Petua Ubati Kencing Manis Dengan Buah Karela

6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan

Buah sayur Karela ini banyak ada dijual di pasar malam atau di pasar besar di kawasan tempat anda tinggal. Ia termasuk dalam satu jenis sayur-sayuran yang rupanya macam buat petula yang pahit tu. Tetapi warnanya lebih hijau pekat dan kerutan pada kulitnya lebih halus berbanding buah petula.

Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat mereka yang ada masalah insulin yang lenah tak mampu nak proses kandungan gula dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah dalam badan dan darah anda.

Ada kawan yang menghidap penyakit manis ini mengamalkan makan jus buah karela ini dua kali sehari. Dia buat jus buah karela dan simpan dalam peti ais. Setiap pagi dia minum sikit dan petang atau malam dia minum sedikit lagi. Anda juga boleh cuba buat begitu untuk kekalkan tahap kandungan gula jika dah ada masalah kencing manis.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html

Bawang Putih Tingkatkan Insulin



Bawang putih telah terbukti selama bertahun-tahun untuk menurunkan paras kolestrol. Bawang putih juga membantu menurunkan paras gula di dalam darah. Ekstrak di dalam bawang putih di dapati dapat meningkatkan kandungan insulin pesakit diabetis.

Petua Ubati Kencing Manis Dengan Roti Gandum Asli

Image result for whole grain bread

Untuk pesakit kencing manis, makanan roti yang diperbuat daripada gandum memang amat bagus. Kalau boleh jangan makan roti yang putih lembut yang biasa kita beli dari kedai tu. Ini kerana dah terlalu banyak proses berlaku terhadap tepung gandum yang digunakan.

Makanlah roti padat yang banyak serta dan kasar yang ada dijual di pasaraya atau di kedai-kedai roti lain di pusat-pusat bandar atau pekan. Mat Saleh panggil whole grain bread.

Nak menambahkan sedap makan roti ini sila ikut resepi rahsia yang saya belajar daripada kawan Lubnan ketika saya berada di luar negara. Ini menjadi makanan kegemaran saya sampai sekarang.

Resepi kentang lenyet untuk makan bersama roti


Ini adalah resepi makan cara orang arab dengan menggunakan bawang putih sebagai salah satu daripada bahannya. Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai makanan sarapan pagi yang sihat. Apa yang anda perlu buat adalah dengan merebus ubi kentang 2 atau 3 biji sehingga masak dan gebu.

Selepas itu lenyetkannya di dalam bekas seperti mangkuk atau seumpamanya. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih tersebut. Selepas itu campur kan dengan kentang lenyet itu agar sebati.

Selepas kentang serta butiran bawang putih yang dilenyet itu di gaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyet yang diratakan dalam pinggan itu secukup rasa. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya untuk menambahkan rasa.

Ha! dah siap menus lazat ini, untuk anda makan dengan roti seperti gardenier atau baguet (roti perancis), atau apa-apa roti yang tawar. Koyak sedikit roti, calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan ngam! kunyah! memang lazat sebagai makanan sarapan yang berkhasiat.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html

Blue Berry Tingkatkan Paras Insulin


Anthocyanincs adalah nutrien yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni. Buah-buahan yang berwarna biru, unggu, merah dan berkulit mempunyai kepekatan Anthocyanincs yang tinggi. 

Kajian mendapati orang gemuk di berikan minum smoothies blueberry semalam 6 minggu dan mendapati kanungan gula di dalam darah turun. Buleberry di dapat dapat meningkatkan paras insulin di dalam darah.

Kopi & Kayu Manis Untuk Turunkan Gula Darah


Pengambilan kopi satu hari secawan bersama serbuk kayu manis akan membantu menurunkan kandungan paras gula.

Petua Ubati Kencing Manis Dengan Bawang Putih

Image result for bawang putih

Orang Cina memang suka makan bawang putih. Dalam masakan mereka mesti ada diletakkan bawang putih dengan banyak. Bawang putih ini memang ada banyak kelebihan perubatannya sehingga ada kapsul bawang putih dijual dalam bentuk bahan tambahan pemakanan.

Tetapi, kalau nak mudah dan mendapatkan khasiat yang mujarab, anda perlulah kakan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Itupun kalau anda ada kekuatan untuk buat begitu.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html

Kayu Manis Merawat Kencing Manis


Terdapat beberapa kajian menyatakan pengambilan kayu manis boleh merendah kandungan gula di dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan kolestrol, triglycerides dan kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kolestrol baik HDL.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis kayu manis yang akan menyebakan darah cair. Pengambilan secara berlebihan akan membahayakan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

Petua Ubati Kencing Manis Dengan Limau

Image result for sunkist

Makanlah segala jenis buah limau samada mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja asalkan ianya daripada kelompok atau keturunan buah limau.

Samada besar atau kecil masam atau manis, banyakkan atau sering makan buah limau ini secara mentah. Jangan makan jus limau, makanlah mentah sebiji begitu kerana ianya jauh lebih bagus untuk khasiat dan manfaat badan anda. Buah limau juga cukup baik untuk kesihatan jantung anda.

Jangan kemut duit untuk beli buah limau dan jadikan hidangan rutin untuk keluarga anda. Kalau tak banyak duit untuk beli buah limau, apakata tanam saja pokok limau kasturi yang kecil tu di kebun rumah anda. kalau tak ada tanah, beli pasu besar dan semai pokok limau dan bila dah berbuah, makan buah limau dengan dijadikan ulam bersama sambal belacan.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html

Bapa Hidap Penyakit Punca Imran Ajmain Hilang Fokus

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 5:01 AM



SUBANG JAYA: Penyanyi Imran Ajmain menjelaskan dia menyepi selama empat tahun dalam bidang nyanyian kerana tidak dapat memberi fokus apabila bapanya disahkan menghidap kencing manis.
Imran atau nama sebenarnya Imran Ajmain Ahmad Husaini Ajmain, 34, berkata, sepanjang tempoh bapanya sakit, dia banyak menghabiskan masa dengan menjaga bapanya sehinggalah lelaki itu meninggal dunia pada 5 Mac 2013.

"Apabila mendapat tahu ayah menghidap kencing manis saya tidak dapat memberikan fokus kepada kerjaya dan mengambil keputusan kembali ke Singapura untuk menjaga ayah dengan harapan dia dapat sembuh kembali tetapi Allah lebih sayangkannya," katanya kepada mStar Online.

Imran berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Setulus Kasih di Ruang, Subang Jaya, di sini, Selasa.

Ini merupakan album ketiga Imran yang memuatkan enam buah lagu baharu iaitu Hargailah Dia, Indah, Peluang kedua, Sederhana, Tiada Gementar lagi dan Setulus Kasih.


Imran tampil dengan album ketiga selepas empat tahun menyepi.
Imran sebelum ini pernah popular dengan lagu Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun dan Dikalung Kasihan.

Dalam pada itu, Imran berkata, selepas pemergian bapanya, dia mengambil keputusan untuk menetap di rumah kakaknya di Eropah selama enam bulan.

Jelas Imran, pemergiannya itu adalah untuk menenangkan fikirannya selain memulihkan semangat sebelum kembali ke Singapura.

"Ketika berada di sana saya banyak menghabiskan masa dengan keluarga terutamanya ibu saya yang masih bersedih dengan kematian ayah.

"Kami menetap selama enam bulan di rumah kakak untuk memulihkan semangat kami sebelum benar-benar bersedia untuk pulang," katanya.


Imran menggunakan khidmat komposer baharu untuk album terbaharunya.
Sementara itu, bercakap mengenai Setulus Kasih, Imran berkata, album tersebut turut mendapat kerjasama daripada beberapa komposer baharu yang telah disimpan sejak enam tahun lalu.

Katanya, sepanjang bergelar artis ramai yang menghantar lagu-lagu ciptaan mereka kepadanya dan memilih empat terbaik untuk dimuatkan dalam album terbaharunya itu.

"Daripada 100 koleksi saya cuma memilih empah lagu sahaja yang sedap didengar dan panggil mereka untuk ubah suai lagu tersebut menjadi lebih kormersial," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Imran akan menjelajah 15 lokasi termasuk Melaka, Kedah, Penang, Singapura, Ipoh, Kuching dan Kuala Lumpur bermula 18 April ini hingga 13 Jun depan untuk mempromosikan album berkenaan.

 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/01/imran-ajmain-fokus/

Tom Hanks Derita Penyakit Kencing Manis

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM


Tom Hanks 
Tom Hanks

PELAKON popular Hollywood, Tom Hanks membuat pengakuan terbuka buat pertama kalinya yang dia sengsara akibat penyakit kencing manis - Sebahagian besarnya disumbangkan oleh peranan dan watak yang dibawanya dalam filem sejak 30 tahun lalu.

Penerima Anugerah Oskar itu memberitahu dia mengesan tanda-tanda diabetes sejak dua dekad lalu tetapi kini berada di tahap dua penyakit tersebut.

Hanks, 57, membuat pendedahan tersebut ketika ditemu ramah dalam program bual bicara David Letterman.

Penyakit kencing manis adalah sejenis penyakit hasil daripada kegagalan badan untuk menghasilkan insulin yang mencukupi bagi membolehkan badan manusia berfungsi dengan sempurna ekoran kegagalan badan untuk menukar glukos menjadi sumber tenaga.

Dalam konteks ini Hanks, mengakui peranan yang dimainkannya dalam pelbagai watak menjadi punca kepada penyakitnya itu.

Misalnya untuk watak dalam filem Philadelphia pada tahun 1993, sebagai seorang peguam yang menderita penyakit Aids, Hanks terpaksa menguruskan badan ke tahap yang paling ekstrem.

Watak tersebut membawa kepada kemenangannya sebagai pelakon terbaik dalam Anugerah Oskar.

Bagaimanapun kejayaan itu datang bersama risiko yang sangat besar. Setahun sebelum itu, ketika Hanks membawa peranan sebagai jurulatih besbol dalam drama League of Their Own, dia terpaksa menambah berat badan untuk kelihatan seperti watak sebenar jurulatih tersebut iaitu Jimmy Dugan.

Diet yang tidak sempurna ini telah menyebabkan dia menghidap penyakit kencing manis.

Pada tahun 2000 dalam filem Castaway, Hanks membawa watak Chuck Noland seorang eksekutif syarikat penghantaran barangan yang terkandas selama bertahun-tahun di sebuah pulau kecil di Laut Pasifik selepas pesawatnya terhempas.

Watak tersebut juga sekali lagi menuntut Hanks supaya kelihatan benar-benar kurus bagi menampakkan seorang yang tersadai di sebuah pulau terpencil tanpa manusia dan makanan harian yang sempurna.

Sementara itu, Tom Hanks kini disebut-sebut sebagai salah seorang pesaing terdekat untuk Anugerah Oskar menerusi lakonannya dalam filem Captain Phillips.

Meneyusi filem terbaharunya itu, Hanks membawa watak kapten sebuah kapal kargo yang cuba dirampas oleh lanun-lanun Somalia.

Pelakon popular itu juga mempunyai tujuh juta pengikut tetap dalam laman Twitter.
 
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2013/10/10/tom-hanks-derita-penyakit-kencing-manis/

Mangsa Culik Minta Duit Beli Ubat Kencing Manis

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 1:25 PM

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tiga panggilan dibuat minggu lalu kepada keluarga dua rakyat Malaysia yang diculik oleh lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan.

Pemanggil meminta wang untuk membeli ubat kencing manis dan makanan untuk Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39, yang diculik dari restoran makanan laut Ocean King di Sandakan pada 14 Mei lalu.

Thien yang merupakan ahli perniagaan, dikatakan seorang pesakit kencing manis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki bersenjata yang mengaku menahan dua orang tawanan meminta wang untuk pembebasan mereka.

"Ya, tuntutan wang tebusan telah dibuat tetapi saya tidak dapat mendedahkan jumlah itu," katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis negeri di sini pada Sabtu.

Jalaluddin berkata penculikan secara rambang itu menawan Thien dan Bernard di selatan Filipina, Jolo dan berpindah bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan di sana.

Thien merupakan pemilik restoran popular di bandar Sandakan manakala Bernard adalah seorang perunding elektrik di Kemboja.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/05/23/penculikan-di-sandakan/

Kawal Kencing Manis, Lindungi Buah Pinggang Anda

Image result for buah pinggang
Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

HARI Buah Pinggang Sedunia 2010 (WKD) kali kelima yang berlangsung hari ini, 11 Mac akan merangkumi lebih 100 buah negara yang merentasi enam benua termasuk Malaysia.

Kempen WKD merupakan kempen kesedaran global yang memberikan fokus terhadap pripentingnya penjagaan buah pinggang serta bertindak sebagai medan terbaik kepada orang ramai bagi menjalani pemeriksaan buah pinggang.

Pemeriksaan itu bertujuan bagi mengetahui sama ada seseorang individu berisiko untuk menghidap penyakit buah pinggang atau sebaliknya.

Kempen tahun ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kawalan penyakit kencing manis bagi menghindari daripada serangan penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Penyakit CKD itu akan berlaku apabila seseorang individu mengalami pembuangan albumin yang berlebihan dalam air kencing atau kemerosotan ketara dalam fungsi buah pinggang.

Sehingga kini, lebih daripada 500 juta penduduk dunia menderita akibat beberapa penyakit buah pinggang dan setiap tahun menyaksikan penduduk seluruh dunia mati akibat masalah buah pinggang yang berpunca daripada penyakit kencing manis.

Jika penyakit itu tidak dikawal pada peringkat awal sehingga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, pesakit perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Ekoran kesukaran untuk mendapatkan buah pinggang baru untuk proses pemindahan, ramai pesakit memilih kaedah rawatan haemodialysis atau peritonel dialysis.

Pihak kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan kini sedang giat mengenal pasti pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan kerana negara kita telah mencatatkan seramai 20,000 pesakit dialisis.

Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF) yang melantik Datuk Chef Wan sebagai dutanya pada tahun ini mempunyai 23 buah pusat dialisis dan bertindak sebagai pembekal perkhidmatan dialisis utama di negara ini. NKF yang bukan sahaja memyediakan pusat dialisis telah maju setapak dengan memberi tumpuan kepada langkah-langkah bagi memupuk kesedaran awal kepada masyarakat tentang pencegahan penyakit buah pinggang.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengurus NKF, Datuk Dr. Zaki Morad Zaher, pendedahan awal dan terperinci mengenai kaedah rawatan yang sedia ada perlu diberikan kepada masyarakat supaya mereka dapat merancang kaedah yang sesuai dengan gaya hidupnya.

Tema sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2010 adalah "Kawal Kencing Manis- Lindungi Buah Pinggang Anda,". Di Malaysia, hampir 55 peratus daripada pesakit dialisis baru adalah penghidap kencing manis.

Penyakit kencing manis 2, yang tidak dapat dikesan sejak bertahun-tahun dahulu akhirnya dapat dikesan akibat pengambilan gula berlebihan tanpa kawalan.

Di Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), Persatuan Nephrology Malaysia (MSN), dan Kementerian Kesihatan sekali lagi telah berganding bahu menganjurkan kempen kesedaran penjagaan buah pinggang peringkat kebangsaan pada Mac ini.

Bagi menjayakan kempen ini, NKF, MSN, dan MOH telah melancarkan unit pemeriksaan kesihatan bergerak NKF (NKF Life Check), iaitu dengan sebuah bas yang boleh memuatkan seramai 40 orang penumpang.

Perkhidmatan bas itu juga telah berada di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Mac lalu dan bakal berada di Terengganu, Pahang dan Selangor untuk mengendalikan ujian saringan kesihatan secara percuma bagi orang awam.

Forum tersebut yang menyentuh mengenai penyakit buah pinggang dan penyakit kelenjar akan diadakan di negeri Terengganu, manakala pameran kesihatan buah pinggang dan kempen menderma organ pula akan berlangsung di semua lokasi sambuta WKD.

Di Kota Bharu, perasmian program akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, manakala di Kuala Terengganu pula akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar. Manakala di Pahang pula perasmian program akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Hoh Khai Mun.

Acara kemuncak kempen dan pemeriksaan kesihatan itu adalah acara perasmian sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2010 yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa, Hal-Ehwal Pekerja Ladang, Pembasmian Kemiskinan dan Masyarakat Penyanyang, Dr. Xavier Jayakumar di pusat Membeli belah One Utama pada 14 Mac ini.

 http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2010/03/11/kawal-kencing-manis-lindungi-buah-pinggang-anda/

Peria Katak Khasiat Alternatif Rawat Kencing Manis

PERIA Katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia, merupakan herba tradisional yang mampu merawat penyakit kencing manis (diabetes).

Pengamal Perubatan Dalam Herba Tradisional, Dr Abdul Ghani Hussain berkata khasiat peria katak mengandungi bahan semula jadi 'phyto-insulin' yang berupaya mengurangkan paras gula dalam darah.

"Herba tradisional Melayu banyak khasiatnya. Kalau dikaji dengan lebih mendalam, kita semua akan terkejut dengan manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada herba nenek moyang kita.

"Sebagai contoh, peria katak. Ia adalah penawar kepada penyakit kencing manis di kalangan masyarakat Melayu setelah sekian lama," katanya pada majlis pelancaran Kapsul Peria Anugerah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, peria katak juga berkhasiat mengurangkan masalah obesiti kerana penyakit itu sering dikaitkan dengan masalah gula berlebihan di dalam badan.

"Orang luar sudah mula nampak kehebatan peria katak ini. Kita sepatutnya mengambil peluang untuk mengkaji dan mengamalkan penggunaan khasiat ini sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kencing manis," katanya.

Kehebatan peria katak dalam memulihkan penyakit kencig manis secara semula jadi turut diperakui Pengerusi Herba Perubatan Tradisional Universiti Oxford, United Kingdom, Gerard Bodeker.

Bodeker berkata selain mengandungi 'phyto-insulin', peria katak juga menghasilkan Vacin, Charantin dan Polypeptide-P yang bertindak sebagai anti-diabetik untuk mengurangkan paras gula dalam darah.

"Selain mempunyai sifat anti-diabetik, peria katak juga kaya dengan potassium yang bertindak balas dengan sodium (garam) di dalam badan," katanya.

Gerard Bodeker.

Menurut beliau, garam adalah salah satu punca tekanan darah tinggi yang juga antara pembunuh dalam senyap di kalangan masyarakat pada hari ini.


http://www.mstar.com.my/niaga/2015/07/02/peria-katak-kapsul-anugerah/

Gula Tebu Penyebab Kencing Manis


APA ITU GULA ???

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

 Adakah badan kita perlukan gula TEBU sebagai sumber tenaga ?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu, buah-buahan ubi kentang dan lain-lain kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. Jika dikira, pengambilan makanan seharian kita,dua kali hidangan nasi dan juga makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak dari tenaga yang diperlukan oleh badan (mengikut aktiviti individu). Kalori yang berlebihan itulah yang akan memberi kesan buruk pada kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti serta masalah-masalah kesihatan lain.

INFO ! - Jadi fakta yang sebenarnya ialah badan kita sememangnya memerlukan gula tetapi bukan GULA TEBU !! (Fakta dari pakar pemakanan)


 Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak GULA di dunia?

Walaupun negara kita adalah sebuah negara yang kecil , namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit diabetes yang ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan suatu masa dahulu.
Di Jepun, gula tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dimana gula menjadi seperti satu kewajipan di dalam kehidupan seharian kita.


http://www.stevia.net.my/joomla/index.php?option=com_content&view=article&id=10:apa-itu-gula-tebu&catid=4:other-info&Itemid=5

Jus Pear Buah Naga (Istimewa untuk Pesakit Diabetes)

Bahan-bahan:
100g pear hijau
150g buah naga
200 ml air masak /mineral
 
Cara Membuat:
Kisar semua bahan. Hidangkan

 
Nilai gizi per hidangan
Tenaga: 182.5 kkcal
Protien : 0.6 gram
Lemak : 1.3 gram
Karbohidrat : 14.9 gram
Serat : 1.6 gram
 
http://ummuayman.wordpress.com/2009/11/10/jus-pear-buah-naga-istimewa-untuk-pesakit-diabetes/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...