Kencing Manis Sewaktu Hamil



 

Kencing manis ketika hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Ianya berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Risiko kencing manis semasa mengandung adalah 2-3% daripada semua kehamilan. Antara tanda-tanda kencing manis ketika mengandung adalah menghadapi masalah kelesuan, merasa teramat dahaga dan kerap buang air kecil.

Semasa wanita hamil, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.

Bagi kebanyakan wanita yang mengandung, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka kencing manis sewaktu hamil akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kencing manis kemudian nanti.

http://ecpiwateronline.com/kencing-manis-%E2%80%93-ketahui-fakta-tentang-penyakit-kencing-manis-yang-boleh-meragut-kebahagian-anda.html

Air Zam Zam Ubati Kencing Manis

Penemuan Terbaru!

Air Zamzam atau Air Suci bagi Umat Islam, pHnya adalah beralkali tinggi! Sila baca petikan yang saya dapat dari Ensaiklopedia Wiki:
perigiazz

Air Zamzam Kini

Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae'i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam.
Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain.
Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral alkali seperti kalsium, magnesium dan kalium.

Alkali!!! Itu jawapannya kenapa Air ZamZam dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sekarang anda tahu kenapa ramai umat yang sakit sampai tak boleh jalan menjadi sihat (sampai boleh lompat) selepas kembali dari Tanah Suci Mekah. Baca lagi...
Air zamzam dijual
Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara kini. Air zamzam yang dibotolkan ini tidak lagi 100 % tulen, telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar.Ada yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munsabah.
Pengurusan air zamzam
Air zamzam asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk dijual secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air mereka untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap jemaah dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).
Tempat mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma oleh orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah.
Biasanya syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter untuk keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan jarang yang berani menipu.
Namun akhbar Arab News melaporkan ahli "zamzam mafia" yang terdiri dari orang Myanmar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili awam sejak awal pagi. Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama. Sedangkan jemaah lain menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan.
Ada yang merungut kerana air zamzam yang dibeli tidak tulen atau telah dicampur dengan air lain
azz
Saya tidak tahu dari mana sumber air Zamzam yang dijual di Malaysia dan saya tiada komen mengenainya. Tetapi saya pernah uji Air ZamZam yang memang ori dari Mekah (yang dibawa balik oleh seorang Haji), keputusan ujian menunjukkan Air ZamZam memang beralkai tinggi dan mempunyai struktur molekul air yang senang diserap oleh badan. 

http://www.rawatankencingmanis.com/

Punca Rintangan Insulin dan Cara Untuk Menghapuskannya?

Apakah Punca Sebenar Rintangan Insulin dan Apakah Cara Untuk Menghapuskannya?

Lihat semula pada rajah sebelum ini, adakah bentuk glukosa dan insulin berubah selepas seseorang itu mendapat Diabetis Jenis 2? Tidak! Apa yang berubah adalah struktur membran sel badan di mana terletaknya reseptor insulin. Berikut adalah apa yang terjadi pada sel-sel badan pesakit Kencing Manis Jenis 2...
diabetes

Jadi, penyelesai untuk masalah kencing manis adalah SANGAT MUDAH! Fokusnya adalah bagaimana memulihkan keadaan sel-sel kepada struktur yang sihat seperti yang terdapat pada bahagian kiri. Bagaimana?
Sebelum anda memcuba sebarang rawatan atau penawar yang diheboh-hebohkan oleh member-member MLM atau tokoh perubatan tradisional, anda perlu tahu apa punca yang menyebabkan kerosakan permukaan membran sel yang menyebabkan Rintangan Insulin.

Anda perlu faham bahawa setaip sel dalam badan anda adalah dibagaikan seperti direndam dalan satu lautan yang dipanggil Cecair Antara Sel.

Cuba bayangkan satu akuarium baru di mana anda letakkan beberapa ekor ikan sihat kedalamnya. Apa akan terjadi kepada ikan-ikan tersebut selepas 1 minggu jika anda tidak menukar air atau pasang pam penapis air dalam akuarium tersebut. Permukaan kulit ikan-ikan tersebut akan menjadi semakin pudar dan tidak berseri dan kalau keadaan seperti berterusan, sisik ikan akan muka tanggal atau ikan tersebut akan menjadi semakin lemah dan akhirnya mati satu demi satu.

Sekarang kembali kepada keadaan dalaman badan anda. Berjuta-juta sel badan teremdam dalam Cecair Antara Sel badan anda. Jika keadaan Cecair Badan anda adalah penuh dengan toksik berasid, pH badan akan semakin menurun dan asid-asid ini akan mula menghakis permukaan sel badan anda. Lama kelama, struktur membran sel akan bertambah terus sehingga insulin tidak boleh berpaut dengannya untuk membuka Laluan Glukosa yang membenarkan kemasukan glukosa kedalam sel.

 

Punca Utama Adalah... ASID!!!

Berikut adalah fakta yang sangat ringkas dan jelas, 70% daripada badan anda adalah terdiri daripada AIR! Anda membazirkan banyak masa dan tenaga menghafal apa makanan yang tak boleh makan, tetapi pernahkan anda meluangkan sedikit masa untuk belajar apa air yang patut dielakkan?

Anda mungkin tahu bahawa terdapat pelbagai jenis air yang berada di pasaran, seperti Air Mineral, Air Suling, Air R.O., Air Aura, dan macam-macam lagi... Tetapi, adakah anda ketahui yang mana satunya adalah Berasid (TERUK untuk kencing manis), Neutral atau Beralkali?

Air bukannya sekadar H2O sahaja... Khasnya dalam keadaan anda sekarang, anda amat perlu minum Air Alkali Ionik yang boleh melarut dan neutralkan asid urik yang terdapat di dalam badan anda.

http://www.rawatankencingmanis.com/

Masalah Perubatan Moden untuk Kencing Manis

Masalah Perubatan Moden

Setakat ini, tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kencing manis ini! Hakikatnya, ubat yang boleh menyembuhkan penyakit Kencing Manis Jenis 2 TIDAK akan wujud! Ini adalah kerana para saintis dan pakar perubatan masih menuju pada arah yang sama! Mereka masih melihat masalah ini dari sudut fikiran yang sama seperti 50 tahun yang lepas.

Ubat! Ubat! Ubat!

Mereka lebih fokus pada mencipta Ubat daripada mencari punca sebenar penyakit ini. Anda tahukah siapa yang merupakan penaja utama semua 'kajian' saintifik mengenai pelbagai penyakit? Syarikat Membuat Ubat yang kaya raya itu!

Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit Kencing Manis Jenis 2:

Metformin - Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin.
Sulfonilurea - Ubat ini merangsang (paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.
Thiazolidinedion - Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.
Alfa-glukosaidase - Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.
Suntikan Insulin - Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang masih berfungsi.

Anda rasa mana satu antara ubat-ubat ini adalah semula jadi? TIADA satu pun! Ubat perangsang pankreas cuma memaksa ia berkerja O.T. untuk menghasilkan insulin yang lebih banyak! Begitu juga dengan ubat yang cuba meningkatkan sensitivi reseptor insulin pada membran sel. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi apabila anda paksa satu kuda lari berterusan tanpa berhenti atau rehat?

Semua ubat tersebut target pada pengurangan glukosa dalam darah. Tiada satu pun yang cuba untuk mengatasi punca sebenar Rintangan Insulin!

http://www.rawatankencingmanis.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...