Ubat Kencing Manis Jenis Biguanides


Nama am yang lebih biasa untuk ubat kencing manis ini adalah metformin. Ini membantu mengurangkan paras glukosa dalam darah dengan menghalang hati anda daripada menghasilkan  terlalu banyak glukosa daripada gliserol simpanan.

Metformin juga mengurangkan jumlah insulin dalam tubuh anda. Anda mungkin kehilangan beberapa kilogram selepas anda mula mengambil metformin. Kehilangan berat badan ini turut dapat membantu anda mengawal paras glukosa darah anda. Walau bagaimanapun, Metformin juga boleh meningkatkan kadar kandungan lemak atau kolesterol dalam darah, khasnya jika anda mempunyai kencing manis jenis 2.

Pesakit kencing manis biasanya dinasihat supaya mengambil Metformin dua hingga tiga kali setiap hari bersama makanan. Doktor anda akan memberitahu apa makanan yang patut makan semasa pengambilan ubat ini.

Kesan Sampingan

Bagi mereka yang meminum alcohol, Metformin boleh membawa kesakitan jika anda meminum lebih daripada dua minuman beralkohol dalam satu minggu. Jika anda minum lebih dari itu, anda perlu memberitahu doktor anda. Anda mungkin tidak harus mengambil ubat ini.

Jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, sisa metformin mungkin akan terkumpul di dalam tubuh anda. Pastikan doctor anda tahu bahawa buah pinggang anda berfungsi dengan baik sebelum beliau membuat preskripsi ubat kencing manis ini kepada anda.

Jika anda rasa cirri-birit, muntah-muntah, dan tidak dapat minum air yang mencukupi, anda mungkin perlu menghentikan pengambilan ubat ini selama beberapa hari untuk elakkan pengdehidratan.
Terdapat juga kes-kes di mana orang yang mengubat ini menjadi lemah, lelah, pening kepala dan sukar bernafas. Jika anda mengalami gejala-gejala tersebut selepas pengambilan Metformin, sila hubungi doktor anda atau mendapatkan perhatian perubatan segera.

Anda mungkin mengalami muntah-muntah, hilang selesa makan dan masalah perut yang lain pada peringkat awal pengambilan metformin. Simptom tersebut biasanya akan hilang selepas beberapa hari, tetapi anda masih perlu menyemak dengan doktor anda jika anda mengalami gejala ini.
Selepas mula pengambilan ubat ini, anda mungkin rasa logam di mulut anda.

Jika anda perlu menjalani sebarang pembedahan, anda perlu bagitahu kepada doktor bedah anda bahawa anda sedang mengambil ubat kencing manis jenis metformin. Anda akan diberitahu untuk berhenti mengambil ubat ini pada hari pembedahan.

Jika anda perlu menjalani sebarang ujian perubatan yang menggunakan pewarna, beritahu doktor bahawa anda mengambil metformin. Anda mungkin akan diminta untuk berhenti mengambil metformin pada hari uji dan tidak boleh makan sebarang ubat kencing manis selama 48 jam.

http://ubatkencingmanis.info/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...