Tujuan Makan Ubat Diabetes / Kencing Manis


Tujuan utama ubat diabetes adalah bagi membantu merendahkan kandungan gola (glukosa) dalam darah. Ubat ini bertindak melalui 2 cara :

1. Membantu badan menghasilkan lebih banyak insulin.

2. Membantu sel-sel badan menggunakan insulin yang terhasil dengan lebih baik.


PENGAMBILAN UBAT MAKAN

Patuhi arahan yang tercatat pada sampul ubat.

Jangan makan ubat-ubat yang lain kecuali diarah atau diluluskan oleh doktor.

Jangan mengurangkan atau menggandakan dos anda.

Sekiranya anda terlupa dan terlepas waktu makan ubat, anda hendaklah segera memakannya apabila teringat dan ubahkan waktu yang berikutnya atau jika masa dos berikutnya telah hampir, lupakan dos yang tertinggal dan ikut semula jadual biasa.


PERHATIAN SEMASA MENGAMBIL UBAT INI

Beritahu doktor sebelum pembedahan, rawatan pergigian atau rawatan kecemasan yang dijalankan.

Beritahu doktor jika anda sedang mengandung atau ingin mengandung.

Dapatkan nasihat doktor jika anda sedang menyusukan anak anda dengan susu ibu.

Makan atau minum sesuatu yang manis jika gejala-gejala paras gula (glukosa) rendah berlaku dan terus hubungi doktor anda.

Antara gejala paras gula (glukosa) darah rendah ialah seram sejuk, peluh sejuk, kulit pucat dan sejuk, denyutan jantung kencang dan gelisah.



http://moodpro.tripod.com/inyakit/dia_pg4.htm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...