Besan Paksa Anak Hidap Kencing Manis Cerai Isteri


KUALA LUMPUR: Seorang bapa kecewa dengan sikap keluarga besan yang memaksa anak lelakinya menceraikan isterinya hanya kerana anaknya menghidap kencing manis.

Malah, keluarga itu dikatakan bertindak keterlaluan hingga sanggup mengugut mencederakan anak lelakinya itu jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam di Flet Sri Kelantan, di sini, kelmarin, lelaki terbabit mendakwa dihubungi besannya sebelum dipaksa mengarahkan anak lelakinya berusia awal 20-an menceraikan isterinya.

Difahamkan, keluarga besan itu mahu mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki lain atas alasan tidak mahu wanita terbabit menghabiskan seluruh hidupnya menjaga suaminya selepas penyakit kencing manisnya menjadi kronik.


Menurut sumber, lelaki itu mendakwa dihubungi besannya yang memaksa anak lelakinya menceraikan menantunya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Besanpaksaanakhidapkencingmanisceraiisteri/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...