Apa itu Gula? Penyebab Kencing Manis / Diabetes

 

Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. Ia wujud secara semulajadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman.
Gula yang paling biasa adalah gula pasir atau gula yang dihasilkan daripada pemprosesan tebu. Gula ini seringkali digunakan untuk memaniskan minuman.

Gula Semulajadi – Gula yang terdapat secara semulajadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.

Gula Tersembunyi – Gula yang ditambah pada makanan semasa pemproses dan penyediaan makanan seperti dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.

Oleh itu, jenis gula manakah yang sepatutnya kita ambil? Rasanya semua orang patut tahu kan, gula yang baik adalah gula yang diperolehi secara semulajadi. Gula tambahan pula yang berbahaya jika diambil berlebihan. Jagalah pemakanan anda.

http://kimirekonen.com/2010/08/07/jenis-jenis-gula/
gambar : http://www.ideariza.com/wp-content/uploads/2011/01/kurangkan-gula.jpg

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...