Bagaimana Kencing Manis (Jenis 2) Terjadi?

Sila fahami bahawa terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.

Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.

Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi. 

Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.
Apa itu Rintangan Insulin? Sila tengok video ilustrasi di bawah sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut. 


Rintangan Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.
diabetes
Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat. Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.
Diabetes type 2
Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!

 http://www.rawatankencingmanis.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...