Adakah Itu Salah Gula / Glukosa? Sila Makan Nasi!

Adakah Itu Salah Gula / Glukosa?

TIDAK!!!

Kerap saya dengar pesakit kencing manis mengadu bahawa doktor menasihatkan supaya jangan makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi. Amalan ini membuat mereka sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga.

Kita orang Asia, kita perlu makan nasi untuk dapat tenaga! Kalau tiada tenaga, macam mana badan boleh melawan penyakit lain? Anda tengok sendiri keadaan pesakit kencing manis yang sudah capai tahap kronik, cuba tanya berapa kilo berat badan sudah hilang sejak keadaan kencing manis dia menjadi ketara. Anda tentu akan terkejut dengan jawapannya!

Antara kes ketara yang saya pernah dengar adalah hilang 10 kilo dalam masa 3 bulan! Malangnya, kehilangan berat badan ini tidak menjadikanpesakit tersebut rasa lebih ringan dan bertenaga. Sebaliknya, pesakit tersebut rasa lebih berat dan letih daripada sebelum ini. 
 

Sila Makan Nasi!

Makan Nasi!!! Tapi perlu bahagikan waktu makan itu kepada beberapa sekali sehari. Petuanya adalah, kurangkan quantiti nasi, tambahkan kekerapan. Contohnya, katakan anda sentiasa makan 1 mangkuk nasi untuk makan tengah hari. Kini andan perlu bahagi 1 mangkuk nasi itu kepada 3 dan sebarkan pengambilannya kepada 1/3 mangkuk nasi setiap 1 jam. Dengan cara ini, anda boleh elakkan lonjatan glukosa darah dan bagi masa untuk badan anda memproses sumber tenaga tersebut.

Anda dicadangkan supaya makan nasi 'Brown Rice' dan bukannya nasi putih. Ini adalah kerana Brown Rice mempunyai gentian fiber (lapisan yang berwarna coklat tu), fiber ini boleh memperlahankan penyerapan glukosa ke dalam darah dan ini akan membuat kekenyangan itu tahan lebih lama. Saya tahu nasi Brown Rice ada sejenis bau (yang serupa makanan kering untuk ayam belaan) yang tak seberapa sedap. Anda boleh cuba letak beberapa cubing bawang putih ke dalam beras Brown Rice itu semasa anda masaknya, bau wangi bawang putih boleh menutup bau pelik Brown Rice itu.

Dari segi lauk, anda perlu kurangkan memakan masakan yang berdaging dan berasa 'berat'. Tukar ala lauk anda kepada yang lebih 'ringan'. Tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

http://www.rawatankencingmanis.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...