Terapi Mandi Yang Menyembuhkan Penyakit Kencing Manis

KEHEBATAN MOLEKUL AIR

Molekul air, seperti yang kita ketahui, berasal daripada kolaborasi 1 atom oksigen dengan 2 atom hidrogen. Daya penolakan yang terjadi di antara dua atom hidrogen menyebabkan kedua-duanya terpisah pada sudut 105O lalu menghasilkan konfigurasi molekul air yang asimetri.

Seperti magnet, molekul air mempunyai satu hujung yang bercas positif dan satu hujung yang bercas negatif.
Sifat molekul air yang mempunyai dua hujung yang bercas ini penting dalam menstabilkan fungsi badan manusia. Seperti yang kita sedia maklum, di sekeliling badan manusia terdapatnya lapisan tenaga bercas yang dipanggil aura. Aura setiap individu berbeza, dan ia juga berbeza mengikut situasi, sama ada dalam keadaan rehat, emosi atau tidur. Interaksi dengan molekul-molekul air membolehkan cas-cas yang membentuk lapisan tenaga di sekeliling badan ini, menjadi stabil.


Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Dan Kami jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Anbiya’ (21) ayat 30.

Apabila kita merenung kembali secara mendalam kepada ayat-ayat suci Al-Qur’anul Karim, nyatalah air bukan sembarangan makhluk yang diciptakan Allah SWT. Di dalam sekecil-kecil molekul air itu tersimpannya sumber kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan pelbagai rahsia lagi yang masih belum terungkapkan akal fikiran manusia.

Islam, satu agama yang menitikberatkan penyucian melalui air, membuktikan kehebatan air dan kaitan rapatnya dengan kesihatan manusia. Solat fardhu lima waktu sehari semalam dan solat-solat sunat, wajib dalam keadaan berwudhu’. Begitu juga, perempuan yang keluar haid diwajibkan mandi selepasnya, untuk menstabilkan sistem peredaran darah dalam badan. Suami isteri juga diwajibkan mandi selepas bersekedudukan. Bahkan, selepas matinya seseorang Muslim itu, jenazahnya wajib dimandikan untuk yang terakhir kalinya!

Hal-hal ini menunjukkan peri pentingnya air dalam kehidupan manusia!

TERAPI AIR

Sejak beratus-ratus tahun sebelum Masihi, bangsa Romawi sudah mengetahui tentang khasiat mandi. Berendam di dalam kolam susu atau kolam air jernih dipercayai dapat menghasilkan tubuh yang sihat, segar, bersih dan wangi.

Bangsa Yunani pula terkenal dengan konsep sante par aqua, yang bermaksud kesihatan melalui terapi air, atau dalam bahasa moden dan ringkasnya dipanggil spa. Spa menghasilkan perawatan melalui bahan-bahan seperti aromaterapi, rempah ratus, body scrub dan sebagainya.


Apa pun konsep dan teori di sebaliknya, terapi air hakikatnya mampu menyelesaikan masalah-masalah berhubung kesihatan. Antaranya:

1.   Diabetes Mellitus.
Dalam satu penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan, seseorang penderita penyakit diabetes mellitus yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam di dalam air yang hangat, dapat menurunkan kandungan gula di dalam darah sekitar 13%!

2.   Sakit Otot dan Peristalsis.
Berendam dalam air hangat, bersuhu sekitar 32 – 35OC selama 10 – 20 minit juga berkesan dalam memulihkan sakit-sakit otot dan melancarkan peristalsis seterusnya dapat menjaga usus besar untuk bekerja dengan lebih efisien.

3.   Stress
Kadangkala, apabila stress menyerang, cubalah mandi dengan air dingin bersuhu antara 12 – 18OC. Ianya sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia juga dapat menyempitkan darah dan meninggikan kandungan gula.

4.   Ekzema
Penyakit kulit seperti ekzema atau ruam (radang pada kulit yang menyebabkan rasa gatal-gatal) dapat disembuhkan dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Dalam kes ini, soda penaik bertindak sebagai antiseptik. Caranya cukup mudah, cuma campurkan 1 pound soda penaik ke dalam air yang hangat dan adukkan sehingga rata. Dianjurkan untuk berendam selama 10 – 20 minit.

5.   Selesema dan Sakit Kepala
Merendamkan kaki ke dalam air panas dapat membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kaki yang lemah kembali. Masukkan air hangat ke dalam bekas sehingga ke pergelangan kaki, kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Lakukan selama 10 – 20 minit, kemudian basuhkan kaki dengan air dingin.

6.   Insomnia
Rendamkan kaki ke dalam air dingin sehingga kaki terasa dingin, selain berupaya mengatasi masalah insomnia (sukar untuk tidur), ia juga berkesan mengatasi rasa letih pada kaki, menghentikan pendarahan hidung, selesema dan sembelit.

7.   Melancarkan Peredaran Darah
Bagi mengatasi masalah peredaran darah, rendamkan kaki ke dalam air hangat selama 1 – 2 minit, diikuti dengan air dingin selama 30 saat. Ulanginya sehingga 15 minit dan diakhiri dengan air hangat.

DARIPADA AIR WUJUDNYA KEHIDUPAN

Semua benda hidup bergantung kepada air ciptaan Allah.
Maha Suci Allah yang menjadikan kehidupan daripada air!
Maha Suci Allah yang menyempurnakan Islam sebagai suatu cara hidup!
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


http://psipum.org/terapi-mandi-yang-menyembuhkan-penyakit/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...