Tukar Makan Roti Putih Kepada Roti Gandum Penuh

Putih berseri tapi tanpa nutrien

AbuAqil aka AbuSakeena
Posting kali ini saya ingin berkongsi amalan dan ilmu mengenai pemakanan yang lebih sihat. Sebelum ini saya dan keluarga memakan roti putih iaitu roti [ roti yang berwarna putih] yang dimakan oleh kebanyakan kita sama ada berjenama terkenal seperti gardenia, High 5 atau keluaran tempatan. Namun setelah saya menimba ilmu mengenai penjagaan kesihatan melalui pemakanan didapati roti putih sebenarnya boleh membahayakan kesihatan.

Terdapat banyak kajian terbaru yang diterbitkan di dalam jurnal-jurnal perubatan membuktikan bahawa pemakanan roti putih secara banyak atau berterusan boleh mendatangkan kanser. 

Satu kajian mendapati individu yang memakan roti pound putih sebanyak 5 keping sehari mempunyai risiko dua kali ganda mendapat kanser buah pinggang dari individu yang hanya memakan sekeping roti. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana kaitan antara gaya hidup dan penyakit. 

Kenapa pengidap penyakit kencing manis dilarang memakan roti putih?
Pemakanan roti putih yang banyak menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula yang banyak di dalam darah (ia dipanggil makanan indeks glikemik yang tinggi). Untuk menangani masalah ini, tubuh secara automatik akan menghasilkan hormon insulin yang banyak untuk meneutralkan gula di dalam darah.  Hasilnya proses perubahan biokimia ini mendatangkan kesan yang memudahkan penghasilan sel-sel kanser di dalam tubuh.

Ada banyak lagi kajian yang menunjukan makanan indeks glikamik tinggi (High Glycaemic Index Food - GI) mempunyai kaitan yang rapat dengan kanser. Ia sudah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa seperti International Journal of Cancer. 

Berdasarkan maklumat daripada majalah i-sihat. Antara sebab roti putih mesti dihindari ialah :
1. Semasa proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan – roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum. Ia melalui proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti.
Impak daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh. Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.
2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul. [ ternyata ia tidak baik untuk mereka yang mengamalkan diet]
3. Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh. Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak.
Roti Altenatif
Sebagai pilihan, makanlah roti gandum penuh (wholemeal bread) yang berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses "pembersihan" atau "pengurangan nutrien" yang dipanggil "refine" atau "bleach.

Antara kelebihan roti ini ialah kaya dengan vitamin B kompleks, roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan.



Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Amat sesuai kepada mereka yang mengamalkan diet sihat. Roti gandum penuh ini juga dianggap salah satu 'superfood' yang mesti dimanfaatkan untuk kesihatan.
roti gandum penuh keluaran High 5
Roti gandum penuh ini juga dikeluarkan oleh Gardenia dan High 5 dan boleh didapati di pasaraya. Harganya lebih mahal daripada roti putih. Biarkan mahal sedikit asalkan kita dan keluarga tidak berdepan dengan musibah penyakit kronik satu hari nanti.
Keluaran Gardenia
Roti ini agak kasar dan berwarna perang. Mungkin mula-mula pengambilan roti ini rasa tidak sedap dan sukar ditelan.  Kanak-kanak sukar untuk memakannya kerana dah biasa makan roti putih yang lembut dan ‘berseri’ dengan zero nutrien. Jangan fikirkan sedap no 1. Ubah kepada sihat sebagai keutamaan.

Namun demikian diingatkan bahawa kandungan roti gandum penuh ini tidak dijamin 100% baik dan tulen kerana semua makanan yang diproses tidak dapat dielakkan daripada dicampur dengan bahan kimia atau pengawet. Tetapi roti ini dijamin bukan roti yang telah ‘DIKLOROKKAN’ sehingga menjadi putih. Wallahu A’lam.

Rujukan :
Majalah i-sihat
Blog secret medicines
Blog Muslim comsumer

http://pbasmkps.blogspot.com/2012/04/tukar-makan-roti-putih-kepada-roti.html

Doa Rawat Darah Tinggi, Kencing Manis Dan Serangan Jantung



Cara-caranya:
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.



Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”



Maksudnya:

“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)
 
Sumber : ResepiRahsiaku
http://mahatera.blogspot.com/2012/01/doa-rawat-darah-tinggi-kencing-manis.html

Pantun Nasihat Kencing Manis


Penyakit kencing manis semakin meningkat
Sebab kita suka makan banyak karbohidrat
Suka sangat teh tarik yang banyak susu pekat
Kueh-kueh tempatan seperti ketayap dan lepat
Sukan minum air tin dan juga air sarbat
Ais krim berperisa vanilla atau cokelat
Musim durian tak bagi can kita sebat
Pagi petang malam makan semua berat-berat
Kurang makan makanan yang banyak serat
Habis macam mana badan tak bulat
Bulat berpenyakit bukan bulat yang sihat
Kandungan gula dalam darah pun naik meningkat
Sampai berbelas-belas lebih dari empat
Oleh itu jangan sampai kencing manis melarat
Sebab bukan senang doktor nak merawat
Luka sikit di kaki silap haribulan kena kerat
Nasi putih tepung putih gula putih kena berenti sat
Amalkan kehidupan yang sihat
Tidur kena cukup jangan suka tidur lewat
Exercise supaya boleh burn the fart
Makan natural supplemen kurangkan makan ubat
Makan ubat buah pinggang kena kerja berat
Berhenti rokok ianya haram ulama sudah sepakat
Tapi ada yang ketegar tak mau dengar nasihat
Katakan tak nak bukan susah sangat

Itu sahaja nasihat supaya ianya bermanafaat
Sebab aku terlalu risau tengok sahabat-sahabat
Kurang exercise, makan tak jaga, tidur selalu lambat
Dari kencing manis boleh kena heart
Kena stroke nak tolong pun tak sempat
Oleh itu jaga kesihatan supaya senang untuk beribadat
Islam suka Muslim yang qawwi yang kuat
Semoga apa yang dikongsi membawa berkat


Keris Silau
2006-06-14 

http://kerissilau.blogspot.com/2006/06/kencing-manis.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...