PENGENALAN MENGENAI PENYAKIT KENCING MANIS
Hormon yang berasal dari perkataan Greek secara dasar ialah chemical messengger. Iaitu alat suruhan di dalam tubuh kita yang berperanan menghantar arahan atau signal ke seluruh sel satu persatu. Dari pengertian itu hormon umpama bahan perantara atau bridge yang memudahkan aliran gula dari darah mengalir ke sel sel otot untuk menerima arahan. Kerana, pengaliran gula tersebut ke sel sel otot akan dirembes atau dicerna sel sel yang terdapat pada pankreas. Pankreas ialah organ kelenjar yang tersendiri berfungsi mengeluarkan sejenis hormon yang penting dinamakan insulin. Di dalam perut makanan akan ditukar menjadi glukos dan diserap di dalam saluran darah serta digunakan tubuh mengeluarkan tenaga. Kerana, glukos ialah sumber utama menghidupkan tenaga.
Dari huraian itu, dapat dirumuskan punca penyakit ini kerana organ pankreas tidak berupaya mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Lantaran ini, menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan. Ia hanya terkumpul di dalam darah menyebabkan tahapnya jauh meninggi sehingga melimpah dalam air kencing.
Tanpa insulin, glukos tidak ada. Ia mengakibatkan badan kekurangan tenaga atau menjadi lemah. Ketika itu tisu tubuh akan menggunakan sumber lain iaitu lemak dan protein sebagai sumber tenaga. Aliran yang tidak sempuna itu akan menyebabkan rasa lapar, haus dan lemah.
PERNYATAAN AL QURAN MENGENAI PENYAKIT KENCING MANIS
Surah Al Ma’idah Ayat 88.
MAKSUDNYA:
”Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.”
AMALAN DAN KAEDAH:
Amalan 1 : DOA UNTUK PENYEMBUHAN PENYAKIT KENCING MANIS
1. Dibaca doa yang didahului membaca Al Fatihah :
Surah Al-Fatihah Ayat 1 - 7
MAKSUDNYA:
”Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Setiap puji pujian hanya kepada Allah tuhan seluruh alam. Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani. Yang Menghakimi di hari pertimbangan. KepadaMu aku sembah dan kepadaMu meminta pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka bukan ke jalan orang orang tidak Engkau lindungi dan bukan ke jalan orang orang yang sesat.”
2. Dituruti membaca doa ini:
DOA
MAKSUDNYA:
”Ya Allah, Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan, kecuali kesembuhannya.”
3. MEMBACA SELAWAT
Membaca Selawat Syifa (penyembuhan penyakit)
SELAWAT
MAKSUDNYA:
“Ya Allah, Berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammbad SAW yang menyembuhkan hati hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan, juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.”
Membaca Selawat Tafrijiyyah (Selawat merungkaikan kebuntuan penyakit dan masalah)
SELAWAT
MAKSUDNYA:
“Ya Allah anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas peghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya terhurai ape yang tersimpul, terlepas dari segala kesusahan juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kerahmatan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga YA Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.”
Amalan 4 : Senaman & Pergerakan Khusus
1. Solat Tahjud di jauh malam ialah manifestasi, meditasi untuk memulihkan penyakit kencing manis.
Boleh membaca doa yang lazim dan di tambahkan dengan doa ia itu permintaan dan harapan kita kepada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit itu.
2. Kita disarankan membaca Bismillah 5 seperti dibawah:
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah maha pemurah lagi maha pengasih.
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang mencukupi.
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
· Bismillah hirrahman nir rahim - Maksud Dengan nama Allah yang tidak memberi Mudarat sesuatu di bumi di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.
3. Amalan meditasi seperti ini juga boleh di amalkan untuk penyakit penyakit yang lain seperti di racun atau ketika badan kurang sihat.

MAKANAN YANG DISYORKAN MAKAN BERDASARKAN AL QURAN DAN HADITH BAGI PENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS
KHAL – MAKANAN KESIHATAN PARA NABI
Ini makanan kesihatan sunnah para Nabi. Penyembuh kepada penyakit yang digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti. KHAL ialah nama di dalam bahasa arab yang bermaksud satu bahan daripada buah buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fiq) disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol, menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhir menjadi KHAL. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
Khasiat dan kelebihan KHAL ialah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini. KHAL ialah “minuman kesihatan sunnah Nabi Nabi. KHAL bukan satu penemuan baru atau kaian baru seperti setengah makanan kesihatan lain.
MADU LEBAH DALAM LI KHAMSATUN
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut di dalam Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68-69.
Surah Al-Nahl Ayat 68 -69
MAKSUDNYA:
“..... dari mulut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia.”
Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1-20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil dalil atau nas sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi SAW pendapat ulama perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil dalil atau nas, InsyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Antara 20 herba tersebut ialah hindiba, habbatus sauda’, babunaj, hulbah, zanjabil dan lain lain.
SAFFRON – MENGGURANGKAN MENGELUARKAN TOKSIK
Saffron atau Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya di dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Digunakan juga sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.
Kebiasaannya, za'faran ini dijadikan sebagai dakwat ditulis doa doa penyembuhan penyakit seperti doa menguatkan ingatan, hafalan, pintar, doa menghilangkan penyakit misteri seperti gangguan makhluk halus, sihir, santau dan penyakit umum dengan cara air diminum.
No comments:
Post a Comment