Kawal Kencing Manis Sebelum Berkhatan

 

SAYA lelaki bukan Islam berusia awal 20-an. Masalah saya ialah kulit ‘kulup’ yang menutupi kepala zakar saya tidak terbuka.
Bagaimanapun, jika ia terbuka ia pasti terkoyak. Saya juga menghidap penyakit kencing manis yang dikesan tiga tahun lalu. Saya mahu berkhatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini tetapi takut kesan lain pula berlaku. Apa harus saya lakukan?

LELAKI INGIN TAHU
Kuala Lumpur





Anda mempunyai kulit penutup kepala zakar, yang dikenali sebagai ‘foreskin’ atau ‘kulup’ sempit, yang membuatkan kepala zakar atau ‘glans penis’ anda tidak dapat keluar.

Jika anda memaksa untuk melurutkan kepala zakar keluar dari kulup, ia pasti terkoyak. Anda sebenarnya mengalami masalah dikenali sebagai ‘Phimosis’.

Masalah ini hanya dapat dipulihkan melalui ‘circumcision’ atau berkhatan, di mana kulit kulup kepala zakar atau ‘foreskin’ anda dipotong.

Pembedahan ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor pakar dalam pembedahan ini. Sebelum anda menjalani pembedahan itu, penyakit kencing manis harus dikawal.

Jangan khuatir. Segera berjumpa doktor yang merawat kencing manis dan minta dia rujuk kepada doktor yang boleh melakukan pembedahan berkhatan. Jika kencing manis terkawal, luka daripada pembedahan ini akan pulih dalam seminggu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Kawalkencingmanissebelumberkhatan/Article

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...