Diabetes yang tidak terkawal akan mengakibatkan komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, masalah penglihatan, kerosakan urat saraf dan masalah jangkitan.
Sehubungan itu, pengurusan perubatan serta kawalan pemakanan serta senaman yang betul amat penting pagi golongan yang menghidapi penyakit ini.
Penghidap diabetes perlu mengawal pemakanan bagi memastikan perkara aras gula dalam darah, serta aras lemak dan kolestrol dalam julat normal dan tekanan darah kurang atau sama, iaitu 130/80mmHg.
Penghidap diabetes juga harus memastikan pengambilan udat mengikut jadual, selain rajin bersenam.
Penghidap diabetes perlu mengelakkan karbohidrat ringkas (seperti gula putih, glukos, jem, madu, susu pekat manis, sirap, coklat dan kaya) kerana ia akan meningkatkan aras gula darah dengan cepat.
Penghidap sebaliknya digalakkan mengamalkan kabohidrat kompleks (seperti nasi, mi, laksa dan roti) kerana ia akan meningkatkan aras gula darah secara perlahan dan kebiasaannya mengandungi serat.
Bagaimanapun penghidap diabetes perlu menyukat dan mengawal pengambilan kabohidrat komplek berkenaan sepanjang hari untuk mengawal aras gula darah dengan baik.
Anda boleh menyukat pengambilan karbohidrat berkenaan seperti berikut:
Bijiran dan hasil bijirin | Saiz dicadangkan | ||
Nasi (beras putih/ perang)/ mihun/ sohoon/ kuetiau/ macaroni/ spaghetti/ oat masak | ½ cawan | ||
Mi basah | 1/3 cawan | ||
Bubur nasi | 1 cawan | ||
Capati | 1/3 keeping | ||
Tosei | ½ keping | ||
Idli/putu mayam/bun kosong/roti | 1 keping | ||
Oat mentah/tepung (atta, beras, gandum) | 3 sudu makan | ||
Biskut cream cracker | 3 keping | ||
Sayuran berkanji | Saiz dicadangkan | ||
Ubi kentang | 1 biji | ||
Ubi keladi/ubi keledek/ubi kayu/ sukun/ jagung (biji)/ kentang putar | 1/2cawan | ||
Jagung | 1 tongkol | ||
Labu merah | 1 cawan | ||
Sengkuang cina | 4 biji | ||
Kacang dan kekacang | Saiz dicadangkan | ||
Kacang pis (masak) | ½ cawan | ||
Kacang kuda/dal kuning (masak) | 3 sudu | ||
Kacang hijau/merah/hitam (masak) | 2 sudu | ||
Papadom (kecil) | 9 keping | ||
Kacang panggang (tin) | 1/3 cawan | ||
Buah-buahan | Saiz dicadangkan | ||
Epal/pir/oren/ belimbing/pic/ pisang kaki/ ciku/ kiwi | 1 biji | ||
Betik/nenas/tembikai/tembikai susu | 1 potong | ||
Jambu batu/mangga | ½ potong | ||
Pisang | 1 biji | ||
Duku/langsat/longan/anggur | 8 biji | ||
Prun/kurma/manggis | 2 biji | ||
Cempedak/Nangka | 4 ulas | ||
Durian | 2 ulas | ||
Rambutan/laici | 4 biji | ||
Kismis | 1 sudu | ||
Pengambilan susu juga digalakkan untuk penghidap diabetes. Mereka digalakkan minum secawan susu segar UHT atau susu rendah lemak. Ataupun jika susu tepung skim/susu tepung penuh krim/rendah lemak, pastikan anda tidak mengambil lebih daripada empat sudu. Jika anda lebih menggemari susu sejat cair, hanya ½ cawan dibolehkan sementara yogurt rendah lemak pula disyorkan cuma ¾ cawan.
Pengambilan lemak perlu dikurangkan, terutamanya lemak tepu seperti minyak sapi, santan, krim, minyak kelapa, mentega dan mayonis. Pengambilan lemak berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan darah, aras lemak dan gula darah.
Selain itu penghidap diabetes digalakkan mengambil serat sebanyak tujuh hidangan setiap hari. Pengambilan makaanan tinggi serat membantu mengawl aras gula darah dan kolestrol di samping dapat mengurangkan masalah sembelit.
http://jurnalmalaysia.com/index.php/info-sihat/157-diet-untuk-diabetes
No comments:
Post a Comment