ini biasanya timbul pada umur lebih dari 40 tahun. Kebanyakan pasien diabetes mellitus jenis ini bertubuh gemuk, dan resisten terhadap kerja insulin dapat ditemukan pada banyak kasus (Woodley dan Whelan, 1992).

c). Diabetes mellitus pada kehamilan.
Istilah ini dipakai terhadap pesakit yang menderita hiperglikemia selama kehamilan. Pada pesakit-pesakit ini toleransi glukosa dapat kembali normal setelah persalinan (Woodley dan Whelan, 1992). 

d). Diabetes mellitus lain (sekunder)
Pada diabetes mellitus jenis ini hiperglikemia berkaitan dengan penyebab lain yang jelas, meliputi penyakit-penyakit pankreas, pankreatektomi, sindrom cushing, acromegaly dan sejumlah kelainan genetik yang tak lazim (Woodley dan Whelan, 1992).

http://fanista87.blogspot.com/2009/10/diabetes-pada-kehamilan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...