GRC East Coast lancar program, fokus utama bantu penduduk Melayu cegah gejala
USAHA memerangi penyakit kencing manis mendapat satu lagi suntikan
menerusi projek pendekatan penduduk yang dirintis Dr Mohamad Maliki
Osman dengan kerjasama pelbagai badan, termasuk agensi pemerintah,
penduduk dan individu.
Menyedari hakikat bahawa orang Melayu membentuk sebilangan besar yang
menghadapi gejala itu, Menteri Negara Kanan itu berkata usaha
peningkatan kesedaran perlu diluaskan.
Beliau mengambil inisitiaf dengan meletakkan misi meningkatkan
pendidikan dan kesedaran serta pengurusan penyakit itu sebagai satu
keutamaan beliau bagi seluruh penduduk Melayu/Islam di GRC-nya.
Hasil perbincangan dan perancangan selama beberapa minggu, satu
program akan dilancarkan esok di GRC beliau iaitu East Coast, dedah Dr
Maliki yang merupakan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar dan Pertahanan)
merangkap Mayor bagi Daerah Tenggara.
Program memerangi penyakit kencing manis itu dianjurkan dengan
kerjasama Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Persatuan Rakyat (PA),
kumpulan akar umbi termasuk Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu
(MAEC) Siglap.
Lebih memberangsangkan, kerjasama Institut Pendidikan Teknikal (ITE)
Kolej Timur telah diperolehi bagi menugaskan sebilangan pelajar
jururawat menyertai usaha tersebut.
Dr Maliki memberitahu Berita Harian bahawa sekumpulan doktor,
jururawat serta pakar pemakanan dari kawasan undi itu sendiri akan
tampil dalam program itu esok di Kelab Masyarakat Siglap.
Beliau berkata usaha pendekatan itu berjalan secara intensif dengan
anggota akar umbi dan MAEC mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah
menyebarkan maklumat dan mengajak penduduk memberi sokongan.
Namun, program itu tidak ditujukan khas penduduk Melayu/Islam saja malah kepada semua penduduk.
Acara iftar untuk keluarga berpendapatan rendah turut diadakan
sempena program tersebut dan mesej tentang bahaya kencing manis itu
turut disebarkan kepada golongan ini.
Selain mendapat nasihat dan mendengar taklimat, pengunjung juga boleh
menjalani pemeriksaan kesihatan. Satu sesi mengenai pemakanan sihat
turut diadakan.
Program pendekatan tersebut disokong Berita Harian dan syarikat
pengusaha sekitaran dan pelaburan sosial, Green Enable Technologies.
http://www.beritaharian.sg/setempat/suntikan-bagi-perang-kencing-manis
1001 Maklumat Mengenai Kencing Manis & Diabetes. [Kapsul Peria Katak Plus - Insulin Semulajadi]
Kencing Manis: Nasi Putih Lebih Bahaya Daripada Air Bergula

Nasi putih lebih kuat daripada minuman soda gula dalam menyebabkan kencing manis.
Berkongsi pelan pertempuran bagi mengurangkan risiko kencing manis, Ketua Eksekutif HPB, Encik Zee Yoong Kang, berkata obesiti dan minuman manis penyebab utama kencing manis di Barat.
Bagaimanapun, orang Asia lebih terdedah kepada penyakit itu daripada orang kulit putih, bermakna orang tidak gemuk pun menghadapi risiko mengalami kencing manis.
Nasi putih berkanji boleh meningkatkan paras gula darah dan menambahkan risiko mendapat penyakit itu.
Satu analisis empat kajian utama, melibatkan lebih 350,000 orang yang diikuti selama empat hingga 20 tahun, oleh Sekolah Kesihatan Awam Harvard, yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British, menunjukkan beberapa penemuan serius.
Pertama, ia menunjukkan sepinggan nasi putih yang dimakan dalam sehari secara tetap menimbulkan risiko kencing manis sebanyak 11 peratus dalam keseluruhan populasi.
Kedua, ia menunjukkan orang Asia, misalnya Cina, makan empat hidangan nasi sehari, sedangkan orang Amerika dan Australia makan hanya lima dalam seminggu.
Namun, Encik Zee tidak merancang meminta rakyat Singapura berhenti makan nasi. Apa yang beliau harapkan ialah lebih ramai orang beralih ke jenis nasi lebih sihat.
Beras putih panjang lebih baik daripada yang pendek dari segi yang mana satu lebih meningkatkan gula darah.
Peningkatan paras gula darah menyebabkan pankreas menghasilkan lebih banyak insulin, dan jika ini berlaku lebih kerap, ia boleh menyebabkan kencing manis.
Beliau juga mahu orang cuba menambah 20 peratus beras perang dalam beras putih yang mereka makan. Jumlah itu cukup untuk mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 16 peratus.
"Tidak perlu menggantikan semua yang mereka makan sekarang. Hanya tambahkan jumlah bijian sempurna (whole grain) dan beras perang."
Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, berkata bulan lepas bahawa kencing manis membuat Singapura kehilangan lebih $1 bilion setahun.
Penyakit itu punca utama kebutaan, kegagalan ginjal dan amputasi di Singapura.
http://www.beritaharian.sg/setempat/kencing-manis-nasi-putih-lebih-bahaya-daripada-air-bergula
Petua Rawat Kencing Manis Dengan Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html
Subscribe to:
Posts (Atom)