Ubat Kencing Manis Jenis Alpha-Glucosidase Inhibitor

Terdapat dua jenis ubat alfa-glucosidase inhibito iaitu Miglitor dan Acarbose. Kedua-dua ubat kencing manis ini berfungsi dalam menyekat enzim-enzim percernaan tertentu dalam badan anda. Ekoran daripada pencernaan yang terencat, penyerapan glukosa ke dalam saluran darah akan dilambatkan dan dengan itu ia menurunkan gula darah, terutamanya ketika selepas makan.


Ubat kencing manis jenis alpha-glucosidase inhibitor ini biasa diambil 3 kali sehari iaitu samasa makan pada gigitan pertama itu. Bergantung kepada keadaan kencing manis seseorang itu, doktor mungkin menasihat anda supaya jangan terlalu kerap mengambil ubat ini pada peingkat awal.

Kesan Sampingan

Pengambilan ubat kencing manis jenis ini boleh menyebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan system pencernaan seperti perut bergas, sakit perut dan cirit birit. Kesan sampingan ini mungkin berkurangan selepas tempoh penyesuaian.

http://ubatkencingmanis.info/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...