Ubat Kencing Manis Meragut Nyawa di Perancis


October 2010, Perancis - Dalam beberapa tahun belakangan ini, sekitar 500 - 1000 orang meninggal di Perancis akibat ubat kencing manis yang juga digunakan sebagai ubat penurun berat badan. Sumber maklumat daripada laporan rahsia insurans kesihatan Perancis.

Ubat kencing manis yang bernama Mediator itu boleh menyebabkan kelemahan jantung dan kenaikan tekanan darah. Selain daripada Perancis, ubat kencing manis tersebut turut dipasarkan di German, Cyprus, dan Portugal. Ubat tersebut telahpun ditarik dari semua pasaran kesihatan ekoran daripada risiko kesihatan pengguna.

Pihak kerajaan negara Perancis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuat ubat tersebut iaitu, Servier. Sebelum Mediator, syarikat tersebut turut memberhentikan penjualan satu ubat kencing manis yang bernama Isomeride yang juga boleh menimbulkan masalah kelemahan jantung.

http://ubatkencingmanis.info/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...