Diabetes Semasa Kehamilan

GDM adalah satu masalah kehamilan yang boleh melanda ibu yang mempunyai risiko-risiko yang berkaitan. Rawatan moden dapat memastikan kesudahan sempurna bagi ibu dan bayi. 

Diabetes Mellitus semasa kehamilan (GDM)
Diabetes semasa kehamilan adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihadapi oleh wanita semasa mengandung. Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan mengidapi GDM. Ia biasanya dapat dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan (diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34). Dan penyakit diabetes ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.


Punca berlakunya GDM
Perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan juga lactogen dalam uri) dan juga pertambahan berat
badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Tetapi kedua-dua perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang dipanggil insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormon dalam plasenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan.


Faktor yang berkaitan dengan GDM:
  • ~ Obesiti atau kegemukan
  • ~ Ahli keluarga terdekat mengidapi penyakit DM
  • ~ Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4 kg)
  • ~ Air ketumban yang berlebihan
  • ~ Wanita yang berumur 35 tahun keatas


Risiko pada ibu yang mengandung
  • Tekanan darah meningkat semasa mengandung
  • Jangkitan kuman semasa mengandung
  • Trauma kelahiran pada sluran bersalin
  • Peluang bersalin secara cesarean adalah tinggi
  • Risiko mengalami diabetes masa akan datang


Risiko pada bayi yang dikandung
  • Bayi bersaiz besar, berat melebihi 4 kg (macrosomia)
  • Tahap gula dalam badan rendah
  • Keseakan nafas selepas lahir
  • Sakit kuning (Jaundice) yang berpanjangan
  • Kesukaran melahirkan anak (trauma kelahiran)

Bagaimana GDM dikesan:
GDM hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. Pemeriksaan ini digelar OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.

Bagaimana rawatan terhadap Diabetes Milletus
Rawatan untuk Diabetes Milletus adalah lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mengurangkan kandungan glukosa dalam darah adalah sentiasa berada ditahap normal. Rawatan yang disarankan termasuklah:
  • Diet yang khusus
  • Senaman
  • Paras gula dalam darah perlu diawasi secara harian
  • Suntikan insulin
Ujian Toleranse Glukosa Secara Oral (OGTT)
Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L)
  • Puasa < 6.0
  • 1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0
  • 2 jam selepas mengambil glukosa < 7.0
Dalam kebanyakkan kes, GDM diuruskan atau dikendalikan dengan diet yang seimbang dan senaman dan penyakit ini akan hilang setelah bayi dilahirkan. Amat sedikit wanita yang memerlukan insulin untuk menangani dan mengawal masalah diabetes seperti ini. Jika anda tetap mengambil suntikan insulin, ia akan memastikan glukosa darah berada dalam keadaan stabil, dimana akan mengurangkan kadar risiko terhadap anda dan anak yang dikandung.

Berat Badan dan Pemakanan:
Makanan seimbang adalah kunci untuk kandungan yang sihat. Pemakanan yang disarankan kepada adalah sama dengan semua wanita yang mengandung. Kadar penambahan berat badan akan dikenalpasti berdasarkan berat badan sebelum mengandung. Seterusnya, kadar penambahan berat badan semasa mengandung seharusnya sedikit dan tetap.

Kebanyakkan wanita memerlukan sebanyak tiga kali makan utama dan dua hingga tiga kali makanan ringan. Ini akan memastikan satu bekalan glukosa cukup untuk pembesaran bayi. Sekurang-kurangnya 50% dari tenaga yang diambil datang dari karbohidrat, 20 peratus dari protin dan bakinya 30% dari lemak.

Penambahan berat badan yang wajar semasa mengandung
· 1st trimester 0.5 hingga 1.0kg
· 2nd dan 3rd trimester 0.2 hingga 0.5 kg seminggu
(wanita yang mengalami berat badan berlebihan seharusnya mencapai penambahan kadar yang paling rendah,dan wanita yang kurang berat badan harus mendapatkan kadar paling tinggi dalam penambahan berat badan.

Senaman :
Senaman adalah cara terbaik untuk membantu memperbaiki kandungan gula dalam darah. Aktiviti bersenam seperti berjalan kaki selepas pengambilan makanan atau pada waktu tertentu boleh membantu mengawal kadar kandungan glukosa darah. Senaman juga amat penting untuk menyediakan diri untuk melahirkan anak.

Risiko mengalami GDM bertambah jika seseorang ibu mempunyai:
  • Keturunan keluarga kencing manis (ibu bapa atau abang dan kakak.)
  • Mengidapi GDM pada kandungan sebelum ini
  • Berlaku kecacatan pada kelahiran anak sebelum ini
  • Obesiti atau kegemukan berlebihan
  • Menjadi ibu pada usia matang(melebihi 35 tahun)
  • Sejatah kejadian bayi meninggal dalam kandungan
  • Pernah melahirkan bayi melebihi 4 kg
  • Air ketumban yang berlebihan
  • Mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung


Patient Information
Diabetes Semasa Kehamilan
Disediakan oleh
Kol (Dr) Hanifullah Khan

PUSAT PAKAR WANITA &
RAWATAN ENDOMETRIOSIS
26 Persiaran Venice Sutera 1
32200 LUMUT
Perak Darul Ridzuan

http://www.ppwendometriosis.com/GDM.pdf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...