Kawal Kencing Manis Sebelum Berkhatan

 

SAYA lelaki bukan Islam berusia awal 20-an. Masalah saya ialah kulit ‘kulup’ yang menutupi kepala zakar saya tidak terbuka.
Bagaimanapun, jika ia terbuka ia pasti terkoyak. Saya juga menghidap penyakit kencing manis yang dikesan tiga tahun lalu. Saya mahu berkhatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini tetapi takut kesan lain pula berlaku. Apa harus saya lakukan?

LELAKI INGIN TAHU
Kuala Lumpur





Anda mempunyai kulit penutup kepala zakar, yang dikenali sebagai ‘foreskin’ atau ‘kulup’ sempit, yang membuatkan kepala zakar atau ‘glans penis’ anda tidak dapat keluar.

Jika anda memaksa untuk melurutkan kepala zakar keluar dari kulup, ia pasti terkoyak. Anda sebenarnya mengalami masalah dikenali sebagai ‘Phimosis’.

Masalah ini hanya dapat dipulihkan melalui ‘circumcision’ atau berkhatan, di mana kulit kulup kepala zakar atau ‘foreskin’ anda dipotong.

Pembedahan ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor pakar dalam pembedahan ini. Sebelum anda menjalani pembedahan itu, penyakit kencing manis harus dikawal.

Jangan khuatir. Segera berjumpa doktor yang merawat kencing manis dan minta dia rujuk kepada doktor yang boleh melakukan pembedahan berkhatan. Jika kencing manis terkawal, luka daripada pembedahan ini akan pulih dalam seminggu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Kawalkencingmanissebelumberkhatan/Article

Pemeriksaan Diabetes (Kencing Manis)

Perlukah anda menjalani pemeriksaan saringan Diabetes?

Anda tergolong dalam kategori berisiko kencing manis,jika:
  1. Berumur 35 tahun dan ke atas.
  2. Sejarah diabetes pada kandungan lepas
  3. Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
  4. Sejarah melahirkan bayi berat lebih 4kg
  5. Riwayat keluarga diabetes
  6. Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
  7. Dislipidemia-Keabnormalan lemak dalam darah
  8. Hiperkolesterolemia-paras kolesterol tinggi dalam darah

Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:

  1. Hospital dan klinik kerajaan
  2. Hospital swasta
  3. Klinik swasta seperti Klinik cybermedik
  4. Makmal perubatan swasta

Bagaimana caranya membuat pemeriksaan Diabetes?

Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. hanya sedikit darah dihujung jari diperlukan.
Kebiasaannya doktor anda menasihatkan mengambil darah berpuasa.

Penentuan kadar glukosa dalam darah

Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak berpuasa > 6.0 mmol/l, atau nilai glukosa tidak berpuasa >10 mmo/l, ujian darah selanjutnya
diperlukan.
Anda diabetes jika kadar glukosa darah anda >7.0 mmo/l waktu berpuasa atau >11.00 mmo/l tidak berpuasa.

Bagaimana cara untuk mengekalkan nilai glukosa darah normal?

Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
Amalkan makan secara sihat-kurangkan lemak dalam makanan
Amalkan gaya hidup aktif-lakukan senaman berjadual

http://www.cybermedik.com/ujian-saringan/pemeriksaan-diabetes-kencing-manis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...