Mati Kerana Penyakit Kencing Manis (Diabetes)


KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Malaysia mencatatkan pesakit kencing manis golongan dewasa di Semenanjung Malaysia semakin meningkat. Jika 6.3 peratus pesakit pada tahun 1986, pada tahun 1996, ia bertambah sebanyak 8.8 peratus.

Berdasarkan perangkaan yang diperoleh, mereka mendapati setiap tahun bilangan pesakit kencing manis bertambah dalam kadar 0.2 peratus setahun.

Menyedari penyakit diabetes semakin meningkat dan menyerang lebih kurang 250 juta individu di dalam dunia, Kumpulan Advance telah menjalankan Kajian Penyakit Diabetes Type II (Jenis II).

Kajian tersebut bertujuan menyelesaikan beberapa isu yang belum dirungkai, terutamanya yang berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes jenis kedua.

Kencing manis atau Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.

http://www.klik4sihat.com/mati-kerana-penyakit-kencing-manis-diabetes.html#

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...