Menu & Diet Asas Pesakit Kencing Manis / Diabetes


Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetis Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.

Diet Diabetis adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetis, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.

Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.

Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian.

Cadangan pembahagian kaori : 15% Protein, 30% Lemak, 55% Karbohidrat.

MATLAMAT RAWATAN DIET.

1. Untuk mengawal paras glukosa di dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.

2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.

3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.

4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.

5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi diabetis.

Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetis IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami 3 perkara penting iaitu:

1. Apa yang hendak dimakan

2. Waktu makan yang sesuai

3. Amaun makan yang boleh dimakan.


APA YANG HENDAK DIMAKAN

Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetis.

1. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Makanan /minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah dengan kadar yang cepat.

Contoh : Gula Pasir, Gula merah, Gula melaka, Gula batu, Gula-gula, Sirap, Jeruk, Halwa

Kuih-kuih manis, Susu pekat manis, Buah-buahan dalam tin, Minuman ringan, Coklat

Jem ( kecuali jem untuk Diabetis ) , Semua makanan bersalut gula.

2. MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN

i. Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.

Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari., bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.

Contoh : Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/jus, sayuran berkanji - labu, jagung, serbuk coklat.

3. MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN

Contoh : Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, kicap, sos, garam.


PENGAMBILAN SERAT YANG BETUL

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut ( yang larut dalam air - ia membantu penyerapan nutrien ) dan serat tak larut ( tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan - membantu mengelakkan sembelit ). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usahamengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat : 30 - 40 gm. sehari.

Contoh makanan yang mengandungi serat :

Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.

PENGAMBILAN LEMAK YANG BETUL

1. LEMAK TEPU

Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan iaitu santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolestrol darah.


2. LEMAK TAK TEPU

2.1 Lemak poli tak tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolestrol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang ' sederhana ' .

2.2 Lemak mono tak tepu

Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaitun, minyak sunflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

PENGAMBILAN PROTEIN YANG BETUL

Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15 - 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protein boleh didapati dari sumber bijirin ( roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dan lain-lain ) atau dari sumber haiwan ( daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu ) . Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.

PENGAMBILAN VITAMIN DAN ZAT GALIAN YANG MENCUKUPI

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromiun dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden dibetis. Kromiun mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetis.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten ( sejenis vitamin A larut air ) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetis.

Senarai penukaran makanan akan memberi sukatan atau ukuran makanan yang seimbang dari sehari ke sehari dan membenarkan ukuran yang sesuai dengan penyediaan makanan.


SENARAI 1

Makanan yang terkandung di dalam senarai ini terdiri daripada makanan berkarbohidrat. Setiap penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 15 gm protein dan 50 kalori.

CONTOH :

Beras (belum masak) } 1 penukaran = 15 gm

Nasi putih } 1 penukaran = 1/4 mangkuk cina/cawan

Bubur Nasi } 1 penukaran = 1/2 mangkuk cina/cawan

Mee/Bihun/Kue teow } 1 penukaran = 1/4 mangkuk cina/cawan

Tepung gandum, tepung kanji, tepung beras, tepung atta, tepung jagung, tepung suji dan tepung sagu } 1 penukaran = 2 sudu besar paras.

Bijirin sarapan pagi (tidak bersalut gula) } 1 penukaran = 2 sudu besar paras

Biskut tawar, biskut krim kraker dan biskut marie } 1 penukaran = 2 keping

Biskut masin } 1 penukaran = 5 - 6 keping

Putu mayam, tosai, capati, roti prata, idli } 1 penukaran = 1/2 keping kecil atau 1/4 keping besar


SENARAI 2

Senarai ini terdiri daripada sayuran berkanji . 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 1.5 gm protein dan 50 kalori.

CONTOH :

Buah sukun, kacang panggang, jagung segar/tin, kekacang pis segar/tin, labu kuning, keledek, ubi kayu } 1 penukaran = 1/2 cawan

Karot } 1 penukaran = 1 batang saiz sederhana.

Ubi kentang } 1 penukaran = 1 biji kecil.


SENARAI 3

Senarai ini terdiri daripada berbagai jenis kacang yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 7 gm protein, 16 gm lemak dan 210 kalori.

CONTOH:

Buah badam, kacang Brazil, biji gajus, kacang jawa, kuaci } 1 penukaran = 1/3 cawan (dibuang kulit)


SENARAI 4

Senarai ini terdiri dari berbagai jenis kekacang yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 6 gm protein, 6 gm lemak dan 100 kalori.

CONTOH :

Kacang kuda, kacang dal, kacang hitam, kacang tanah, kacang hijau, kacang merah, kacang pis (kering), kacang soya, jenis-jenis sayur kacang } 1 penukaran = 1 sudu makan yang belum dimasak atau 2 sudu makan yang telah dimasak.


SENARAI 5

Senarai ini terdiri dari berbagai jenis susu yang terdapat di pasaran. 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat, 8 gm protein, 9 gm lemak dan 150 kalori.

CONTOH :

Susu lembu segar, susu UHT } 1 penukaran = 1 gelas (240 ml)

Susu masam, tairu } 1 penukaran = 1/2 gelas (120 ml)

Susu tepung penuh krim } 1 penukaran = 2 sudu makan paras

Susu skim (80 kalori) } 1 penukaran = 3 sudu makan paras


SENARAI 6

Senarai ini menerangkan ukuran buah-buahan . 1 penukaran mengandungi 10 gm karbohidrat dan 40 kalori . Elakkan buah-buahan tin yang bergula !!!!

CONTOH :

Mangga, pir, delima } 1 penukaran = 1 biji kecil

Epal/Lai, pisang, buah nona } 1 penukaran = 1 biji saiz sederhana

Jambu batu, Oren/limau, buah pic, pisang kaki, ciku, belimbing } 1 penukaran = 1 biji sederhana

Aprikot, kedondong, manggis, plum, jambu air/mawar } 1 penukaran = 1 biji sederhana

Anggur, duku, duku langsat, langsat/longan } 1 penukaran = 8 - 10 biji

Laici, rambutan } 1 penukaran = 4 - 5 biji

Cempedak } 1 penukaran = 3 ulas

Prun } 1 penukaran = 3 biji

Durian, nangka } 1 penukaran = 1 ulas besar atau 2 ulas kecil

Betik, nenas, tembikai } 1 penukaran = 1 potong

Air tebu } 1 penukaran = 1/2 cawan (60 ml)

Air kelapa } 1 penukaran = 1 gelas (240 ml)


CONTOH MENU

1800 KALORI ( 25 PENUKARAN KARBOHIDRAT)

SARAPAN PAGI

1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati . 1 biji telur atau 1 keping daging . Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung.

MINUM PAGI

2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut . Teh atau kopi (tanpa gula).

MAKAN TENGAHARI

1 1/2 cawan nasi putih | 1 ekor ikan (sederhana) atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging | 1 cawan sayur | 1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.

MINUM PETANG

2 keping kuih (tanpa gula) atau 1/2 mangkuk bubur (tanpa gula) | Teh atau kopi (tanpa gula)

MAKAN MALAM

Sama seperti makan tengahari atau 1 1/2 cawan mee atau bihun atau kue teow atau 4 keping roti.

1500 KALORI ( 21 PENUKARAN KARBOHIDRAT)

SARAPAN PAGI

1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati | 1 biji telur atau 1 keping daging | Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung.

MINUM PAGI

2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut | Teh atau kopi (tanpa gula)

MAKAN TENGAHARI

1 cawan nasi putih | 1 ekor ikan saiz sederhana atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging | 1 cawan sayur | 1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.

MINUM PETANG

2 keping kuih (tanpa gula) atau 1/2 mangkuk bubur (tanpa gula) | Teh atau kopi tanpa gula

MAKAN MALAM

Sama seperti makan tengahari atau 1 cawan mee atau bihun atau kue reow atau 3 keping roti.
http://moodpro.tripod.com/inyakit/dia_pg7.htm

7 comments:

  1. salam. saya tak faham apa maksud 1 penukaran utk setiap jenis mknn yg di sebut di atas... boleh jelaskan?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This was really an interesting topic and I kinda agree with what you have mentioned here! keto diet blog

    ReplyDelete
  4. It would not be an exaggeration to say that the Keto Advanced 1500 pill is the perfect supplement that helps in burning stubborn body fat with ease using natural ingredients. Keto Advanced 1500 Reviews – The Keto-Enriched Diet

    ReplyDelete
  5. Positive site, where did u come up with the information on this posting?I have read a few of the articles on your website now, and I really like your style. Thanks a million and please keep up the effective work. floraspring plus reviews

    ReplyDelete
  6. Very informative post! There is a lot of information here that can help any business get started with a successful social networking campaign. diabacore customer reviews

    ReplyDelete
  7. What is the role of drinking rain water when it come to providing us with safe drinking water? It could be your best option for drinking water or it could be irrelevant depending on your circumstances and possibilities. This article discusses the pluses and minuses of drinking rain water. https://adkinstruments.in/categories/oceanography/plankton-nets

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...